Kerabat diRaja:

Friday, April 6, 2012

Rasuk!!

Assalamualaikum!




Aku nak cerita sikit pasal orang kena rasuk dekat kolej aku.. Biasa lah you alls, kolej mana yang tak keras kan? Tak kesah lah kolej baru ke lama, semua berpuaka! Aktiviti rasuk merasuk, histeria kerap juga lah berlaku kat UiTM aku, UiTM Lendu Alor Gajah, Melaka.. Ada yang betul betul kena rasuk, ada juga yang buat buat dirasuk.. Entah apa motif dia pun aku tak tau lah.. 

Kolej aku kat UiTM tu kolej baru, tapi baru baru pun, sama keras dengan yang lama.. haha! Tapak lama kolej aku tu hutan, hutan kan? Mestilah ada penghuni kat situ.. Tapi kejadian rasuk yang berlaku kat kolej aku ni bukan disebabkan "penghuni" lain kat kolej aku tu.. Tapi disebabkan benda lain..

Ceritanya macam ni, malam tu aku kat bilik lagi.. Tetiba aku terdengar senior part 4 jerit suruh semua budak part 1 turun.. Time tu pukul 11 malam kot.. Aku turun lah, semua  orang berkumpul kat belakang kolej.. Time aku jalan tu aku ternampak banyak kereta kat surau berdekatan kolej.. Aku pun tanya lah kawan aku yang dah turun lebih awal..

"Ape ke hal tu??"

"Kena rasuklah.. ape lagi.."

"Ouh budak kolej mana, laki ke pompuan??"

"Budak Kolej Tun Ali.. Perempuan lerr.."


Aku pun buat bodoh laaa.. Lepas tu berkumpul, dengar lah senior berucap kat depan.. Time tu semua tengah busy dengan latihan untuk Open Kolej.. Malam tu budak budak yang masuk hakka kena buat latihan, budak dikir barat pun ada latihan.. Cuma budak Citra Warna je tak ada latihan.. Aku budak Citra Warna, so malam tu budak citra Warna relax tengok orang buat Hakka.. Sambil tengok orang buat hakka, mata aku pun menjenguk surau tadi.. Orang kat surau tu semua nak balik.. Dah habis menghalau lah kot.. Abang senior yang handle Hakka pun baru balik dari surau tu.. 

Tengah syok tengok orang buat hakka.. Tetiba macam kecoh kat satu bilik kat bawah.. Aku pun pelik laaa...!! Tetiba abang yang baru balik dari surau tu suruh budak hakka berhenti berlatih.. Dia cakap

"Korang nak naik bilik awal??"

Kitorang semua mesti lah nak kan.. masing masing pun dah penat, mengantuk lagi! Lepas tu abang tu cakap,

"Kalau korang nak naik awal, janji dengan aku.. 
jangan pergi bilik tu"

Kitorang semua pun pelik lah.. Mesti ada orang kena rasuk ni.. Macam "benda" tu melompat ke orang lain pulak.. Maybe sebab tu lah abang senior tu tak bagi pergi bilik tu.. Tapi... tak ada orang pun nak dengar cakap abang tu.. semua pergi serbu bilik tu nak tengok apa yang jadi.. Aku malas lah nak pergi menyemak.. Tapi ada lah jugak menjenguk.. hahaha...

Keesokkannya time aku nak pergi kelas.. Aku pun tunggulah kawan sekelas aku kat bawah.. Tak lama lepas tu dia keluar, aku pun tanya lah kawan aku tu pasal budak kena rasuk semalam sebab bilik dia dekat dengan budak yang dirasuk tu..

"Budak yang kena rasuk tu macam mana? dah okay??"

"Okay daaah... haaa kau nak tau cerita sebenar dia??

"Eh nak..! macam mana dia boleh kena rasuk??"

"Ni budak yang kena rasuk tu cerita balik tau..
Macam ni, semalam kan ada budak perempuan kena rasuk kat surau semalam??  Budak perempuan tu kena rasuk oleh SAKA dia
sendiri..  Lepas tu ada abang senior kita sebok  nak tengok time
nak halau saka tu.. lepas saka tu dah keluar.. Saka tu ikut abang senior kita.. Time dia menuju balik kat kolej.. Budak lelaki yang 
kena rasuk tu nampak Saka tu ikut abang tu.. Budak yang kena 
rasuk tu dah buka HIJAB!!! so dia boleh nampak"

"Ouh my god!!"

"Yelah! Time dia nampak saka tu ikut abang tu.. Saka tu perasan yang dia boleh nampak!! Budak yang kena rasuk tu pejam mata, then bila dia buka mata je Saka tu betul betul depan dia!! Jarak saka dengan budak tu satu inchi je kau tau!! Budak tu terus tersandar kat dinding.. Then lepas tu ada abang senior lain ternampak budak tu, abang senior tu terus bawa budak tu masuk bilik dia.. Budak yang kena rasuk tu cakap, time dia kena rasuk, dia kena bawa oleh saka tu kat dalam hutan.. Dia kena ikat kat pokok.. Dua hari dia kat dunia sana..! Tapi kat dunia sebenar satu jam je! Dia cakap Saka tu bawa dia ke Perlis, sebab saka tu cakap loghat orang Perlis.. Hhaha..  Dia boleh lepas dari ikatan time ustaz ubat dia.. lebih kurang macam tulah dia cakap.. Dia cakap lagi, muka saka tu sama dengan muka budak perempuan yang kena rasuk semalam.. Tapi tua sikit lahhhh.."

"ouh macam tu.."

Aku pun tak tau sama ada nak percaya atau tak.. Tapi kalau betul macam mana?? entah lah.. Tapi kira berani lah budak tu sebab pergi buka hijab dia.. Entah apa lagi yang dia nampak kan? haha.. SERAM!

p/s:Tekan link bawah untuk tahu apa yang berlaku kat UiTM Lendu sekarang:



6 comments:

  1. asalnya siapa yang kena rasuk ? ok , tak berapa faham dialog tu -__- mesti best kan kena rasuk ? *Hentak Kepala*

    ReplyDelete
  2. Semoga saye melangkah masuk U,saye xnk perkara ne belaku..amin3..pray t0 Allah

    ReplyDelete
  3. biasanya org yg kena rasuk ni lemah semangat. luaran memng nampak gagah berani lagi perkasa kihkih tapi dalaman dia... hah! tu mak saya yg ckp ler

    ReplyDelete
  4. Sriously Kolej Tun Ali?????!! Damn, my father works there and saya slalu gak lepak sampai memalam buta kat ofis dia. Scary gila!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: