Kerabat diRaja:

Monday, May 21, 2012

Koleksi Lawak


MEMO UNTUK STAFF


Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2012, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-


a. PENGANGKUTAN


Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.


Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.


Sekiranya anda memandu kereta nasional sama ada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.


b. CUTI TAHUNAN


Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.


c. WAKTU LUNCH


1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.


2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.


3) Untuk mereka yan gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.


d. CUTI SAKIT


Mulai 2012 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.


e. PENGGUNAAN TANDAS


Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2012 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekirannya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.


Sekirannya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum "Staff Sembelit"


f. PENGGUNAAN INTERNET


Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca email, Facebook dan Twitter akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran akan ditolak dari gaji anda.


Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.


Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.


Sekian, terima kasih.


SYURGA


Seorang budak lelaki berumur 6 tahun baru belajar pasal syurga di tadika. Kata cikgu "syurga tu di bawah tapak kaki ibu".


Bila balik saja ke rumah, dia terus cari ibunya. Kebetulan pada waktu itu, ibunya baru je keluar dari bilik mandi, berkemban dengan tuala..


Budak itu terus pergi menerpa kaki ibunya dan cuba meneliti tapak kaki ibunya. "Tak ada pun syurga, kata cikgu syurga ada kat kaki ibu", kata budak itu..


Lepas tu dia terlihat something dicelah peha ibunya. "Eh apa bentu tu ibu?".
Jawab ibunya,"ITU SYURGA BAPAK KAMU!".


ANAK MURID LOYAR BURUK


Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yan paling malas.


Cikgu: "Lukisan apa yang awak buat ni Abu, kosong je?"
Murid: "Kuda makan rumput,cikgu!"
Cikgu: "Rumputnya mana?"
Murid: "Sudah habis dimakan kuda,cikgu"
Cikgu: "Habis tu, kudanya mana?"
Murid: "Sudah pergi,cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: