Kerabat diRaja:

Thursday, November 8, 2012

CERITA PELAJARAN - Belajar atau Kerja?


ANDA menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan kini dalam dilema sama ada untuk terus bekerja atau melanjutkan pelajaran.

Amat penting anda memahami sebab mengapa perlu bekerja atau melanjutkan pelajaran sebelum membuat sebarang keputusan. 

MEMILIH UNTUK BEKERJA

ANDA dapat membina pengalaman dan kemahiran lebih awal berbanding teman sebaya jika memilih terus bekerja.



Ia membantu mendedahkan kelebihan dan kekurangan diri serta kesesuaian dalam sesuatu bidang.


Anda juga boleh membuat simpanan sebelum menentukan hala tuju diri selain kesempatan memikirkan masa hadapan.

SAMBUNG BELAJAR 
ADA pekerjaan memerlukan kelayakan pada tahap tertentu. Golongan profesional amat diperlukan dalam bidang seperti kejuruteraan, farmasi, perniagaan dan seni bina.

Justeru, anda dinasihatkan melanjutkan pelajaran kerana tahap kelayakan akademik yang tinggi memberikan kelebihan dari segi pendapatan lumayan, pengiktirafan sebagai pekerja berharga dan �menikmati peluang pekerjaan serta kenaikan pangkat lebih baik.

Dengan kelayakan yang sesuai, anda juga boleh meningkatkan pendedahan, mengasah kemahiran insaniah, membina keyakinan diri, meningkatkan keteguhan peribadi dan menentukan hala tuju diri.

PILIHAN YANG TEPAT UNTUK ANDA? 

SAMA ada bekerja atau melanjutkan pelajaran, ia bermula dengan keutamaan anda. Keduanya, pilihan yang harus anda lakukan.

Sekurang-kurangnya, anda memahami apa yang perlu �dilakukan apabila tiba �masanya. Perkara terpenting bagi anda ialah membuat �keputusan yang sesuai untuk diri. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: