Kerabat diRaja:

Friday, November 9, 2012

CERITA ARTIS - Chef Riz-Ana Dahlia Sah Bercerai !




KUALA LUMPUR, 8 NOV 2012: Pasangan selebriti, Chef Riz dan aktres Ana Dahlia sah bercerai apabila Chef Riz sendiri mengesahkan perkara itu, 11 bulan selepas perkahwinan mereka pada Disember 2011.

Menerusi kenyataannya pada akhbar Kosmo!, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, memberitahu penceraian itu berpunca daripada ketiadaan persefahaman di antara mereka selain turut mengakui perkenalan singkat iaitu selama lapan bulan turut menjadi penyebab keruntuhan rumah tangganya.

Perkara ini juga disahkan oleh bapa kepada Chef Riz sendiri, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menerusi akhbar Berita Harian hari ini.

Bercakap kepada akhbar tersebut, Chef Wan berkata anak sulungnya menjatuhkan talak atas kehendak bekas menantunya sendiri kerana tiadanya persefahaman selepas hampir setahun hidup sebumbung.

Beliau tampil membuat kenyataan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana tidak mahu pelakon itu dipersalahkan berikutan wujudnya tuduhan mengatakan Ana berlaku curang.

"Saya tidak tahu dari mana datangnya cerita Ana curang? Jadi, saya terpanggil untuk memberikan kenyataan bagi membersihkan namanya. Masyarakat tidak sepatutnya berburuk sangka kerana tuduhan itu tidak betul sama sekali.

"Tuduhan itu satu fitnah. Saya tidak mahu Ana dan keluarganya menanggung malu akibat cerita tidak betul ini. Saya juga tidak mahu menuding jari, tetapi bagi saya kedua-duanya ada kelemahan masing-masing," kata Chef Selebriti itu.

Gosip sebelum ini mengatakan perkahwinan Ana dengan Chef Riz goyah apabila Ana didakwa kerap keluar bersama bekas teman lelakinya.

Bagaimanapun pelakon itu menafikan tuduhan tersebut termasuklah kononnya dia berlaku curang.

Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz pada 11 Disember 2011.

Dalam pada itu, Chef Riz meminta spekulasi dan gosip mengenai bekas isterinya dihentikan segera dan mengakui masih sayangkan Ana.

Menurut Chef Riz, sekiranya ditakdirkan mereka merujuk kembali sebagai suami isteri dalam tempoh edah selama tiga bulan ini dia akan menerimanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: