Kerabat diRaja:

Friday, November 30, 2012

PATUT TAHU - Kerja apa selepas universiti?


SEJAK kecil lagi anak-anak sering ditanya, “Sudah besar nanti hendak jadi apa?”

Soalan yang sangat klise ini boleh dikatakan ditanya kepada semua kanak-kanak, baik daripada ibu bapa si kecil itu atau orang terdekat mereka. 

Mengapakah soalan itu ditanya? Soalan ini antara lain untuk memberikan bayangan kepada anak-anak bahawa suatu masa nanti, mereka akan besar dan bukan selama-lamanya menjadi kanak-kanak. 

Soalan ini juga seolah-olah memberitahu kanak-kanak itu bahawa apabila besar nanti, mereka perlu bekerja demi meneruskan kelangsungan hidup. Mungkin ada banyak lagi sebab lain mengikut penilaian masing-masing.



Berabad lamanya, tidak kira di mana saja, ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah demi mengubah nasib hidup dan membanggakan keluarga serta negara. Kalau tidak pun nasib ibu bapa, nasib anak itu sendiri.



Semakin moden, bukan hanya anak lelaki yang dihantar belajar tinggi-tinggi, tetapi juga anak perempuan. Kini dengan adanya sistem kelayakan, anak perempuan nampaknya lebih ramai yang menjejak kaki ke universiti. Namun kini, ada yang mengatakan menjadi lulusan universiti tidak menjanjikan apa-apa selagi empunya diri tidak berusaha meningkatkan diri untuk berjaya. 

Baik lelaki atau perempuan, setelah seseorang anak itu berjaya menempatkan diri ke alam universiti, apakah harapan semua orang terhadap diri mereka? 
‘Semua orang’ yang dimaksudkan ialah dirinya sendiri, ibu bapa, keluarga, orang terdekat dan ahli masyarakat secara amnya. 

Tentu saja semua itu mengharapkan dia tamat pelajaran dan mendapat kerja yang baik, sekali gus dapat menyara hidupnya dan membantu keluarga. 

Lulus dengan cemerlang perkara kedua. Tamat belajar dan seterusnya mendapat pekerjaan lebih utama. Itulah harapan yang menggunung tinggi. 

Bagaimana sekiranya sudah lama menggenggam ijazah, tetapi belum juga mendapat kerja tetap? Jenuh mencari dan menghadiri sesi temu duga, tetapi tidak berjaya? Tentu saja kekecewaan bukan hanya melanda diri, tetapi ramai lagi pihak terbabit. 

“Pelajar universiti adalah ‘bahan asas’ yang melalui proses kehidupan ketika di universiti, seterusnya ia mencorakkan masa depan kejayaan mereka mendapat kerja selepas itu. Sekiranya mereka gagal mendapat kerja, ia satu kegagalan yang menyeluruh. Mungkin kerana pensyarah, pentadbir dan industri. Mungkin kerana pelajar itu sendiri,” kata Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr Norsaadah Ismail. 

Benar kata-kata itu. Semua pihak terbabit dalam menghasilkan pelajar yang berjaya dan kemudian mendapat kerja yang baik. Sekiranya kita menyedari hakikat berkenaan, kita tidak mudah menuding jari menyalahkan satu-satu pihak saja apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini. 

“Kami melahirkan pekerja untuk industri jadi pihak industri harus membantu,” kata Dr Norsaadah. 

Beliau menjelaskan, pejabat Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri & Masyarakat (JIM), UiTM ditubuhkan pada 2007. Ia berhubung rapat dengan Alumni UiTM dan kini Pejabat Timbalan Naib Canselor bertukar nama kepada Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (JIM&A). 

Pejabat JIM&A juga dikenali dengan nama singkatan ICAN dalam versi bahasa Inggeris. Visi Pejabat ICAN adalah untuk menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik (asas dan gunaan). 

Ini bagi melahirkan golongan Bumiputera yang dinamik, berdaya saing, beretika dan bertaraf dunia dalam semua bidang. Setelah itu, graduan UiTM berjaya menempatkan diri mereka di arena pekerjaan. 

“Kami tidak mahu mengecewakan pelajar, ibu bapa dan kerajaan. Inilah harapan semua orang. Apabila anak itu dihantar ke universiti, semua orang mahu dia mendapat kerja dan membantu keluarganya semula. Bagaimana setelah bertahun-tahun belajar dan bergelar siswazah, anak itu tidak mendapat kerja terutama daripada keluarga susah 

yang diharap dapat mengubah nasib keluarga? Bagaimana hendak mengubah kehidupan mereka tanpa pekerjaan?” katanya. 

Keadaan inilah yang dibantu ICAN. Setiap fakulti dan kampus cawangan ada petugas khas yang ditugaskan untuk melihat kebolehan pasaran graduan. Mereka mengenal pasti fakulti yang memiliki graduan bermasalah untuk mendapat kerja. 

“Satu persatu kami kenal pasti punca graduan menganggur serta peratusan yang tidak bekerja berdasarkan fakulti selain kursus yang mencatatkan paling ramai graduan tidak bekerja. Kami memastikan lebih 80 peratus graduan UiTM mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan pelajaran,” katanya. 

Bagaimanapun, keadaan graduan yang tidak bekerja bukan semata-mata kerana mereka tidak diterima oleh pihak industri. Ada juga punca lain contohnya perkahwinan yang sering membabitkan graduan perempuan. 

“Sekiranya graduan perempuan yang berkahwin, kami tidak begitu risau sebaliknya jika graduan lelaki tidak bekerja, itu yang merisaukan kami. 

“Berkahwin atau tidak, graduan lelaki kena bekerja kerana mereka menyara keluarga. Tetapi ada juga graduan lelaki yang tidak bekerja makan gaji kerana mereka membuka perniagaan sendiri. Itu hal lain pula,” katanya. 

Menurut Dr Norsaadah, setiap fakulti harus mengkaji sehingga ke akar umbi sebab graduan kursus mereka tidak bekerja. Sekiranya ia membabitkan kurikulum, 
maka kurikulum itu harus diubah. 

“Pihak kami perlu berhubung rapat dengan industri yang memerlukan pekerja. Daripada situ kami tahu apa yang mereka mahu serta boleh membuat perubahan dan penyesuaian. 

“Fungsi ICAN bukanlah mencarikan kerja untuk graduan sebaliknya membantu kes tertentu. Namun dalam pada itu, kami mahu pelajar tahu sebab industri tidak 
mahu mengambil mereka bekerja. Mereka harus sedar sejak awal lagi dan kesedaran ini kami jelaskan di dalam kelas sejak mereka di semester pertama. 

“Baru-baru ini saya bercakap dengan pelajar tahun satu. Saya beritahu mereka jangan sangka alam universiti sebagai sambungan kepada tingkatan lima. Alam universiti ini sesuatu yang berkait rapat dengan dunia pekerjaan yang bakal mereka lalui tiga tahun lagi,” katanya. 

Tambah Dr Norsaadah, Kementerian Pengajian Tinggi memang menekankan kepada pihak universiti supaya memastikan kurikulum yang ada memenuhi kehendak industri. Begitu juga kemahiran insaniah seperti kebolehan komunikasi, kerja berpasukan, keyakinan dan aspek lain yang perlu ada. Ini semua persediaan supaya pelajar tidak canggung untuk bekerja dan boleh menyesuaikan diri dengan mudah. 

“Pasaran kerja tidak sekadar mencari siswazah yang lulus cemerlang, tetapi mereka juga harus ada kelebihan lain yang memikat bakal majikan. Kebolehan komunikasi dan bahasa Inggeris amat penting, begitu juga keyakinan,” katanya. 

CERITA ARTIS - Debaran Aznil Berakhir




ASSALAMUALAIKUM, selesai sudah tanggungjawab mengacara Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) Sabtu lalu bersama Adibah Noor. Daripada respon dan komen ramai, alhamdulillah, usaha kami untuk menghiburkan penonton pada malam itu diterima ramai.

Gusar juga seandainya gabungan kami ini tidak menjadi dan gagal. Kami sedar sejak nama kami diumumkan sebagai pengacara bersama untuk acara gilang gemilang ini, pelbagai harapan diletakkan di bahu kami. Tidak kurang yang skeptikal terhadap perancangan dan pembaharuan yang ingin kami bawa pada majlis itu. Namun seperti apa yang Pak Nil pernah katakan, kita kena berani cuba dan jika tidak menjadi, kita kena bangun dan terus mencuba sesuatu yang baru.


Pada awal perbincangan lagi, Pak Nil perkenalkan satu format yang tidak mahu membiarkan penyampai anugerah diasingkan daripada pengacara. Yang sering berlaku sebelum ini, pengacara hanya memperkenalkan penyampai anugerah. Penyampai anugerah pula akan meneruskan acara dengan bualan kosong sebelum mengumumkan calon dan pemenang. Sering kali juga kita dapat lihat penyampai anugerah kekeringan idea dan mula bercakap perkara yang tiada kena-mengena dengan acara seperti bertanya khabar, promosi filem atau album, memberi kredit kepada penaja pakaian dan percubaan membuat lawak tetapi gagal. Melihat kejadian ini, Pak Nil terfikir akan satu cara untuk mengelakkan perkara ini berlaku dengan berinteraksi bersama sebelum memperkenalkan calon bertanding. Format ini tidak mengasingkan penyampai anugerah daripada pengacara. Syukur format yang Pak Nil perkenalkan diguna pakai dan akhirnya tampak berkesan. Penyampai anugerah lebih rasa selesa, tidak tandus topik, dapat bergurau dengan lebih santai dan kami lebih senang mengawal masa. Secara keseluruhan, majlis kali ini dapat dilangsungkan mengikut jumlah masa diperuntukkan. Jika majlis terlanjur masa, kami akan bertindak mempercepatkan perjalanan acara dan begitu juga sebaliknya.



Berdasarkan rekod yang sudah-sudah juga, kita sering lihat suasana sejuk berlaku apabila tiba giliran penyampai anugerah kerana kebanyakannya seperti tidak bersedia untuk melunaskan tanggungjawab. Berbeza dengan penyampai anugerah di luar negara seperti Anugerah Academy, Golden Globe dan MTV, penyampai anugerah kita tidak ramai yang mahu datang untuk acara raptai pada malam sebelumnya. Kebanyakannya hanya mendapat arahan dan skrip beberapa jam sebelum kemunculan di pentas. Akhirnya, banyak perkara pelik, merah muka dan kekeliruan berlaku. Akhirnya majlis dirancang menjadi cela. Melihat cara orang kita bekerja, Pak Nil syorkan agar majlis anugerah di negara kita menggunakan kaedah yang Pak Nil perkenalkan ini. Kita tidak lagi membiarkan penyampai meneruskan acara secara berasingan daripada pengacara. Pengacara masih bertindak mengawal keadaan dengan cepat seandainya keadaan mula meleret-leret atau menjadi kaku. Cara ini adalah alternatif terbaik di sini selagi personaliti negara kita masih memandang ringan terhadap tugas menyampaikan anugerah.


Pak Nil cukup kagum dengan kesungguhan penyampai anugerah seperti Kilafairy, Nora Danish, Wann, Nadia, Catt Farish, Krista Kleiner dan beberapa selebriti lain yang sanggup muncul di malam raptai dan tunggu berjam-jam sebelum tiba giliran mereka. Akhirnya terbukti mereka kelihatan lebih bersedia di pentas dan tidak melalut. Mereka juga faham akan konsep yang kami guna pakai dan turut serta dengan cara santai itu.



Sebenarnya Pak Nil amat berdebar menjelang majlis anugerah itu kerana sudah agak lama tidak muncul sebagai pengacara majlis sebegini. Kali terakhir ketika mengacarakan Anugerah Planet Muzik di Indonesia beberapa tahun lalu. Sememangnya majlis yang berlangsung hampir tiga jam ini memerlukan kesungguhan dalam persiapan. Disebabkan Pak Nil berada di Cape Town, Afrika Selatan 10 hari sebelum AIM, hari latihan bersama Adibah menjadi kurang. Sekembali ke tanah air, Pak Nil terpaksa membuat pertemuan dengan Adibah secara berturutan memandangkan siaran langsung hampir dekat. Nasib baik Adibah merupakan pengacara yang tenang dan tidak menggelabah. Jadi, Pak Nil turut dapat menenteramkan perasaan dan bersama-sama membentuk perlakuan dan skrip untuk malam itu.




Untuk pengetahuan semua, sebenarnya sehingga saat akhir, kami masih lagi berusaha merombak skrip agar tampak lebih bersahaja dan menghiburkan. Adibah sendiri tidak kering idea spontan yang membuatkan Pak Nil ketawa terbahak-bahak. Istimewa betul bakat Adibah ini. Kalau anda perasan, sudah agak lama Pak Nil tidak mempunyai pasangan pengacara dalam program yang Pak Nil kendalikan. Sejak meneraju Akademi Fantasia pada 2003, sebenarnya Pak Nil lebih selesa bekerja secara solo. Namun, apabila dapat bekerja dengan Adibah, senario itu mula bertukar. Adibah bersedia berkongsi tanggungjawab demi kelancaran majlis. Adibah juga tidak gelojoh merebut peluang bercakap sehingga kami kelihatan sangat serasi dan tidak bersaing.


Kebiasaannya beberapa jam sebelum acara bermula, Pak Nil akan bersiar-siar di sekitar pentas, bilik mekap dan menjengok rakan-rakan artis yang lain. Sempat belajar bermain Instagram dengan Awal Ashaari lagi! Itu adalah antara cara Pak Nil hilangkan rasa debar. Bila Pak Nil menjenguk Adibah di biliknya, dia juga agak berdebar. Baru Pak Nil tahu Adibah mempunyai perangai pelik bila berdebar. Rupa-rupanya, debaran dilaluinya turut mengganggu sistem penghadamannya sehingga terpaksa mengunjungi ‘bilik kecil’ sekerap 6 hingga 7 kali! Oops! Maaf Adibah! Terbuka pula rahsia unik Adibah ini! I’m sorry! Wassalam.


CERITA ARTIS - Maskara Bakal Jadi Desperate Housewives Versi Nasha Aziz


Maskara Bakal Jadi Desperate Housewives Versi Nasha Aziz



Tapi kalau drama banyaklah. Memang tak pernah jemu melihat gelagat lakonan Nasha Aziz meskipun adakala ianya agak stereotype.KL, 26 NOV 2012: Sudah lama rasanya tidak melihat lakonan Nasha Aziz dalam drama mahupun filem. Kali terakhir Murai Batu menonton lakonan bersahaja pelakon jelita itu ialah menerusi filem Sepi. Selepas itu tiada lagi.

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 17 itu bakal beraksi dalam drama bersiri Maskara yang digarap daripada siri popular dari Hollywood, Desperate Housewives.
Meskipun penggambaran drama bersiri ini hanya akan bermula pada 6 Disember ini, tapi Nasha Aziz bukan main excited lagi. Lebih-lebih lagi dia bakal digandingkan dengan tiga pelakon jelita nan hebat.

Nak tahu siapa? Mereka adalah Lisa Surihani, Anzalna dan Andrea Abdullah. Bukan calang-calang cantik dan hebat ya kesemua mereka. Amboi tak sabar sungguh ingin menonton drama bersiri yang khabarnya bakal disiarkan pada April tahun depan ini.

Mana tidaknya, mendengar sinopsis drama ini daripada produksi filem berkenaan turut membuatkan kita gedik sama. Tambah lagi dengan gandingan tiga lagi pelakon lain yang sama hebat, membuatkan sesiapa saja pasti teruja.

Maskara mengisahkan kehidupan empat datin muda bergetah yang sangat terdesak atau desperate . Terdesak kerana apa, itu kurang pastilah.

Tapi khabarnya, produksi drama berkenaan iaitu Showbiz Productions telah berhempas pulas ingin menjadikan drama itu sebagai realiti dan salah satu usaha mereka dengan menggabungkan 4 pelakon jelita hebat ini.
Khabarnya juga, pihak produksi akan bekerjasa dengan ramai pereka fesyen tempatan bagi menampilkan penampilan yang glamor untuk empat datin terdesak berkenaan sesuai dengan latar belakang kehidupan di kota metropolitan.

Drama bersiri arahan Nizam Zakaria ini bakal disiarkan di RTM 1 bermula April depan.

BAKAT - Tampil lapan rekaan sahaja



MEMILIKI sepasang pakaian rekaan pereka fesyen sering menjadi idaman wanita. Apatah lagi sekiranya potongan, warna serta kualiti ditampilkan setaraf dengan jenama terkenal di Malaysia namun ditawarkan pada hargamampu dimiliki semua.

Menyedari hakikat ini, jenama busana Muslimah Ratu mengambil inisiatif menjalankan projek kerjasama bersama pereka muda berbakat, Ezuwan Ismail dengan mengetengahkan jenama Ratu by Ezuwan Ismail eksklusif untuk menghadiri majlis rasmi, koktel, minum petang serta perkahwinan.

  •         Foto
    TERANG...mainan warna terang merah jambu dan biru 
    sesuai untuk wanita yang mementingkan gaya.
  • Foto
    MODEN...potongan kurung moden pada fabrik polos sesuai dipakai ke majlis perkahwinan atau rasmi.
  • Foto
    BERANI...gandingan blok warna kuning dan jingga sebagai gambaran sisi wanita yang berani merubah gaya.
  • Foto
    SEDERHANA...tampil memikat potongan kurung moden dengan sedikit sentuhan manik pada dada untuk wanita yang bersederhana.
  • Foto
    MENAWAN...perincian manik pada dada dan tangan menambah keanggunan si pemakai.
  • Foto
    UNIK...rona memikat coklat jingga jadi tarikan.


Ezuwan yang berkemahiran dalam penghasilan pakaian menerusi teknik lipatan, potongan tradisi dan moden ditambah perincian manik kini tampil dengan lapan rekaan mempesona berkonsep peplum, kurung moden, gaun berpotongan jubah dan jubah sut yang cukup bergaya, elegan dan eksklusif.

Penggunaan material sutera sifon, renda, lycra dan taffeta menambah nilai pada setiap rekaan bagi memastikan busana dihasilkan bukan saja berkualiti malah terletak cantik pada tubuh si pemakai. Menariknya setiap padanan tampil eksklusif, hanya dalam lapan rekaan saja. Setiap satu hadir dalam empat warna menawan dengan lima ukuran berbeza.




Menurut Ezuwan, rekaan peplum menampilkan baju berpotongan kembang ala Saloma yang cukup diminati kini. Ia tampil dalam dua rekaan berbeza iaitu Iris dan Ivy. Bagi wanita yang ingin menghadiri majlis makan malam atau perkahwinan, baju kurung moden Azalea tentunya menarik perhatian ramai.



“Dari segi rekaan, pasti semua koleksi mengetengahkan padanan yang diminati wanita. Ia bukan saja sesuai ke majlis rasmi malah boleh digayakan ke pejabat serta acara santai. Rona ceria seperti jingga, merah jambu, hijau dan biru berkonsepkan warna blok serta pastel seperti kelabu, hitam dan perak memberi pilihan kepada pelanggan dalam menata gaya diri,” katanya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ratu, Nik Mohammad Yatim, gandingan antara Ezuwan Ismail Kuala Lumpur dan Ratu sebagai meraikan ulang tahun keempat Ratu yang kini mempunyai enam butik dan tiga francais. Jalinan selama tiga bulan ini bukan saja melantik Ezuwan sebagai pereka fesyen bagi mempromosikan koleksi terkini yang memaparkan busana Muslimah tetapi juga sebagai strategi perniagaan yang lebih agresif bagi membawa jenama ini ke tahap yang lebih tinggi.

“Sejajar dengan perkembangan busana Muslimah, Ratu mengorak langkah menghasilkan pakaian bukan saja menampilkan kesopanan malah menyerlahkan gaya pesona wanita sejajar dengan kehendak mereka yang mementingkan penampilan anggun dan menawan sehebat selebriti,” ujarnya.

Kerjasama kreatif ini disifatkan sangat istimewa kerana memberi peluang kepada Ratu dan Ezuwan meluaskan skop perniagaan kepada rekaan sedia dipakai bukan sekadar rekaan eksklusif semata-mata.

Katanya, kebiasaannya rekaan pereka fesyen dijual pada harga serendah RM1,500, tetapi bagi meraikan ulang tahun keempat Ratu, harga ditawarkan sangat berpatutan iaitu antara RM300 sehingga RM350. Rekaan eksklusif ini bukan saja sesuai digayakan ke majlis berprestij tetapi juga untuk ke pejabat dan acara santai.

Jualan khas Ratu by Ezuwan Ismail untuk fasa pertama akan diadakan bermula 30 November ini sehingga 2 Disember 2012. Sebanyak 15 lokasi terpilih di seluruh negara antaranya cawangan Ratu Setapak, Bangi, Semua House, Ukay Boulevard, Shah Alam (Seksyen 13), Shah Alam (Seksyen 9), Klang, Alor Setar dan Kota Bharu manakala turut menjadi lokasi jualan ialah Hotel The Royale Bintang Seremban, Hotel Holiday Inn Melaka, Hotel Impiana Ipoh dan Hotel Zenith Kuantan.

“Kami menyasarkan 1,000 helai setiap rekaan akan terjual dan jika sambutan menggalakkan, tidak mustahil Ratu bakal meneruskan kerjasama seperti ini untuk fasa seterusnya,” katanya.

CERITA ARTIS - Umie bantu rakyat Palestin


PRIHATIN dengan kesengsaraan ditanggung rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis di Semenanjung Gaza, World Islamic Network Television selaku penerbit pementasan Tribute Teater Dr Siti Hasmah - Dari Hati Seorang Perempuan terpanggil untuk membantu meringankan beban yang ditanggung masyarakat Islam yang yang tidak berdosa di sana.

Penerbit Eksekutifnya, Datin Paduka Umie Aida berkata, pihaknya sepakat untuk menyalurkan semua hasil kutipan jualan tiket pada malam ini khusus untuk mengisi dana bagi membantu Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin berkenaan. 


“Saya memang sudah lama berhasrat untuk membantu mereka sejak dulu lagi. 
Maklumlah, saya pernah menyaksikan sendiri penderitaan golongan wanita dan kanak-kanak ketika menjayakan penggambaran filem Qais & Laila di sempadan Afghanistan dulu. 


“Hasrat murni saya memang disambut baik suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, pengarah pementasan ini, Erma Fatima dan pihak Istana Budaya (IB) sendiri. Malah, semua barisan pelakon dan kru produksi juga menyokong hasrat ini, sekali gus mengikuti perkembangan di sana setiap hari sama ada yang disiarkan di media cetak mahupun elektronik,” katanya. 

Bagaimanapun, Umie tidak meletakkan sebarang sasaran mengenai jumlah kutipan pada malam pementasan amal berkenaan. 

“Mungkin jumlah kutipan itu tidak seberapa berbanding penderitaan dan kemusnahan negara berkenaan tapi sekurang-kurangnya ia mampu meringankan sedikit beban yang ditanggung mereka. 

“Justeru, saya sangat berharap semoga peminat teater di luar sana terutama yang masih belum berpeluang menonton pementasan ini tidak melepaskan peluang keemasan berhibur sambil menderma, sekali gus membantu mereka yang memerlukan di luar sana,” katanya. 

Pementasan Tribute Teater Dr Siti Hasmah - Dari Hati Seorang Perempuan selama dua jam mendapat sambutan sangat menggalakkan ketika dipentaskan dari 9 hingga 19 November lalu di Panggung Sari, IB. 

Justeru, bagi memenuhi permintaan ramai dan sempena Perhimpunan Agung Umno 2012, pementasan ini disambung semula pada 29 November hingga 3 Disember ini. 

Menyentuh mengenai pemilihan Miera Liyana menggantikan aktres Lisa Surihani yang ada komitmen lain, Umie mengakui, dia percaya pendatang baru di persada hiburan itu mampu menjiwai watak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika muda dengan baik. 

Pemilihan Miera turut merungkai persoalan pelakon yang bakal menjayakan watak itu kerana sebelum ini beberapa nama besar disebut bakal menggantikan tempat Lisa iaitu Erra Fazira, Tiz Zaqyah, Nora Danish dan Ummi Nazeera. 

“Sebenarnya, Erma yang memilih Miera untuk memegang watak itu menerusi uji bakat diadakan. Saya pula hanya dapat tahu mengenai pemilihan Miera selepas kembali dari Sabah, baru-baru ini. 

“Pada pandangan saya, Miera seorang pelakon yang berani untuk mencuba sesuatu yang baru buatnya. Bayangkan ia kali pertama dia beraksi di pentas teater tapi dalam masa sehari saja dia sudah menghafal dialog dengan baik seperti diharapkan. Selepas dua hari, barulah dia belajar ‘blocking’ dan menari pula. 

“Bagi pementasan semula ini, Miera hanya akan melakonkan watak Dr Siti Hasmah ketika muda selama tiga hari, manakala, selebihnya masih digalas Lisa sehingga pementasan semula ini berakhir nanti,” katanya. 

Barisan pelakon lain masih dikekalkan dalam pementasan ini. Pementasan ini menampilkan lakonan mantap Esma Daniel, Siti Shahrizah (Eja), Lisa Surihani, Nazim Othman, Azizah Mahzan, Syanie Hashim dan Radhi Khalid. 

Berita Tempatan - Kemaluan disimbah asid

GEORGETOWN: Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong, petang semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat. 
"Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.

Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.

Nasir berkata, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. - Bernama

Tuesday, November 13, 2012

Snek mampu tambah tenaga


MAKANAN ringan atau snek merujuk kepada hidangan yang diambil di antara waktu makan utama. Biasanya makanan mudah yang hanya memerlukan masa dan usaha yang sedikit untuk disediakan sama ada sejuk atau panas termasuk dalam kategori ini. Bagaimanapun, ia sering dikaitkan dengan hidangan tidak berkhasiat dan memudaratkan.
Namun tidak semua snek membawa kesan buruk kepada kesihatan. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis makanan dan cara penyediaannya. Pengambilan snek berkhasiat boleh menambah vitamin, mineral dan nutrien diperlukan tubuh.
Selain itu, mengambil snek yang baik di dalam masa bersesuaian, boleh menambah tenaga. Tetapi pastikan snek diambil sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu makan utama. Ini kerana pengambilan di antara waktu makan boleh menyebabkan berat badan meningkat dan mengganggu pola pemakanan harian.

Setiap individu boleh memilih snek yang diinginkan sama ada berkhasiat atau sebaliknya. Bagi mendapat khasiat dalam pengambilan snek, pilih makanan rendah lemak, gula dan garam serta daripada kumpulan karbohidrat kompleks serta tinggi serat, vitamin dan mineral.

Dengan merancang pemakanan harian mengikut panduan piramid, ia membantu mengimbangkan hidangan setiap hari. Bagi mengurangkan pengambilan yang agak keterlaluan, snek seharusnya diambil apabila anda lapar dan bukannya ketika bosan atau gelisah. Hadkan hidangan snek kurang daripada 250 kalori setiap kali.

Selain pertambahan berat badan, kekerapan mengambil makanan ringan yang tinggi kandungan gula akan menggalakkan kerosakan gigi. Bagi mencegahnya amalkan teknik memberus gigi berkesan dan berkumur setiap kali selepas makan makanan ringan. Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

Ibu bapa seharusnya melatih anak-anak untuk makan coklat atau gula-gula ketika waktu makan utama bagi menjaga kebersihan gigi. Selain itu, kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan snek atau minuman yang tinggi kandungan gula.
Baca label makanan semasa membeli barang keperluan dapur. Pastikan makanan
dibeli kurang kandungan madu, sirap jagung, glukosa dan sirap pekat kerana semuanya adalah gula.


Makanan ringan menyihatkan


Kacang tanah

Segenggam kacang tanah rebus, badam atau pelbagai jenis kacang tidak akan menggemukkan. Kacang tanah mengandungi zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, fosforus dan kandungan protein yang tinggi. Ia bukan saja dapat mengalas perut yang berkeroncong, malah makan segenggam kacang tanah setiap hari terutama bagi pesakit kencing manis akan dapat membantu kekurangan zat di dalam badan.


Telur

Telur sering dikaitkan dengan kegemukan kerana mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Bagaimanapun, jika kita bijak mengolah hidangan berasaskan telur, ia akan menjadi hidangan yang sihat kerana manfaat telur lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya. Ia bukan saja kaya dengan vitamin serta mineral malah mengandungi sumber protein yang tinggi dan boleh membuat kita berasa kenyang dengan lebih lama.


Avokado

Avokado adalah buah sihat yang kaya dengan lemak tidak tepu dan boleh mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. Mengambil avokado setiap hari selama sebulan boleh membantu menurunkan berat badan dan mencapai tahap kolesterol yang rendah. Selain disediakan dalam bentuk jus atau salad, avokado juga enak dijadikan inti sandwic atau dimakan bersama sushi.


Susu

Susu sememangnya mempunyai pelbagai khasiat. Selain kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium, ia juga mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin yang dapat meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis.


Cendawan

Cendawan adalah makanan rendah kalori dan mengandungi banyak serat yang boleh membuat kita berasa lebih kenyang dengan lebih lama. Ia bukan saja mampu merendahkan paras kolesterol dan tekanan darah, malah dapat meningkatkan sistem ketahanan badan. Makan semangkuk sup cendawan lebih elok berbanding mengunyah sepotong piza atau sepinggan mi segera.


Roti gandum

Bagi mereka yang sedang mengamalkan diet, pengambilan nasi sebagai makanan ruji boleh diganti dengan roti gandum kerana roti mempunyai kelebihannya tersendiri.
Roti gandum yang dihasilkan daripada bijian penuh adalah hidangan ringan yang kaya dengan vitamin B kompleks, serat, vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan antioksidan yang memberikan rasa kenyang lebih lama.

Selain itu, anda digalakkan untuk memilih snek berkhasiat yang kurang kandungan lemak dan gula, contohnya buah-buahan, sandwic, jagung rebus dan biskut. Untuk minuman penghilang dahaga pilih air kosong, jus buah dan sayur tanpa tambahan gula serta susu segar.


Bagi buah-buahan pula 

pilih jambu batu, tembikai susu dan tembikai. Jika lapar tukar gula-gula, burger, kentang goreng dan ais krim kepada sandwic tuna atau telur, popia basah, dadih, biskut atau roti tawar, bijirin dan capati sebagai snek.

Bagi ibu bapa, jangan jadikan makanan segera atau makanan ringan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak melakukan sesuatu, sebaliknya sediakan buah-buahan
sebagai makanan ringan di rumah bagi mengelakkan mereka memilih makanan yang tidak berkhasiat.

Monday, November 12, 2012

Bukit Graviti Yang Luar Biasa

Sebuah tempat misteri mempunyai satu bentuk tarikan graviti yang luar biasa. Tarikan graviti ini amat berbeza seperti di tempat-tempat yang lain kerana segala objek yang condong, tidak akan terbalik malah ia berdiri seperti biasa tanpa sebarang ada jatuhan.

Bukit Graviti Yang Luar Biasa | Satu lagi fenomena aneh alam yang menjadi tamparan hebat bagi hukum Graviti Newton. Di wilayah Santa Cruz, California terdapat suatu fenomena alam yang sangat menakjubkan, dimana terdapat banyak kejadian pelik yang mungkin membuat kita kebingungan apabila mengunjungi tempat yang dinamakan Bukit Graviti tersebut.



Kenapa ditempat Bukit Graviti, yang merupakan hamparan hutan subur itu hukum gravitii seakan-akan sudah tidak ada erti sama sekali kerana semua pepohonan berdiri condong, bahkan boleh dikatakan hampir tumbang? Jika manusia berada disekitar “titik misteri” sekalipun, seluruh badannya tanpa dikehendaki juga terikut-ikut condong, walaupun berusaha untuk berdiri dengan tegak.
Anehnya, walaupun dalam keadaan posisi yang condong dalam sekala yang besar, seluruh benda yang ada tidak akan terjatuh atau kehilangan keseimbangannya. Jika berjalan, langkah kita tetap stabil dan berjalan tanpa kesulitan walaupun dalam posisi condong. Bila berkunjung ketempat Bukit Graviti ini, kita boleh melihat keanehan-kenehan seperti rumah yang hampir roboh (padahal sebenarnya masih kukuh), penyapu yang boleh berdiri sendiri dalam keadaan yang condong, manusia yang dapat berdiri ditembok, dan keanehan-keanehan yang lain.
Peliknya lagi ialah apabila, haiwan-haiwan hutan tidak ada yang mahu merangkak dan mencari makan disekitar “titik misteri ini”, mereka mungkin ketakutan ataupun apa??


Titik Misteri atau “Mystery Spot” boleh membuktikan akan kelemahan teori Gravitasi,Sir Issac Newton dengan hukum gravitasinya menyatakan bahawa semua benda akan ditarik kearah semua benda lainnya oleh kekuatan graviti.
Kekuatan ini bergantung pada seberapa banyaknya zat yang tergantung dalam benda dan pada jarak diantaranya. Hukum itu menerangkan mengapa orbit planet dan bulan berbentuk elips. Hukum itu menerangkan juga gerakkan semua benda dalam alam semesta yang maha luas. Dengan adanya fenomena ini, hukum graviti Newton yang bertahan kurang lebih selama 4 abad mungkin sudah saatnya untuk direvolusi. Namun pada saat ini, para ilmuwan belum dapat menjelaskan bagaimana fenomena ini boleh terjadi. mungkin masih menunggu beberapa waktu lagi untuk memecahkan misteri ini, atau mungkin anda yang belajar fizik mempunyai sebuah teori atau persoalan untuk memberikan penjelasan bagaimana fenomena Bukit Graviti ini boleh berlaku??
Sebenarnya, fenomena-fenomena Bukit Graviti seperti ini tidak hanya terjadi di wilayahSanta Cruz, California sahaja. tetapi ditempat lain yang boleh ditemui. Memang kebanyakannya di USA, tapi di wilayah Eropah juga dapat ditemui tempat ini contohnya disekitar Warsawa, Polandia. Hal serupa juga terdapat disebuah wilayah di China, namun merupakan tanjakan jalan raya.



Gambar Bukit Pelangi di Turki

Sebuah bukit yang bercorakkan pelangi telah dijumpai di wilayah berbatu di negara Turki. Bukit pelangi ini kini menjadi pusat tarikan pelancong yang paling terkenal di Turki. Mana tau korang murah rezeki untuk buat umrah dan ziarah Turki, korang cuba la tanya tentang tempat bukit pelangi ni.



Di Mana Hujung Pelangi?

Arini kita akan membincangkan tentang satu kejadian alam ciptaan Allah Yang Maha Kuasa yang sering kali berlaku di dunia ini terutama di negara-negara beriklim tropika. Pelangi? Apa yang anda tahu tentang pelangi? Pelangi yang bewarna warni, punyai 7 warna? Pelangi yang sangat cantik dan indah apabila dapat dilihat di hapadan mata? Pelangi yang kadang kala mempunyai kembarnya? Pelangi yang kadang-kadang kita lihat mempunyai lebih dari 7 warna? 


Soalan yang paling penting sekali, di mana letaknya hujung pelangi. Kita sering kali lihat pelangi di dada langit tetapi tidak pernah pula melihat hujungnya. Tidakkah anda terfikir tentang letaknya hujung kaki pelangi. Orang-orang tua mengatakan di kaki langit itulah orang bunian mandi manda. Ye ke? Larangan mereka pula, jangan tunjuk pelangi, kalau tidak jari kudung. Ye ke? Boleh terima ke larangan-larangan nenek moyang kita ini? Yang penting, larangan-larangan tersebut tidak pun termaktub di dalam al Quran mahupun hadis, jadi boleh je kalau kita nak buat. 

Besarnya Buah Dia !



SEORANG kanak-kanak berkesempatan memegang sebiji labu gergasi yang diberi nama 'Halloween Pumpkin' seberat 45 kilogram dijual kepada penggemar labu dengan kadar harga RM1,200 di pusat membeli belah Bangsar Village di sini semalam. Menurut penjual labu gergasi itu yang dikenali sebagai Tan, beliau mempunyai lebih 30 jenis koleksi labu pelbagai saiz dan bentuk yang diimport dari Amerika Syarikat.

Samsung Galaxy Note 2 : Spesifikasi Ciri-Ciri Review dan Harga Malaysia?


Samsung Galaxy Note II (2) , Be Creative , Be Expressive


Be Creative & Be Expressive that’s the new tagline for the latest Samsung Galaxy Note 2
 yang bakal di keluarkan dan dijual bermula Oktober ini. Untuk pasaran Malaysia, masih belum lagi kedengaran, tetapi kebarangkalian dalam oktober juga.



Dilancarkan pada awal pagi tadi di Berlin, Germany dalam acara yang penuh meriah yang di panggil ‘Unpacked Event’, Samsung Galaxy Note 2 bakal mengulangi kejayaan Samsung Galaxy Note lama yang aku rase rata-rata pengguna sangat puas hati. Tak silap aku, Samsung Galaxy Note jualan di Malaysia memang macam goreng pisang, aku deal dengan engineer TNB dan aku dapat cakap kan, kesemua pekerja TNB pakai Samsung Galaxy Note. handy dan tak besar sangat, sebab tu ramai senang pakai Samsung Galaxy Note ini.

Spesifikasi dan Ciri-Ciri Samsung Galaxy Note 2






  • 1.6GHz quad-core Exynos processor
  • 2GB of RAM
  • 5.5-inch Super AMOLED HD1280 x 720 display
  • Size: 80 x 151.1 x 9.4mm thin
  • Weight: 180 grams
  • 16/32/64GB on-board memory
  • microSDHC support of up to 64GB of additional storage
  • 2-megapixel front cam
  • 8-megapixel rear cam
  • HSPA+ support
  • 4G LTE connectivity (in selected markets)
  • Bluetooth 4.0
  • Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
  • Wi-Fi Direct
  • USB 2.0 support
  • A-GPS and Glonass support
  • 3,100mAh removable battery
  • Android 4.1 Jelly Bean with TouchWiz
  • Redesigned S Pen with better grip and rubber tip.

Harga Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia?

Buat masa ini, pihak Samsung tidak lagi mendedahkan harga yang bakal di kenekana untukmembeli Samsung Galaxy Note 2 ini tapi aku bajet, kalau di Malaysia untuk contract 2 tahun tu sama sahaja macam awal kemunculan Samsung Galaxy S3 , RM1800 – RM2500 for sure la.

Lee Chong Wei Kahwin

Pertama sekali tahniah diucapkan pada Dato’ Lee Chong Wei sebab juara terbuka Denmark baru2 ni. Lee Chong wei baru2 ni dengar cerita  akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi,, dan aku tengok dekat media massa mengatakan akan kahwin Mew Choo pada 9 november dan 10 november 2012 di KLCC,Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.


dalam akhbar Harian Metro dan The Star, jaguh berusia 30 tahun itu berkata dia akan memastikan segala-galanya berjalan lancar untuk menghasilkan majlis perkahwinan impian, iaitu idaman bakal isterinya, Mew Choo.”Ia adalah impian setiap wanita untuk mempunyai perkahwinan yang terbaik, dan saya tahu bagaimana ianya penting untuk Mew Choo. Saya mahu membuat dia bahagia. Saya ingin melakukan kejutan kepadanya dengan sesuatu yang istimewa.”Lagipun, dia telah menunggu selama 11 tahun. tiba masanya untuk memastikan Mew Choo mempunyai perkahwinan yang tidak boleh dilupakan.oleh itu saya mahu menggunakan semua tenaga saya bagi persiapan perkahwinan saya sekarang, ” katanya yang baru menyambut ulang tahun kelahiranya ke-30, baru2 ini.

Majlis kahwin Lee chong Wei ni yang dikatakan akan berlangsung selama 2 malam berturut-turut itu akan dihadiri tetamu kehormat macam Yang di-Pertuan Agong, menteri2 dan tokoh perniagaan dengan anggaran 1,000 tetamu untuk malam pertama.Sementara malam kedua adalah majlis untuk ahli keluarga dan rakan yang membabitkan 1,500 tetamu serta 500 krew..
aku rasa memang wedding of the year 2012 la lee chong wei kahwin ni nanti.. Tahniah LCW.


CERITA ARTIS - Demi masa depan Eina Azman



TITIK fokusnya kini bukan pada skrip, lensa kamera mahupun teman lakon, tetapi deretan soalan yang bakal menentukan hala tuju masa depan. Sama seperti calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lain, detik ini sungguh penting buat Eina Azman, 17, yang meletakkan harapan tinggi untuk lulus dengan cemerlang.
Pelakon yang kini popular melalui siri Mimpi Cinderella di TV3 menjelaskan, tempoh sebulan untuk mengulang kaji pelajaran dimanfaatkan sebaik mungkin.
Malah, hingga 28 November ini, Eina mengikuti kelas intensif bagi meningkatkan daya pemahaman.



“Selesai penggambaran Mimpi Cinderella sebulan lalu, saya fokuskan perhatian 100 peratus terhadap persediaan menghadapi peperiksaan. Sebelum itu, saya buat ulang kaji di set penggambaran.
“Pantang ada masa lapang, saya buka Ipad untuk ulang kaji lapan mata pelajaran.
Bekerja sambil belajar bukan perkara mudah, malah bohong kalau saya kata persediaan saya mencukupi. Sebab itu saya perlukan kelas intensif.

“Apapun, saya akan buat yang terbaik. Saya yakin boleh kerana keputusan sebelum ini pun okay, walaupun sibuk dengan penggambaran. Hasrat saya mahu melanjutkan pengajian setinggi boleh,” katanya ketika dihubungi Selasa lalu, yang juga hari kedua SPM.

Akui pelakon yang semakin mendapat perhatian ramai penerbit dan pengarah ini, cabaran lebih terasa apabila dia calon persendirian di sekolah swasta.

Jika majoriti calon menghadiri kelas di sekolah dan boleh mengulang kaji secara berkumpulan, dia belajar sendiri di rumah dengan mengikuti silibus Skor A, selain mendapat bimbingan guru yang dibayar khas.

“Tekanan lebih terasa jika kita belajar sendiri, tapi apakan daya, ini yang terbaik buat saya. Berada di bidang seni tidak memungkinkan saya bersekolah seperti rakan sebaya lain. Bila ada penggambaran, saya banyak ponteng kelas, jadi mami sarankan saya berhenti dan belajar di rumah saja.

“Kalau ikutkan, mami memang berat hati benarkan saya menjayakan drama Mimpi Cinderella kerana mahu saya fokuskan perhatian terhadap persediaan menghadapi SPM.

“Saya pujuk mami dengan menjelaskan, peluang melakonkan watak utama untuk drama siaran TV3 bukan datang selalu. Mungkin tertulis rezeki watak Zaleha jadi milik saya, walhal tawaran menghadiri uji bakat watak itu hadir dua hari sebelum penggambaran.

“Saya cakap dengan mami, saya berani ambil risiko ini dan berjanji tidak akan hampakan harapannya untuk lihat saya lulus SPM dengan baik. Syukur, ibu beri restu dan saya kena kotakan janji saya.

“Semalam (Isnin) saya menduduki kertas Bahasa Melayu I dan II dan hari ini (Selasa) Bahasa Inggeris I dan II. Setakat ini saya boleh buat dan harapnya enam subjek lagi pun sama. Kertas terakhir saya adalah Pendidikan Seni pada 29 November,” katanya yang akan kembali aktif berlakon selepas selesai menduduki SPM.

Mengapa gadis cantik manis dan berkulit putih mulus ini sanggup memperjudikan masa depannya untuk Mimpi Cinderella? Dengan lembut Eina menjelaskan, sebelum ini nasib kurang berpihak padanya, malah pada awal kemunculan, dia diselubungi kontroversi hingga ada yang tersilap menilainya.

Justeru, dia yang sebelum ini menyerlah menerusi 5 Jingga, Kemisah Kerbi, Pucuk Muda Kerabu Taugeh dan telefilem Jatuh Cinta berharap, Mimpi Cinderella dapat menambah keyakinan masyarakat terhadap bakatnya, sekali gus menjadi pemacu untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini.

“Watak Saleha mungkin nampak mudah, tetapi jujurnya ia mencabar kerana bagi saya, lebih senang menzahirkan karakter antagonis daripada protagonis.

“Saleha gadis naif, baik hati dan ceria, tetapi dia sangat takutkan ibu tirinya. Ini kali pertama saya hidupkan watak gadis yang benar-benar naif dan perlu banyak menangis.

“Pada mulanya susah, apatah lagi pengarah mahu saya betul-betul keluarkan air mata, tetapi lama kelamaan saya dapat hayati watak itu. Ini bukan watak utama pertama saya kerana sebelum ini banyak drama dan telefilem yang saya jayakan, tetapi Saleha boleh jadi kayu pengukur kemampuan saya,” katanya.


Diugut, dibuli kerana cantik

BERAZAM memiliki butik satu hari nanti, Eina atau nama sebenar, Nur Eina Azman akui, kembara hidupnya bukan mudah bila dilahirkan cantik, apatah lagi fizikalnya tampak jauh lebih matang daripada usia sebenar.

Sejak kecil dia dicemburui ramai, bahkan lebih menyedihkan, dia pernah dipulau ketika di sekolah gara-gara kelebihan dimilikinya. Keadaan itu bertambah buruk apabila dia bergelar artis. Saban hari, ada saja caci maki dihamburkan, malah dia sering dimalukan dan menjadi mangsa buli.

“Hidup saya sejak kecil memang sedih. Pengalaman mengajar saya untuk tidak rapat dengan sesiapa melainkan ahli keluarga. Sejak di sekolah rendah lagi, kehadiran saya kurang disenangi rakan.

“Pernah saya cedera akibat terjatuh ketika turun tangga gara-gara rasa cemburu mereka. Parut luka itu kekal hingga kini. Keadaan semakin teruk bila saya belajar di sekolah menengah. Ada saja yang sengaja mencari kesilapan saya, walhal saya tidak pernah ganggu sesiapa.

“Bukan saja rupa, bahkan ketinggian saya turut jadi bahan pertikaian. Bukan saya tidak cuba berbaik-baik, tetapi kebanyakan rakan akan menjauhi saya.

“Entah di mana silapnya saya pun tak tahu, walhal tiada beza pun saya dengan mereka. Apa yang mereka pakai, itulah yang saya pakai, malah saya tidak pernah bermegah bergelar artis.

“Saya sudah biasa terima panggilan berbaur ugutan mahu cederakan wajah saya, selain berpuluh-puluh surat layang. Sudah banyak laporan polis dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.

“Saya tidak tahu ia angkara siapa dan tidak mahu ambil tahu. Ibu tidak sanggup lihat saya bersedih lagi dan atas faktor itu juga dia sarankan saya berhenti sekolah dan belajar di rumah saja,” katanya.

Pada usia yang masih hijau, Eina akui turut menjadi buruan ramai lelaki berhidung belang, malah ada antaranya golongan kenamaan. Ditawarkan barangan berjenama mahal, kereta mewah dan rumah besar hingga keluarga terpaksa mengambil pendekatan berhati-hati dengan tidak membenarkan dia keluar rumah bersendirian.

“Biarpun muda, saya tahu menilai mana buruk dan mana baik. Saya rimas bila ada yang cuba menagih perhatian saya. Pernah ada yang sanggup tunggu saya di luar pagar sekolah setiap hari dan mengekori saya.

“Kadangkala saya memandu ke sekolah dan bila ada yang mengekori, keluarga tidak benarkan saya keluar rumah seorang diri lagi. Ke mana saja saya pergi, pasti mami atau kakak akan temankan, termasuk ke lokasi penggambaran.

“Itu lebih baik, setidak-tidaknya saya rasa selamat dengan adanya ahli keluarga di sisi,” katanya yang turut berkongsi rasa gembira apabila single sulungnya, Bahagia akan dilancarkan tidak lama lagi.


PATUT TAHU - Rumah penuh anasir alahan




HIDUNG tersumbat, gatal, bersin dan mata berair - keadaan itu tentu menimbulkan rasa kurang selesa dan sering disangka petanda hendak demam. Namun, ciri ditunjukkan bukan demam biasa tetapi antara gejala mereka yang mengalami demam alergi.
Istilah lain bagi ketidakselesaan itu ialah alahan hidung atau rinitis alergi iaitu keadaan yang menyebabkan membran hidung pesakit mengalami keradangan dan membengkak kerana sensitif terhadap satu atau beberapa bahan alahan.
Dianggarkan, hampir 1.4 bilion penduduk dunia mengalami gangguan alahan dan peratusan kejadian itu semakin meningkat, menjadikan ia antara masalah perubatan kronik paling lazim di dunia. Malah, kes alahan hidung di rantau Asia Pasifik juga semakin meningkat dalam tempoh 10 tahun ini.

Di Malaysia, rinitis antara penyakit yang sering dihidapi dan menjejaskan 40 peratus penduduk. Alahan adalah punca utama rinitis di kalangan pesakit kanak-kanak dan pertengahan usia membabitkan 80 peratus.

Bagaimanapun, di kalangan pesakit lebih berusia, hampir separuh menghidap rinitis alergi manakala selebihnya mengalami gangguan bukan alergi.

Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Prepageran Narayanan, berkata ada dua jenis alahan hidung yang utama iaitu gejala yang berlaku sekali sekala dan gejala yang berlarutan.

“Alahan hidung sekali sekala berlaku kurang empat hari seminggu atau kurang empat minggu berturut-turut, manakala alahan hidung berlarutan berlaku lebih empat hari seminggu dan lebih empat minggu berturut-turut,” katanya.

Menurutnya, anasir paling lazim menyebabkan alahan hidung ialah bahan di luar rumah seperti kulat, pokok, rumput atau debunga rumpai manakala antara bahan di dalam rumah yang menyebabkan alahan ialah habuk, hama permaidani, bulu binatang, najis lipas dan kulat serta makanan pedas. Selain itu, ada pesakit yang sensitif dengan keadaan sejuk, perubahan cuaca atau makanan tertentu.

“Pendedahan terhadap bahan itu menyebabkan individu terbabit mengalami hidung tersumbat, gatal, bersin, berlendir atau mata berair. Rinitis alergi dan resdung ada kaitan antara satu sama lain kerana rinitis alergi menyebabkan hidung tersumbat dan seterusnya menyebabkan resdung.

“Resdung ialah radang pada lapisan bahagian dalam hidung yang boleh menyebabkan akut atau kronik. Apabila resdung menyebabkan hidung tersumbat dan dipenuhi cecair (lendir), kuman mudah membiak dan menyebabkan gejala seperti sakit kepala dan rembesan kuning dalam hidung.

“Hidung tersumbat akibat resdung mungkin berpunca daripada kesejukan atau polip dalam hidung (ketumbuhan),” katanya.

Menurutnya, apabila antigen ditemui, sistem imun pesakit alahan hidung akan menghasilkan histamin lalu menyebabkan timbulnya gejala alahan.

Kaji selidik dijalankan antara 2009 hingga 2010 di lapan negara Asia Pasifik mencatatkan, daripada 491 kediaman yang ditinjau di Malaysia, 41 peratus kanak-kanak menghidap alahan hidung bermusim manakala 48 peratus menghidap alahan hidung perenial. Ini ketara berbanding 37 peratus orang dewasa yang menghidap alahan hidung bermusim dan alahan hidung perenial.

Kaji selidik sama mendapati, kebanyakan peserta menyatakan alahan hidung menjejaskan mutu hidup mereka dan menyebabkan kemerosotan prestasi sekolah, prestasi kerja dan produktiviti, terutama apabila gejala serangan alahan hidung mencapai tahap paling teruk.

Produktiviti dan mutu hidup juga mungkin terjejas apabila pesakit alahan hidung cuma merawat diri sendiri dan memakan ubat atau bahan antihistamin yang menjejaskan tidur.

Dr Prepageran berkata, penting untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan betul.
Alahan hidung yang dapat dibezakan dengan influenza biasa dengan tepat dan diuruskan dengan berkesan membolehkan pesakit meneruskan aktiviti harian dengan gangguan minimum.

“Pesakit diminta tidak menggunakan ubat selesema yang dipilihnya sendiri apabila mengalami alahan hidung, sebaliknya berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis dan ubat betul supaya gejala alahan hidung dikawal dan mutu hidup dipelihara,” katanya.

MSD melancarkan AERIUS D-12, ubat yang memberi kelegaan kepada penghidap alahan hidung dengan gabungan ubat terbaru antihistamin dengan rawatan hidung tersumbat yang tidak menyebabkan rasa mengantuk.

Ubat terbaru dengan dwicirinya yang unik, merawat gejala seperti hidung tersumbat, gatal-gatal, bersin dan mata berair yang berlaku sekali sekala atau berlarutan.

Bagi mengatasi masalah kurang kefahaman mengenai alahan hidung, MSD dengan kerjasama Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI) melancarkan kempen Hentikan Bersin, Hapuskan Gatal.

Kempen itu bagi meningkatkan kesedaran di kalangan orang awam mengenai sifat dan gejala alahan hidung serta perlunya bertemu doktor bagi mendapatkan diagnosis tepat dan rawatan betul.

Klinik yang menyertai kempen berkenaan akan dibekalkan dengan bahan pendidikan dan bahan peragaan seperti risalah dan poster untuk menyampaikan mesej mengenai rawatan paling sesuai bagi alahan hidung.


Gejala:
  • Gatal di hidung, mulut, mata, tekak atau kulit
  • Masalah untuk menghidu
  • Hidung berair
  • Bersin
  • Mata berair


    Gejala yang mungkin terjadi selepas alahan hidung:
  • Hidung tersumbat
  • Batuk
  • Telinga tersumbat dan kurang deria bau
  • Sakit tekak
  • Lingkaran gelap di bawah mata
  • Bengkak di bawah mata
  • Keletihan dan keradangan
  • Sakit kepala
  • Masalah ingatan dan lambat berfikir


    Komplikasi yang mungkin terjadi

    Penghidap alahan hidung mungkin menderita pelbagai masalah kesihatan. Masalah kesihatan utama ialah:
  • Letih
  • Gangguan tidur
  • Kualiti hidup dan produktiviti merosot
  • Pergerakan terhad
  • Tumpuan berkurangan
  • Memberi kesan kehidupan sosial


    Masalah kesihatan sampingan:
  • Lelah
  • Otitis media (jangkitan pada telinga tengah)
  • Resdung akut


    Diagnosis

    Dua kaedah lazim digunakan untuk diagnosis alahan hidung. Diagnosis dibuat berdasarkan keluhan pesakit atau gejala yang ditunjukkan.

    1. Ujian pada kulit - bahan yang dipercayai boleh menyebabkan alahan diletakkan di permukaan kulit biasanya sama ada di lengan atau belakang badan dilakukan untuk mengetahui bahan yang menyebabkan sensitif kepada pesakit.
    Tanda reaksi alahan dipantau oleh pengamal perubatan. Satu ujian yang dilakukan akan dapat keputusannya dalam masa 15 atau 20 minit.

    2. Ujian darah - Fungsi utama ujian darah bagi mengesan tahap hemoglobin dalam darah. Jika ada kecacatan, tanda alahan dapat dilihat pada tisu. Ujian ini biasanya digunakan apabila ujian pada kulit tidak dapat membantu atau gagal mengesan jenis alahan.


    Rawatan

    Walaupun diketahui tiada penyembuhan untuk masalah alahan setakat ini, perubatan dan panduan dapat membantu mengawal gejala alahan hidung. Pesakit perlu mengelak terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan. Jika tidak dapat menghindarinya, beberapa jenis ubat boleh membantu mengurangkan alahan.


    Antihistamin

    Antihistamin digunakan untuk melegakan rinitis alergi, pruritus (gatal-gatal), rinitis, urtikaria (ruam dan gatal) dan tindak balas alergik lain. Antihistamin boleh dibeli dalam bentuk tablet, sirap atau semburan hidung. Ia membantu menghalang kesan keradangan hidung.


    Dekongestan

    Agen yang mengurangkan atau melegakan kesesakan hidung. Tugas dekongestan ialah mengecutkan saluran darah dalam hidung dan disediakan dalam bentuk semburan hidung atau tablet bagi menyediakan kelegaan segera masalah hidung tersumbat.
    Semburan hidung tidak sepatutnya digunakan lebih tujuh hari kerana ia boleh
    merosakkan tisu hidung dan menyebabkan gejala semakin teruk, keadaan yang dikenali sebagai ‘rhinitis medicamentosa’.


    Kortikoid

    Hormon steroid yang digunakan untuk merawat masalah radang jangka panjang kronik seperti asma, alahan kulit atau demam alergi.

    Kortikoid boleh didapati dalam dua bentuk iaitu semburan hidung dan tablet.
    Penggunaan kortikoid dalam dos tinggi dalam jangka panjang, terutama apabila diambil dalam bentuk tablet, boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini.
    Bagaimanapun, kortikoid dalam bentuk tablet hanya diberi kepada pesakit yang mengalami alahan teruk.


    Rawatan gabungan

    Kombinasi ubat terbukti berkesan dalam merawat alahan hidung dengan masalah hidung tersumbat.


    Pencegahan

    Pencetus alahan harus disingkirkan atau dielak bagi mencegah atau meminimumkan serangan alahan hidung. Antara langkah yang wajar diambil ialah:
  • guna bantal serat sintetik dan cadar telap tilam
  • sering membasuh cadar, sarung bantal dan selimut dengan air panas
  • alihkan barangan perabot, mainan kanak-kanak, permaidani dan haiwan peliharaan
  • kerap membersihkan rumah dan menghapuskan tempat pembiakan lipas
  • gunakan pembersih hampagas dan penapis udara berkecekapan tinggi
  • tempatkan haiwan peliharaan di bilik tertentu
  • kerap membasuh barangan perabot fabrik dan permaidani
  • elakkan makanan yang boleh mencetuskan alahan hidung


    Pencetus bukan alahan seperti asap rokok, bau yang kuat, pencemaran udara, suhu sejuk dan panas lembab juga patut dielakkan atau dikawal seboleh mungkin.
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Bendahari Diraja:

    Pengunjung Dari Kerajaan Lain: