Kerabat diRaja:

Friday, November 9, 2012

CERITA ARTIS - Neelofa gementar ASK malam ini !




GEMENTAR, berdebar dan sangat teruja! Itulah perasaan yang berbaur dalam diri pelakon dan pengacara yang sedang mencipta nama di persada hiburan tanah air, Neelofa ketika ini.

Namun, pelakon jelita berbakat besar ini menjanjikan yang terbaik sebagai pengacara pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2012 (ASK2012) bertemakan Selami Dunia Fantasi Kami (Fairy Tale) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur jam 9 malam ini. 

Debaran Neelofa sedikit sebanyak berkurangan kerana dia tidak bersendirian di pentas berprestij yang meraikan karyawan tempatan malam ini apabila bakal bergandingan dengan pengacara popular, Awal Ashaari untuk mengendalikan acara berkenaan.

Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Nor ini mengakui sudah bersedia dari aspek mental dan fizikal untuk mengendalikan anugerah pada malam ini.



“Terus terang, sebagai orang baru yang baru dua tahun berkecimpung dalam bidang seni, saya berdepan cabaran besar mengendalikan anugerah yang bersiaran secara langsung ini. Saya juga tidak ada masalah untuk mendapat keserasian dengan Awal kerana sudah kenal dengannya sebelum ini.


“Maklumlah, saya dan Awal bukan saja mengacara sebaliknya kami akan berlakon sebagai kelainan dalam konsep penganjuran ASK kali ini mengikut tema dunia fantasi.

“Berbekalkan sesi latihan intensif dan persediaan rapi yang dibuat, saya berusaha menampilkan yang terbaik dan meminimakan kesalahan bila bersiaran nanti. Maklumlah, program ini disiarkan secara ‘live," katanya.

Mengulas lanjut lakonan yang akan dipersembahkan, kata Neelofa lagi, dia juga bertuah kerana dapat menimba pengalaman berharga bekerjasama dengan nama-nama besar dalam bidang seni iaitu Datuk Rahim Razali, Datin Paduka Umie Aida dan pelakon komedi senior, Harun Salim Bachik yang terbabit dalam segmen lakonan.

“Walaupun mereka nama besar dalam bidang seni, masing-masing tidak lokek ilmu untuk memberi bimbingan pada pelakon baru seperti saya. Sesi latihan membabitkan aspek lakonan juga berjalan lancar seperti direncanakan.

“Saya akan memegang watak sebagai Puteri dan Awal pula akan menjadi abang saya dalam cerita yang membawa dunia fantasi ini.

“Manakala, Datuk Rahim sebagai Raja, Umie (Nenek Kebayan) dan Harun (Datuk Bendahara). Kami juga ada kejutan pada malam itu nanti. Jika anda ingin tahu cerita selanjutnya, jangan lupa menonton ASK 2012 malam ini.

“Namun, berkat bimbingan pengarah terkenal, Rosminah Tahir, saya yakin mampu menampilkan lakonan berkesan dan menghiburkan penonton di pentas nanti,” katanya.

Pada malam kemuncak, Neelofa bakal menggayakan busana rekaan pereka terkenal, Saiful Baharim dan mendapat sentuhan dari jurusolek terkenal, Najeeb.

Selain Awal dan Neelofa beraksi di pentas utama, acara karpet merah pula akan dikendalikan gandingan pengacara Karl Shafek dan Dynas Mokhtar bersama Juara Pencarian Hos Pantene ASK musim kedua.

Antara artis yang akan menjayakan persembahan pada malam ini ialah Datuk M Nasir, Hazama, Misha Omar, Tomok, Fizz Fairuz, Anas Ridzuan, Hafiz, Adibah Noor dan Dayang Nurfaizah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: