Kerabat diRaja:

Wednesday, November 7, 2012

HAL MAKANAN - Acar Buah Membangkitkan Selera



ACAR buah bukan sahaja sinonim dengan majlis perkahwinan kerana ia turut dinikmati ketika makan tengah hari atau makan malam tanpa mengira tempat. Enak dimakan bersama nasi panas dan ikan kering, ia sudah cukup membangkitkan selera mereka yang menggemari makanan tradisi berkenaan. 

Menurut Chef Datuk Ismail, acar buah memang unik kerana di dalamnya mengandungi pelbagai jenis buah-buahan seperti ceri, plum dan prun kering. Walaupun mudah disediakan, acar buah perlu dibuat awal iaitu tiga atau empat hari sebelum dimasak kerana agak remeh untuk menyediakan bahannya.


“Jika ingin menikmati hidangan acar buah pada Sabtu, seeloknya sediakan bahan seperti limau kasturi bermula Isnin lagi. “Ini kerana limau kasturi yang digunakan perlu dijemur sebelum dimasukkan ke dalam hidangan. Caranya, celur di dalam air mendidih sehingga ia timbul. 

Kemudian, angkat dan sejukkan.

“Selepas dicelur, limau kasturi harus dijemur sehingga kering bagi memastikan rasanya lebih enak dan tahan lama,” katanya.  Untuk mendapatkan acar buah yang enak dan masih mengekalkan rasa sebenar, sebaiknya gunakan campuran buah-buahan berkualiti.

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan, elakkan menggunakan bahan mengandungi bahan kimia yang banyak seperti menggantikan garam halus dengan garam kasar.

“Walaupun ia agak remeh untuk menyediakan hidangan dengan cepat, ia banyak membantu dalam mengekalkan kesihatan badan.  “Selain itu, gantikan cuka dengan asam jawa untuk mengurangkan penggunaan bahan yang boleh memberi kesan buruk kepada badan jika diambil secara berlebihan.

“Bagi mereka yang mempunyai masalah sistem penghadaman, masukkan halia ke dalam resipi acar buah,” ujarnya ketika berkongsi panduan kesihatan sambil menyiapkan hidangan untuk tetamu.

Tambahnya, untuk menambah rasa masam pada acar buah, gunakan jus buah-buahan seperti oren, epal atau minuman berkhasiat Inai Grape.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: