Kerabat diRaja:

Tuesday, April 10, 2012

I'm Making Pancake

Assalamualaikum!

Petang tadi aku bosan gila, tak tau nak buat apa.. Time aku tengah tengok tv channel AFC.. Chef tu masak pancake! Nampak sedap je uooollsss.. So aku pun teringin nak makan, aku pun terfikir nak buat sendiri.. Bahan bahan pun semua ada kat dapur tu.. Habis terbang barang kat dapur tu aku kerja kan, yelah lelaki masuk dapur.. Ada aku kesah barang semua terlepanting! HAHA! Buat punya buat, jadik pancake aku you ooolllss! XD Sedap hingga menusuk kalbu.... 

Korang pun kena try buat pancake sendiri.. Apa? Tak tau buat?? Tak apa, aku boleh ajar korang macam mana nak buat pancake yang senang, mudah, dan cepat siap.. Nama pancake tu "Pancake Ala Lurzan" HAHA.. Antara bahan bahan yang korang perlukan:

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung naik sendiri/tepung gandum
1 cawan susu
1 sudu Mentega
1 biji telur
Garam
Gula

Cara Membuat:

-Masukkan tepung kedalam mangkuk besar dan masukkan garam secukup rasa anda.. Gaulkan sebati.. Ketepikan..

-Pecahkan telur dan belasah pukul hingga kembang, setelah kembang masukkan tepung kedalam mangkuk telur perlahan lahan dan gaul hingga sebati.. 

Lepas tu uoolls amek mentega dan cairkan kat kuali.. Sikit je, jangan banyak.. Nanti membazir, lepas dan cair masuk kan dalam mangkuk adunan tadi..

- Masukkan susu kedalam adunan dan kacau.. Lepas tu korang panaskan kuali dan letak sikit mentega.. Bila kuali dah panas, tuangkan adunan tadi kedalam kuali, jangan semua!! Sikit sikit..


- Tunggulah sampai masak.. Bila dah masak, SIAP!! :D


Pancake ni korang boleh makan dengan sirap madu ke,anggur ke, butter ke.. Ikut selera korang lah.. Jangan lupa cuba tau! Okay, memang betul aku buat pancake tadi tapi... sebenarnya tak jadik pon!! Hangus! X( Pic ni semua aku google je.. HAHA! 

p/s: Gula aku tak guna pun kan? lupakan laaaa.. HAHA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: