Kerabat diRaja:

Tuesday, December 25, 2012

Resepi Durian Crepe


Nampak sedapkan? Memang sedap pun.. 
Tapi nak buat Durian Crepe ni bukan senang kau tau!
Tapi kalau korang rasa korang tu terer sangat masak, try lah buat.. 
Apa tak tau buat?
Tak pa, cek ada resepinya..

Antara Bahan-Bahannya ialah:


50g  Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Ubi Kayu
2 sudu besar gula halus
1 biji telur
1 sudu esen vanila
40ml susu cair (apa jenis brand kegemaran anda pun boleh)
1 gelas air (160ml)
3 sudu butter dicairkan
sedikit pewarna kuning (kalau nak warna lain pun boleh)
Langkah Pertama:
Campurkan tepung gandum, tepung ubi & gula halus & ayak ke dalam bekas yang sesuai.

Masukkan susu & kacau rata


Pastu masukkan pulak telur yang telah di kacau2 guna garfu 
( kacau siket2 je pun)


Masukkan esen vanila lak.. pastu msk air..


pastu butter lak & kacau kacau sampai sebati sebab butter 
ni susah sket nk msk dlm air kan.. 


pastu tapis..


Lepas tu boleh la tuang adunan tu ke kuali..


Langkah Kedua:

150ml whipping cream + 1 sudu besar gula halus – 
pukul hingga gebu & kental


dan bahan paling penting ialah mestilah isi durian hehehe…

Lepas tu korang boleh tak balut macam mana yang korang rasa betul.. Hahah Lepas dah balut akan jadi macam gambar kat bawah ni.. Tadaaaa~
Kalau korang buat jadi bolehlah syer kat aku sikit, jangan makan sorang jaa okay! Selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: