Kerabat diRaja:

Wednesday, April 11, 2012

Memory Terindah #3


Assalamualaikum!



Memori Terindah kali ni aku nak cerita sebuah kejadiaan yang berlaku time aku sekolah rendah dulu.. Sebenarnya tak lah indah pun, memalukan adalah.. Tapi tak apa aku nak cerita jugak.. Kejadiaan berlaku time aku darjah 2, hari pertama persekolah aku kat sekolah baru.. Sekolah Kebangsaan Puchong Utama (1).. Sekolah tu dekat je dengan rumah lama aku.. Rumah tu belakang sekolah tu je.. 300m lah lebih kurang..

Hari tu aku dengan abang aku masuk sekolah tu, abang aku darjah 5.. Mula mula mak aku hantar abang aku dulu then baru hantar aku.. Dah sampai kat kelas aku pun masuklah, semua orang menyambut aku dengan mesra.. HAHA! Bila mak aku tengok aku macam dah okay dengan suasana kat kelas tu, dia pun balik rumah.. Bila dah habis berkenalan, tibalah waktu rehat.. Time tu budak budak lelaki semua ajak aku pergi kantin untuk makan, tapi aku menolak ajakan dorang.. Aku nak bersendirian time tu, bukan sombong! Tapi tak mesra lagi, aku pun jalan lah sorang sorang.. Loceng pun berbunyi,

KRIIIIIIIIIIIIIINNNGGGGGG!
KRRIIIIIIIIIIIIINNNNNNNNGGGGGGGGG!

Kat sekolah aku dulu kalau dah habis rehat loceng bunyi dua kali.. HAHA! Aku pun naik lah tangga nak pergi kelas aku,TETIBA! Aku lupa kelas aku yang mana satu, aku dah cuak dah time tu, rasa nak menangis pun ada.. HAHA! Aku pusing satu bangunan, aku kena cam bag aku je time tu baru boleh tau kelas aku mana satu.. Muka budak kelas aku bukan aku ingat sangat pun.. Aku ternampak bag aku, tapi tak sure tu kelas aku ke tak.. Aku memang tak suka tanya orang, sampai sekarang aku tak suka menanya! 

Lepas dah giveup cari kelas tak jumpa jumpa, aku pun amek jalan MAUT keluar dari sekolah.. Aku lari pergi gate sekolah, pak guard nampak aku.. Dia pun dah pelik nampak aku tak masuk kelas lagi, aku buat dek je kat pak guard tu terus lari keluar sekolah.. Pak guard tu kejar aku naik motor, aku lari sampai satu simpang, tapi aku tak ingat jalan mana nak pergi rumah aku.. Sama ada terus or belok ke kanan?? Pak Guard tu dah nak sampai dekat aku, aku pun try ingat dan aku pilih untuk ikut jalan ke kanan.. Tak sempat aku nak gerak pak guard tu dah pedang tangaan aku, aku pulak boleh cakap "Apesal pegang pegang ni??" sedangkan aku salah.. HAHA! Pak Guard tu tanya"Nak pergi mana dek??".. Aku pun cakap lah nak balik rumah! 

Aku tak peduli kat pak guard tu, aku tarik tangan aku balik dan terus lari.. Pak Guard tu biar je aku dan dia pun balik sekolah balik.. Aku dengan jayanya sampai rumah.. Aku pun gegarkan lah grill pintu, pakcik aku pun pelik.. "Aik! Awalnya habis sekolah??".. Aku pun cakap lah yang aku tak jumpa kelas.. Pakcik aku gelak, lepas tu dia bawa aku pergi sekolah balik.. Aku dah segan time tu, tapi ikut jela.. Tak kan nak biar bag aku kat sana kan?? Sampai je sekolah pak Guard tu jeling aku.. HAHA! Pakcik aku pergi bilik guru dan tanya mana kelas aku.. Then tetiba cikgu tu cakap "Oh ni budak yang lari sekolah tu ye??".. Malunya aku time tu, nasib baik aku budak lagi.. Pakcik aku pun bawa lah aku pergi kelas, budak kelas aku pun ajak aku masuk.. 

Tetiba, cikgu kelas benar kan aku balik awal! Hahahahahahaha! Happnya aku rasa.. Aku amek bag terus balik, budak lain dengki je.. LOL Bila mak aku dah balik kerja, mak aku tanya "Macam mana first day sekolah??".. Nak je aku jawab "Awesome mak!", tapi aku diam jelah.. HAHA! Pakcik aku yang ceritakan semuanya.. Abang aku yang darjah 5 time tu terus menyampuk, "kau firstday sekolah dah buat aku malu, semua budak kelas aku gelak time kau lari!".. Aku pun diam jelaahh, lepas dah beberapa hari aku sekolah kat sana, aku kerap mendapat sindiran dari cikgu kelas aku.. cam CB! Tapi tak apalah, hari pertama aku sekolah pun dah mampu buat satu sekolah kecoh! HAHAH!

p/s: Aku malu sebenarnya!! ><"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: