Kerabat diRaja:

Sunday, April 29, 2012

EUMORA Facial Bar



Sabun EUMORA merupakan sabun ALL IN ONE yang memang ajaib. Hanya 3 minit sahaja anda akan dapat melihat perubahannya. 30 minit wajah anda akan bertambah cantik dan berseri. EUMORA adalah 100% semulajadi.Bar Rawatan kulit yang mengandungi MOOR yang hebat dan mikroalga yang dihidrat (H-ma), dihasilkan serta 100% diimport dari eropah.

KEBAIKAN EUMORA mengecilkan pori-pori, mengawal blackheads and whiteheads ,mengawal keseimbangan pH pada kulit ,mengawal masalah jerawat dan kulit sensitif ,mengurangkan kesan parut pada kulit ,mengurangkan pigmentasi dan mengawal masalah jeragat ,mampu mengurangkan garis-garis halus / kedut pada wajah, membantu mengawal masalah penyakit kulit, eczema, psoriasis, stretchmarks, kesan selulit dan sebagainya #kulit kelihatan 1 tona lebih cerah kerana proses exfoliation #kulit kelihatan lebih kemerahan secara semulajadi dan berseri-seri #meningkatkan keupayaan kitaran sel kulit, menjadikan kulit sentiasa anjal,sihat dan berseri #sangat sesuai dan selamat digunakan kepada bayi dan kanak-kanak #mengurangkan noda-noda hitam dan sel mati pada keliling leher, celah ketiak dan bikini line# untuk menghilangkan kehitaman di celah peha dan ketiak….# bagus untuk mengekalkan keseimbangan minyak pada kulit kepala dan menyihatkan kulit kepala# melembutkan rambut dan menyihatkannnya dan merawat uban# mematikan jerawat muka @ badan# kurangkan kedut muka, facelift up, eyebag, dark circles, jeragat, pigmentation# menegangkan muka dan menaikkan seri kulit muka# boleh dijadikan syampu untuk menjadikan rambut lebih sihat, berkilat dan lembut.# membuang toxin daripada kulit# pembaharuan sel dan pembentukan semula colagen# menganjalkan kulit badan# mengurangkan lemak badan# mengurangkan selulit# mengurangkan bau badan# menyihatkan gusi dan memutihkan gigi..











Kalau nak beli boleh pergi ke page ni Streetmarket Malaysia! Atau pun call number ni +0172102321 +0173826648 +0176131858.. Harga  Rm60 per bar..

Thursday, April 12, 2012

Maher Zain - Number One For Me | Official Music Video With Lyric





I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed

Chorus:
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you




Mum I’m all grown up now
It’s a brand new day
I’d like to put a smile on your face every day
Mum I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face every day

And now I finally understand
Your famous line
About the day I’d face in time
‘Cause now I’ve got a child of mine
And even though I was so bad
I’ve learned so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kid the way you do
CHORUS

You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me
There’s no one in this world that can take your place
Oh, I’m sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I’m around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me
CHORUS
You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me

Wednesday, April 11, 2012

Memory Terindah #3


Assalamualaikum!



Memori Terindah kali ni aku nak cerita sebuah kejadiaan yang berlaku time aku sekolah rendah dulu.. Sebenarnya tak lah indah pun, memalukan adalah.. Tapi tak apa aku nak cerita jugak.. Kejadiaan berlaku time aku darjah 2, hari pertama persekolah aku kat sekolah baru.. Sekolah Kebangsaan Puchong Utama (1).. Sekolah tu dekat je dengan rumah lama aku.. Rumah tu belakang sekolah tu je.. 300m lah lebih kurang..

Hari tu aku dengan abang aku masuk sekolah tu, abang aku darjah 5.. Mula mula mak aku hantar abang aku dulu then baru hantar aku.. Dah sampai kat kelas aku pun masuklah, semua orang menyambut aku dengan mesra.. HAHA! Bila mak aku tengok aku macam dah okay dengan suasana kat kelas tu, dia pun balik rumah.. Bila dah habis berkenalan, tibalah waktu rehat.. Time tu budak budak lelaki semua ajak aku pergi kantin untuk makan, tapi aku menolak ajakan dorang.. Aku nak bersendirian time tu, bukan sombong! Tapi tak mesra lagi, aku pun jalan lah sorang sorang.. Loceng pun berbunyi,

KRIIIIIIIIIIIIIINNNGGGGGG!
KRRIIIIIIIIIIIIINNNNNNNNGGGGGGGGG!

Kat sekolah aku dulu kalau dah habis rehat loceng bunyi dua kali.. HAHA! Aku pun naik lah tangga nak pergi kelas aku,TETIBA! Aku lupa kelas aku yang mana satu, aku dah cuak dah time tu, rasa nak menangis pun ada.. HAHA! Aku pusing satu bangunan, aku kena cam bag aku je time tu baru boleh tau kelas aku mana satu.. Muka budak kelas aku bukan aku ingat sangat pun.. Aku ternampak bag aku, tapi tak sure tu kelas aku ke tak.. Aku memang tak suka tanya orang, sampai sekarang aku tak suka menanya! 

Lepas dah giveup cari kelas tak jumpa jumpa, aku pun amek jalan MAUT keluar dari sekolah.. Aku lari pergi gate sekolah, pak guard nampak aku.. Dia pun dah pelik nampak aku tak masuk kelas lagi, aku buat dek je kat pak guard tu terus lari keluar sekolah.. Pak guard tu kejar aku naik motor, aku lari sampai satu simpang, tapi aku tak ingat jalan mana nak pergi rumah aku.. Sama ada terus or belok ke kanan?? Pak Guard tu dah nak sampai dekat aku, aku pun try ingat dan aku pilih untuk ikut jalan ke kanan.. Tak sempat aku nak gerak pak guard tu dah pedang tangaan aku, aku pulak boleh cakap "Apesal pegang pegang ni??" sedangkan aku salah.. HAHA! Pak Guard tu tanya"Nak pergi mana dek??".. Aku pun cakap lah nak balik rumah! 

Aku tak peduli kat pak guard tu, aku tarik tangan aku balik dan terus lari.. Pak Guard tu biar je aku dan dia pun balik sekolah balik.. Aku dengan jayanya sampai rumah.. Aku pun gegarkan lah grill pintu, pakcik aku pun pelik.. "Aik! Awalnya habis sekolah??".. Aku pun cakap lah yang aku tak jumpa kelas.. Pakcik aku gelak, lepas tu dia bawa aku pergi sekolah balik.. Aku dah segan time tu, tapi ikut jela.. Tak kan nak biar bag aku kat sana kan?? Sampai je sekolah pak Guard tu jeling aku.. HAHA! Pakcik aku pergi bilik guru dan tanya mana kelas aku.. Then tetiba cikgu tu cakap "Oh ni budak yang lari sekolah tu ye??".. Malunya aku time tu, nasib baik aku budak lagi.. Pakcik aku pun bawa lah aku pergi kelas, budak kelas aku pun ajak aku masuk.. 

Tetiba, cikgu kelas benar kan aku balik awal! Hahahahahahaha! Happnya aku rasa.. Aku amek bag terus balik, budak lain dengki je.. LOL Bila mak aku dah balik kerja, mak aku tanya "Macam mana first day sekolah??".. Nak je aku jawab "Awesome mak!", tapi aku diam jelah.. HAHA! Pakcik aku yang ceritakan semuanya.. Abang aku yang darjah 5 time tu terus menyampuk, "kau firstday sekolah dah buat aku malu, semua budak kelas aku gelak time kau lari!".. Aku pun diam jelaahh, lepas dah beberapa hari aku sekolah kat sana, aku kerap mendapat sindiran dari cikgu kelas aku.. cam CB! Tapi tak apalah, hari pertama aku sekolah pun dah mampu buat satu sekolah kecoh! HAHAH!

p/s: Aku malu sebenarnya!! ><"

Tuesday, April 10, 2012

I'm Making Pancake

Assalamualaikum!

Petang tadi aku bosan gila, tak tau nak buat apa.. Time aku tengah tengok tv channel AFC.. Chef tu masak pancake! Nampak sedap je uooollsss.. So aku pun teringin nak makan, aku pun terfikir nak buat sendiri.. Bahan bahan pun semua ada kat dapur tu.. Habis terbang barang kat dapur tu aku kerja kan, yelah lelaki masuk dapur.. Ada aku kesah barang semua terlepanting! HAHA! Buat punya buat, jadik pancake aku you ooolllss! XD Sedap hingga menusuk kalbu.... 

Korang pun kena try buat pancake sendiri.. Apa? Tak tau buat?? Tak apa, aku boleh ajar korang macam mana nak buat pancake yang senang, mudah, dan cepat siap.. Nama pancake tu "Pancake Ala Lurzan" HAHA.. Antara bahan bahan yang korang perlukan:

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung naik sendiri/tepung gandum
1 cawan susu
1 sudu Mentega
1 biji telur
Garam
Gula

Cara Membuat:

-Masukkan tepung kedalam mangkuk besar dan masukkan garam secukup rasa anda.. Gaulkan sebati.. Ketepikan..

-Pecahkan telur dan belasah pukul hingga kembang, setelah kembang masukkan tepung kedalam mangkuk telur perlahan lahan dan gaul hingga sebati.. 

Lepas tu uoolls amek mentega dan cairkan kat kuali.. Sikit je, jangan banyak.. Nanti membazir, lepas dan cair masuk kan dalam mangkuk adunan tadi..

- Masukkan susu kedalam adunan dan kacau.. Lepas tu korang panaskan kuali dan letak sikit mentega.. Bila kuali dah panas, tuangkan adunan tadi kedalam kuali, jangan semua!! Sikit sikit..


- Tunggulah sampai masak.. Bila dah masak, SIAP!! :D


Pancake ni korang boleh makan dengan sirap madu ke,anggur ke, butter ke.. Ikut selera korang lah.. Jangan lupa cuba tau! Okay, memang betul aku buat pancake tadi tapi... sebenarnya tak jadik pon!! Hangus! X( Pic ni semua aku google je.. HAHA! 

p/s: Gula aku tak guna pun kan? lupakan laaaa.. HAHA

Monday, April 9, 2012

Streetmarket Malaysia

Assalamualaikum!



Act aku bukan orang disebalik Streetmarket Malaysia ni, tapi aku saja nak memperomosikan sebab tertarik! Apa sebenarnya Streetmarket Malaysia? Streetmarket Malaysia menjual pelbagai barang yang mengikut peredaran zaman seperti snapback, wallet, varsity, kasut dan pelbagai lagi.. Sebagai contoh,










Kalau nak tengok lagi banyak design, just like this page "Streetmarket Malaysia" kat Facebook dan mengikut segala perkembangannya. Untuk sebarang pertanyaan dan permintaan design boleh lah post kat page tu.. Harga boleh runding(kot lah, hahah IDK). Tak salahpun kalau support our local business kan..?? :) 


Saturday, April 7, 2012

Histeria Dari Bilik Ke Bilik


Assalamualakum!


Okay, entry in sambungan dari entry lepas RASUK.. Sesiapa yang tak baca lagi boleh tekan link Rasuk ni.. Sebenarnya entry ni tak ada kaitan dengan cerita RASUK aku pun..  Kita mulakan cerita.. Kejadian histeria dari bilik ke bilik ni berlaku kat kolej aku.. Tapi masa kejadiaan tu belaku aku tak ada kat kolej.. Nasib baik.. HAHA!

Kejadian yang berlaku diceritakan semula  oleh budak sebelah bilik aku.. Faiz nama dia.. Malam tu aku bersiap nak pergi makan kat  dewan makan dengan kawan aku.. Malam tu Faiz tak keluar bilik pun.. Time aku nak keluar tu aku terkezut tengok lampu koridor padam.. Gelap gelita, seram sejuk terkena angin hutan belakang kolej..  Aku pun on kan lah lambu koridor  balik..  Tetiba lampu berkelip kelip! Aku pun cuak lahhhh! (Okay tu rekaan je, hahah).. Lampu pun on, so aku turun lah pergi makan..

Kembali pada cerita Faiz pulak! Malam tu dia duduk dalam bilik main game kat laptop.. Malam tu memang sunyi je, macam tak ada penghuni lain dalam kolejtu selain dia.. Tengah dia kusyuk main game, tetiba dia rasa seram sejuk.. Meremang bulu roma dia, dia tengok langsir tingkap dia melambai lambai di tiup angin.. Dia pun pergi kat tingkat dan tutup tingkap bilik dia.. Lepas tu dia sambung main game.. Tak lama lepas tu dia terdengar orang menjerit dari bilik hujung koridor.. Jeritan tu tak kuat sangat, so mungkin dari bilik hujung.. Faiz pun buat bodoh je, dan sambung main game.. Selang beberapa minit, dia terdengar lagi orang menjerit.. Tapi macam dekat sikit bunyi jeritan tu.. Tapi Faiz tetap buat bodoh, nak jugak dia tahu apa yang jadi, tapi dia malas nak bergerak.. Berat bontot kot! 

Tak lama lepas tu, ada lagi bunyi jeritan kedengaran! Jeritan tu dah semakin dekat dengan bilik Faiz.. Faiz pun dah pelik, dia memang nak tau ape sebenarnya yang jadi  kat luar tu.. Dia pun macam berani tak berani je nak keluar bilik.. Tapi dia dah tak sedap hati, dia nak tahu jugak.. Time Faiz nak buka je pintu tetiba bilik dia kena ketuk.. Apa tak berderau darah dia!! Dia pun tak nak lah fikir benda lain, dia pun buka lah pintu.. Tapi tak ada orang, lampu koridor pun tutup.. Gelap je! Faiz pun terus toleh ke kanan, tapi tak ada benda pun.. Sunyi jee..


Lepas tu dia toleh ke kiri, menjerit  dia bila tengok ada pocong berdiri betul betul sebelah dia!! Faiz terus tutup pintu dan rebah atas katil.. Lepas tu dia dengar ada orang ketawa kat depan pintu.. Faiz pun baru perasan yang pocong tadi tu kawan kitorang jugak! Budak sama level..Budak tu pakai selimut putih lilit badan dia macam pocong..  Faiz buka pintu terus dia carutkan budak yang jadi pocong tu.. HAHAH!! Rupanya  semua bilik level kitorang budak tu kenakan..

Aku balik je bilik, si Faiz terus masuk bilik aku dan cerita apa yang dah jadi.. Aku pun mengilai lah macam puntianak! HAHAHAHA! Pecah perut aku dengar cerita dia.. Nasib baik aku keluar, kalau tak aku pun jadi mangsa Histeria! Nasib baik budak tu tak kena belasah beramai ramai, kalau kena belasah, ada pulak yang saman UiTM lagi.. HAHAHAHA!



Friday, April 6, 2012

Tarikh Keputusan Peperiksaan Akhir Mac 2012




Bukan nak menakutkan tapi kenyataan.. HAHA! So Good Luck kat semua pelajar UiTM kat Malaysia.. :D

Duit Berubah Rupa

Assalamualaikum!

Maybe ada yang dah tengok video aku kat youtube pasal duit ni.. Tapi pada siapa yang belum, ni link dia Duit Berubah Rupa.. Okay, mesti korang pelik kan?? Apa yang berubah?? Macam ni, korang kena sediakan satu helai duit kertas.. Tak kesahlah berapa hinggit yang you alls nak guna.. 


Langkah pertama, korang kena lipat duit tu macam gambar kat
bawah ni..

Depan

Belakang

Lepas tu korang buka lipatan tu dan jadi macam
gambar kat bawah ni..


Langkah seterusnya korang tolak duit tu ke atas dari pandangan depan, lihat apa jadi.. Gambar tu senyum kan??

Senyum.. :)

Tapi kalau korang tolak ke bawah, gambar akan sedih..

Sedih.. :(

Menarik kan?? hahah.. Mungkin benda ni boleh kita cuba kat gambar lain.. Mana tau lagi seronok.. Apa yang aku buat ni saja saja je.. tak ada niat nak mempersendakan pun.. Kalau ada yang tak suka aku MINTA MAAF.. btw kalau suka,sukalah.. Tak suka tak apa.. :D

Rasuk!!

Assalamualaikum!




Aku nak cerita sikit pasal orang kena rasuk dekat kolej aku.. Biasa lah you alls, kolej mana yang tak keras kan? Tak kesah lah kolej baru ke lama, semua berpuaka! Aktiviti rasuk merasuk, histeria kerap juga lah berlaku kat UiTM aku, UiTM Lendu Alor Gajah, Melaka.. Ada yang betul betul kena rasuk, ada juga yang buat buat dirasuk.. Entah apa motif dia pun aku tak tau lah.. 

Kolej aku kat UiTM tu kolej baru, tapi baru baru pun, sama keras dengan yang lama.. haha! Tapak lama kolej aku tu hutan, hutan kan? Mestilah ada penghuni kat situ.. Tapi kejadian rasuk yang berlaku kat kolej aku ni bukan disebabkan "penghuni" lain kat kolej aku tu.. Tapi disebabkan benda lain..

Ceritanya macam ni, malam tu aku kat bilik lagi.. Tetiba aku terdengar senior part 4 jerit suruh semua budak part 1 turun.. Time tu pukul 11 malam kot.. Aku turun lah, semua  orang berkumpul kat belakang kolej.. Time aku jalan tu aku ternampak banyak kereta kat surau berdekatan kolej.. Aku pun tanya lah kawan aku yang dah turun lebih awal..

"Ape ke hal tu??"

"Kena rasuklah.. ape lagi.."

"Ouh budak kolej mana, laki ke pompuan??"

"Budak Kolej Tun Ali.. Perempuan lerr.."


Aku pun buat bodoh laaa.. Lepas tu berkumpul, dengar lah senior berucap kat depan.. Time tu semua tengah busy dengan latihan untuk Open Kolej.. Malam tu budak budak yang masuk hakka kena buat latihan, budak dikir barat pun ada latihan.. Cuma budak Citra Warna je tak ada latihan.. Aku budak Citra Warna, so malam tu budak citra Warna relax tengok orang buat Hakka.. Sambil tengok orang buat hakka, mata aku pun menjenguk surau tadi.. Orang kat surau tu semua nak balik.. Dah habis menghalau lah kot.. Abang senior yang handle Hakka pun baru balik dari surau tu.. 

Tengah syok tengok orang buat hakka.. Tetiba macam kecoh kat satu bilik kat bawah.. Aku pun pelik laaa...!! Tetiba abang yang baru balik dari surau tu suruh budak hakka berhenti berlatih.. Dia cakap

"Korang nak naik bilik awal??"

Kitorang semua mesti lah nak kan.. masing masing pun dah penat, mengantuk lagi! Lepas tu abang tu cakap,

"Kalau korang nak naik awal, janji dengan aku.. 
jangan pergi bilik tu"

Kitorang semua pun pelik lah.. Mesti ada orang kena rasuk ni.. Macam "benda" tu melompat ke orang lain pulak.. Maybe sebab tu lah abang senior tu tak bagi pergi bilik tu.. Tapi... tak ada orang pun nak dengar cakap abang tu.. semua pergi serbu bilik tu nak tengok apa yang jadi.. Aku malas lah nak pergi menyemak.. Tapi ada lah jugak menjenguk.. hahaha...

Keesokkannya time aku nak pergi kelas.. Aku pun tunggulah kawan sekelas aku kat bawah.. Tak lama lepas tu dia keluar, aku pun tanya lah kawan aku tu pasal budak kena rasuk semalam sebab bilik dia dekat dengan budak yang dirasuk tu..

"Budak yang kena rasuk tu macam mana? dah okay??"

"Okay daaah... haaa kau nak tau cerita sebenar dia??

"Eh nak..! macam mana dia boleh kena rasuk??"

"Ni budak yang kena rasuk tu cerita balik tau..
Macam ni, semalam kan ada budak perempuan kena rasuk kat surau semalam??  Budak perempuan tu kena rasuk oleh SAKA dia
sendiri..  Lepas tu ada abang senior kita sebok  nak tengok time
nak halau saka tu.. lepas saka tu dah keluar.. Saka tu ikut abang senior kita.. Time dia menuju balik kat kolej.. Budak lelaki yang 
kena rasuk tu nampak Saka tu ikut abang tu.. Budak yang kena 
rasuk tu dah buka HIJAB!!! so dia boleh nampak"

"Ouh my god!!"

"Yelah! Time dia nampak saka tu ikut abang tu.. Saka tu perasan yang dia boleh nampak!! Budak yang kena rasuk tu pejam mata, then bila dia buka mata je Saka tu betul betul depan dia!! Jarak saka dengan budak tu satu inchi je kau tau!! Budak tu terus tersandar kat dinding.. Then lepas tu ada abang senior lain ternampak budak tu, abang senior tu terus bawa budak tu masuk bilik dia.. Budak yang kena rasuk tu cakap, time dia kena rasuk, dia kena bawa oleh saka tu kat dalam hutan.. Dia kena ikat kat pokok.. Dua hari dia kat dunia sana..! Tapi kat dunia sebenar satu jam je! Dia cakap Saka tu bawa dia ke Perlis, sebab saka tu cakap loghat orang Perlis.. Hhaha..  Dia boleh lepas dari ikatan time ustaz ubat dia.. lebih kurang macam tulah dia cakap.. Dia cakap lagi, muka saka tu sama dengan muka budak perempuan yang kena rasuk semalam.. Tapi tua sikit lahhhh.."

"ouh macam tu.."

Aku pun tak tau sama ada nak percaya atau tak.. Tapi kalau betul macam mana?? entah lah.. Tapi kira berani lah budak tu sebab pergi buka hijab dia.. Entah apa lagi yang dia nampak kan? haha.. SERAM!

p/s:Tekan link bawah untuk tahu apa yang berlaku kat UiTM Lendu sekarang:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: