Kerabat diRaja:

Friday, December 28, 2012

Lawak Kampus Jilid 16

Lawak Kampus 16 !
Ala ala KPOP gitu kan.. 
Aku tak minat KPOP pun, sorry sorry~
Tapi tetap style!










Tuesday, December 25, 2012

Resepi Durian Crepe


Nampak sedapkan? Memang sedap pun.. 
Tapi nak buat Durian Crepe ni bukan senang kau tau!
Tapi kalau korang rasa korang tu terer sangat masak, try lah buat.. 
Apa tak tau buat?
Tak pa, cek ada resepinya..

Antara Bahan-Bahannya ialah:


50g  Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Ubi Kayu
2 sudu besar gula halus
1 biji telur
1 sudu esen vanila
40ml susu cair (apa jenis brand kegemaran anda pun boleh)
1 gelas air (160ml)
3 sudu butter dicairkan
sedikit pewarna kuning (kalau nak warna lain pun boleh)
Langkah Pertama:
Campurkan tepung gandum, tepung ubi & gula halus & ayak ke dalam bekas yang sesuai.

Masukkan susu & kacau rata


Pastu masukkan pulak telur yang telah di kacau2 guna garfu 
( kacau siket2 je pun)


Masukkan esen vanila lak.. pastu msk air..


pastu butter lak & kacau kacau sampai sebati sebab butter 
ni susah sket nk msk dlm air kan.. 


pastu tapis..


Lepas tu boleh la tuang adunan tu ke kuali..


Langkah Kedua:

150ml whipping cream + 1 sudu besar gula halus – 
pukul hingga gebu & kental


dan bahan paling penting ialah mestilah isi durian hehehe…

Lepas tu korang boleh tak balut macam mana yang korang rasa betul.. Hahah Lepas dah balut akan jadi macam gambar kat bawah ni.. Tadaaaa~
Kalau korang buat jadi bolehlah syer kat aku sikit, jangan makan sorang jaa okay! Selamat mencuba!




Lagenda Budak Setan 2 Katerina Full Movie








BERITA TEMPATAN - Banjir Di Terengganu (13 Gambar)




Banjir di Terengganu bertambah buruk dengan enam daripada tujuh daerah dilanda bencana itu manakala Dungun mencatatkan jumlah mangsa paling ramai yang diarah berpindah.

Sehingga pukul 6.30 petang ini, seramai 975 penduduk melibatkan 249 keluarga di enam daerah berkenaan ditempatkan di 21 pusat pemindahan berbanding 144 penduduk daripada 26 keluarga yang dipindahkan di Dungun semalam.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, jumlah mangsa banjir paling ramai adalah di Dungun iaitu seramai 317 orang daripada 80 keluarga diikuti Setiu iaitu 269 orang daripada 71 keluarga dan 171 penduduk daripada 41 keluarga di Marang.

Seramai 101 penduduk melibatkan 26 keluarga dipindahkan di daerah Besut disusuli Kuala Terengganu iaitu 91 penduduk daripada 25 keluarga dan Hulu Terengganu pula seramai 26 penduduk melibatkan enam keluarga.

Menurutnya, bagi mangsa di Dungun, 43 orang daripada sembilan keluarga kini ditempatkan di Balai Raya Batu Tiong manakala 49 orang daripada 10 keluarga di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Serai dan 29 orang melibatkan empat keluarga ditempatkan di SK Tok Kah.

Seramai 89 orang daripada 29 keluarga ditempatkan di Dewan Kampung Pasir Raja dan 107 orang melibatkan 28 keluarga di SK Shukur.

Di Setiu pula, 35 orang daripada lapan keluarga dipindahkan di Surau Kampung Sungai Pinang, 36 orang daripada 10 keluarga di Dewan Sivik Langkap, 23 orang daripada tujuh keluarga di Balai Raya Desa Jaya dan 15 orang melibatkan lima keluarga di Masjid Pangkalan Merbau.

Seramai 74 orang daripada 22 keluarga di tempatkan di SK Kampung Besut, 42 orang daripada enam keluarga di Surau Kampung Padang Serai, 39 orang melibatkan 10 keluarga di Surau Gazebo, tiga orang dari satu keluarga di Balai Raya Jelapang dan dua orang di Masjid Guntong.

Bagi daerah Marang, seramai 58 orang daripada 11 keluarga ditempatkan di SMK Seri Payong manakala 113 orang melibatkan 30 keluarga di SK Bukit Gasing.

Di Besut, seramai tujuh orang daripada satu keluarga dan 94 orang daripada 25 keluarga masing-masing di tempatkan di Balai Raya Cabang Tiga Oh dan SK Anak Ikan.

Di Kuala Terengganu, seramai 91 orang melibatkan 25 keluarga ditempatkan di SK Tanjung Gelam manakala untuk daerah Hulu Terengganu, seramai 14 orang daripada tiga keluarga ditempatkan di Balai Raya Pelandan dan 12 penduduk daripada tiga keluarga di Masjid Kampung Pangkalan Ajal.

Setakat ini, hanya laluan dari Kuala Berang ke Sungai Tong iaitu di Kampung Kuala Ping dan jalan menghubungkan Jerangau-Jabor berdekatan stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Bukit Besi ditutup kepada kenderaan ringan kerana banjir.

Dalam pada itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melakukan pemotongan bekalan elektrik membabitkan 12 pencawang, 10 daripadanya di kawasan Setiu yang melibatkan lebih 400 buah rumah di tujuh buah kampung.

Pengurus Besar TNB Terengganu, Ir. Md. Yuslan Mohd. Yusof berkata, dua lagi pencawang ialah di kawasan Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun yang melibatkan operasi kilang dan pam saliran.

Beliau menjelaskan, langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan penduduk termasuk mengelak berlaku litar pintas.














Cuti Seminggu

ASSALAMUALAIKUM !



Sebelum cuti rasa macam OMG rindunya nak balik rumah, 3 minggu menapak kat UiTM Lendu macam nak gila! Lepas 3 minggu berkuliah AKHIRNYA cuti seminggu ! Thanks UiTM (hukhukhuk garu perut).. Aku nak tanya, siapalah yang suka duduk hostel? Gila lah kalau ada yang suka.. Makan tak terjaga, baju basuh sendiri.. ERH! Bukan tak boleh berdikari tapi macam.. Hmmmm malas lah nak cakap.. HAHA whatever lah kan! 

Okay, bila dah cuti kemain rasa bosan pulak, mulalah nak rindu kawan kawan (hikhik).. ERH memang macam tu jelah kot perasaan aku.. Bila kat sana rindu sini, bila kat sini rindu sana.. Sebenarnyakan aku sakit hati dengan cuti seminggu yang UiTM bagi ni, cuti dari 23(sabtu) sampailah 30(ahad).. Sampai 30hb je! Cam @&?# tak? 31 tu ada class, 1hb tu cuti lagi sehari.. Annoyingkan :') Kenapalah tak bagi je cuti terus sampai 1hb tu.. Hmmm 

Btw! Tadi aku baru tengok cerita Lagenda Budak Setan 2 download kat Youtube.. Komen akulah kan, cerita dia okaylah.. Kesian kat Kasha tu dari satu ke satu masalah.. Sedih menyentuh jiwa, tapi tak sesedih LBS1.. 

Cuti tinggal berapa hari je lagi ni, assignment banyak tapi malas nak buat.. Tunggu last minit baru badan ni bergerak dengan pantasnya.. ERH semester ni buat aku stress sebab banyak gila assignment.. Aku mengadu kat korang pun bukan jadi apa kan? HAHA -__- Bye..


Monday, December 24, 2012

Boleh Ke Makan Guna Benda Ni? (3 Gambar)


Meskipun menu makanan anda sangat lazat, tapi kalau disertai dengan peralatan makan seperti ini, kemungkinan besar anda tidak akan berselera makan. Sebabnya peralatan makanan saintis dapur ini berbentuk seperti anggota tubuh badan.

Beberapa bentuknya adalah seperti tempat garam dengan bahagian dasar berbentuk jari-jari bayi. Cerel dan tempat minum yang dilapisi hiasan seperti bentuk puting susu, lengkap dengan bulu-bulu yang biasa ada di badan manusia.

Ada juga sendok yang berbentuk seperti lidah berwarna merah. Serta penjepit makanan yang ujungnya berbentuk gigi palsu. Semua peralatan makan ini dibuat berupa sedemikian, sampai terlihat sangat nyata dan asli. Tak percaya? Cuba perhatikan gambar peralatan makan tersebut di bawah ini.


 Penjepit makanan dengan hiasan gigi palsu di hujungnya

Sendok makanan dengan hujungnya berbentuk lidah berwarna merah

Majlis Perkahwinan Maria Elena Zarul dan Asfirdaus (11 Gambar)

Assalamualaikum!

OMG OMG OMG! Okay -__- Aku excited sangat sedangkan banda yang aku nak cerita ni tak lah baru sangat.. LOL Fine! Semua orang dah tau yang Cik eh! Puan Maria Elena dah pun berkahwin! TAHNIAH!!!!!! What? Tak kenal Maria Elena? Cedihnya :( Dia ni vlogger yang slamber lagi gila gila, tak percaya? Ce tengok kat Youtube.. Search "MARIA ELENA" lepas tu tengok lah semua video dia yang kelakau nau tu.. Ni ha antara gambar yang ada..











Agaknya kan, kalau Mat Luthfi kahwin nanti, seGAH ni tak? 
Tunggu dan lihat jelah nanti kan..


iPhone 5 VS Samsung Galaxy Note 2




Beautiful Wallpaper (25 Pictures)


























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: