Kerabat diRaja:

Saturday, April 7, 2012

Histeria Dari Bilik Ke Bilik


Assalamualakum!


Okay, entry in sambungan dari entry lepas RASUK.. Sesiapa yang tak baca lagi boleh tekan link Rasuk ni.. Sebenarnya entry ni tak ada kaitan dengan cerita RASUK aku pun..  Kita mulakan cerita.. Kejadian histeria dari bilik ke bilik ni berlaku kat kolej aku.. Tapi masa kejadiaan tu belaku aku tak ada kat kolej.. Nasib baik.. HAHA!

Kejadian yang berlaku diceritakan semula  oleh budak sebelah bilik aku.. Faiz nama dia.. Malam tu aku bersiap nak pergi makan kat  dewan makan dengan kawan aku.. Malam tu Faiz tak keluar bilik pun.. Time aku nak keluar tu aku terkezut tengok lampu koridor padam.. Gelap gelita, seram sejuk terkena angin hutan belakang kolej..  Aku pun on kan lah lambu koridor  balik..  Tetiba lampu berkelip kelip! Aku pun cuak lahhhh! (Okay tu rekaan je, hahah).. Lampu pun on, so aku turun lah pergi makan..

Kembali pada cerita Faiz pulak! Malam tu dia duduk dalam bilik main game kat laptop.. Malam tu memang sunyi je, macam tak ada penghuni lain dalam kolejtu selain dia.. Tengah dia kusyuk main game, tetiba dia rasa seram sejuk.. Meremang bulu roma dia, dia tengok langsir tingkap dia melambai lambai di tiup angin.. Dia pun pergi kat tingkat dan tutup tingkap bilik dia.. Lepas tu dia sambung main game.. Tak lama lepas tu dia terdengar orang menjerit dari bilik hujung koridor.. Jeritan tu tak kuat sangat, so mungkin dari bilik hujung.. Faiz pun buat bodoh je, dan sambung main game.. Selang beberapa minit, dia terdengar lagi orang menjerit.. Tapi macam dekat sikit bunyi jeritan tu.. Tapi Faiz tetap buat bodoh, nak jugak dia tahu apa yang jadi, tapi dia malas nak bergerak.. Berat bontot kot! 

Tak lama lepas tu, ada lagi bunyi jeritan kedengaran! Jeritan tu dah semakin dekat dengan bilik Faiz.. Faiz pun dah pelik, dia memang nak tau ape sebenarnya yang jadi  kat luar tu.. Dia pun macam berani tak berani je nak keluar bilik.. Tapi dia dah tak sedap hati, dia nak tahu jugak.. Time Faiz nak buka je pintu tetiba bilik dia kena ketuk.. Apa tak berderau darah dia!! Dia pun tak nak lah fikir benda lain, dia pun buka lah pintu.. Tapi tak ada orang, lampu koridor pun tutup.. Gelap je! Faiz pun terus toleh ke kanan, tapi tak ada benda pun.. Sunyi jee..


Lepas tu dia toleh ke kiri, menjerit  dia bila tengok ada pocong berdiri betul betul sebelah dia!! Faiz terus tutup pintu dan rebah atas katil.. Lepas tu dia dengar ada orang ketawa kat depan pintu.. Faiz pun baru perasan yang pocong tadi tu kawan kitorang jugak! Budak sama level..Budak tu pakai selimut putih lilit badan dia macam pocong..  Faiz buka pintu terus dia carutkan budak yang jadi pocong tu.. HAHAH!! Rupanya  semua bilik level kitorang budak tu kenakan..

Aku balik je bilik, si Faiz terus masuk bilik aku dan cerita apa yang dah jadi.. Aku pun mengilai lah macam puntianak! HAHAHAHA! Pecah perut aku dengar cerita dia.. Nasib baik aku keluar, kalau tak aku pun jadi mangsa Histeria! Nasib baik budak tu tak kena belasah beramai ramai, kalau kena belasah, ada pulak yang saman UiTM lagi.. HAHAHAHA!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: