Kerabat diRaja:

Tuesday, January 22, 2013

UiTM Lendu dah aman.. Aman ke?

Assalamualaikum



Ada lagi ke orang yang berkata pasal UiTM Lendu ni?  Beberapa hari yang lalu kecoh satu Malaya pasal UiTM Lendu siap masuk surat kabar lagi.. Macam macam cerita yang dibangkitkan, yang lagi kelakar orang luar yang tak tau cerita pun sibuk nak bercerita sedangkan tak tau perkara sebenar. Aku yang study kat UiTM Lendu ni pun tak berani nak menyatakan perkara yang tak pasti benar atau pun tidak.



Bila aku baca pasal UiTM Lendu kat Twitter, aku tergelak sendiri.. Ada yang siap cakap "pray for UiTM Lendu". Macam kami kat sini dah nazak sangat macam kat Gaza pulak LOL . Perkara terbangkit disebabkan rasuk dan histeria, setahu aku, kat UiTM Lendu bukan tak pernah ada kes kes yang macam ni. ada je tapi jarang lah.. Kalau nak diikutkan, Universiti lain pun tak lari dari kes kes paranormal ni..

Mungkin perkara ini kecoh disebabkan satu gambar yang dihebahkan oleh pihak tertentu dalam masa yang sama UiTM Lendu sedang mengalami sedikit kes rasuk histeria yang berterusan. Kebetulan atau disengajakan? Gambar yang dihebahkan tu dah lama diambil. Tapi adakah disebabkan gambar itu perkara ini menjadi kecoh? Mungkin ia dan mungkin tidak.

Antara sebab yang mengkecohkan lagi perkara ialah bila seorang pelajar perempuan UiTM Lendu sendiri menceritakan kejadian paranormal yang berlaku di UiTM Lendu. Dia menceritakan seperti dia nampak kejadian itu didepan matanya sendiri. Bagi orang luar yang membaca mungkin akan percaya sedangkan kita tak tau apa yang dia tulis tu entah betul atau tidak. Dengar cerita, blog perempuan tu dah deactivate oleh sebab sebab tertentu yang tak boleh dicerita kepada umum, pelajar perempuan tu sendiri sudah meminta maaf kepada pihak UiTM Lendu.



Alhamdulillah buat masa ni tiada lagi kes kes rasuk dan histeria yang berlaku. UiTM Lendu dah aman.. Aman ke? Entah lah siapa tahu? Benda bila bila masa boleh jadi.. Siapa tahu mungkin ada gelombang kedua...

XOXO !


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: