Kerabat diRaja:

Sunday, January 22, 2012

Kata-kata Semangat

Assalamualaikum

Bila aku patah semangat aku akan tanya pendapat orang lain, ada pendapat yang buat kita lagi lemah tapi ada pendapat yang akan menaikkan semangat kita.. Nasib baik ada senior aku bagi aku semangat dengan kata-kata ni;

"Kalau nak jadi pokok yang tinggi, 
jangan takut dengan angin yang kencang,
Semakin tinggi pokok, 
semakin kencang anginnya,
Kalau takut dengan angin yang kencang,
jadilah rumput di bawah pokok,
Tak dihambat angin kencang,
tapi dipijak orang.."


Aku tak akan jadi rumput lagi lepas ni.. Walau kuat mana pun angin yang datang, aku tak akan menyerah kalah.. Allah itu adil.. :)


Monday, January 2, 2012

Aku Pengumpul Komik

ASSALAMUALAIKUM YOU ALLS!

Aku pengumpul komik?? Boleh lah sikit-sikit.. Aku baru nak menjinakkan diri untuk kumpul komik.. Tapi tak semua komik aku minat okay.. Kalau komik cinta-cintan aku tak minat sikit.. Soooorrrrrryyyyyyyy girls.. :( I tau girls kat luar tu minat komik cinta-cintan ni.. Aku tak minat sebab,

"Saya ni budak-budak lagi,
So saya tak tau apa tu CINTA..
Ahak ahak ahaks!" ;)

Ehem ehem.. Sory ye, aku lelaki sejati yang open minded dan tak egois.. ;P Sorry sebab tergedik tadi.. Bak kata Chef Wan, "ADA KU KESAH??" .. Btw Chef Wan is my idola okay.. ihik.. X)

Okaylah, komik yang aku kumpul mostly komik Lawak dan Seram je.. Kalau komik lawak aku minat Komik "LAWAK KAMPUS".. Tak ada orang yang tak suka Lawak Kampus.. Maybe orang GILA je yang tak suka, sebab orang gila dah terlebih gelak.. hahah.. Boleh dikatakan setiap kali koleksi Komik Lawak Kampus dikeluarkan mesti aku nak beli.. Tapi tak semua keluaran tu aku beli lahh.. Ini antara koleksi yang aku ada,

Sebenarnya ada lagi, tapi entah mana hilang..
Abang aku rembat kot.. -_-

Yang ni pulak buku koleksi lawak bodoh..
Kalau korang baca sure tercirit.. haha

Kalau komik Serem aku tak kesah komik apa, janji cover dia nampak seram then aku beli.. hahah.. ni antara koleksi komik seram yang aku ada,

Seram tak? seram tak?? haha..
Tapi yang bawah ni lagi seram you alls!

Tapi buku ni dah hancusss..


Kalau boleh aku nak kumpul komik sampai beratus naskah kalau boleh.. hehe.. Apa yang aku buat ni bukan hobby tapi minat.. Aku suka baca buku-buku macam ni berbanding buku SEJARAH time sekolah dulu.. So kalau korang ada minat sama macam aku, teruskan okay.. Jangan bazirkan duit untuk benda lain, beli buku lagi bagus, tak pun komik.. hehe.. Benda macam ni kekal.. Itu pun kalau korang tak hantar kat kilang kitar semula.. :)


Pic Atas ni novel yang kawan aku bagi time birthday
aku.. hahah.. Tajuk dia sungguh menyentapkan..
So sesiapa yang tersentap tu sorry lah ye.. :)

p/s: Kalau korang tak nak komik korang rosak, make sure jangan buang plastic yang cover komik tu.. :) Kalau suka,sukalah! Tak suka tak apa.. ^^

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2011!! ehh.. 2012!


ASSALAMUALAIKUM YOU ALLS!

Lama nau aku tak update blog.. Last aku update blog ni tahun lepas.. fuhhhhhhhhhhhhh! Lama tu, hahah.. Korang rindu aku tak? rindu kan?? heheh.. WHAT? tak rindu?? Kfine! nyah kau dari blog aku.. haha.. Gurau jelahh.. Hiiiii..


Tak sangka kan? dah tahun baru.. Bye bye 2011 and welcome to 2012.. :) Tapi kan, aku tak suka tahun baru..! Tiap kali tahun baru je aku akan bertambah tua! haha.. Umurpun dah meningkat.. -_-


WTV lah kan, hidup harus diterus kan.. Tua pun tua lahh, yang penting cute.. XP hahah.. Aku harap sangat kehidupan aku akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.. Sebenarnya aku pun tak ada benda nak cerita sangat.. Esok aku dah nak balik UiTM da.. hmmm.. Malasnya nak balik sana you alls.. Lepas mesti kehidupan aku akan lebih mencabar.. Kena layan kerenah senior-senior.. Banyak aktiviti, kuiz dan macam-macam lah..


Haaa.. aku ada benda nak cakap kat korang semua.. Hari tu aku ada keluar dengan Yaya.. so ada lah snap-snap pic.. Bila kitorang upload kat FB, ada orang ingat kitorang couple.. Tak okay! Kitorang kawan je.. BestFriend.. Kawan sama-sama main guli dulu.. ahaks! XD


Ni kitorang pergi "Anugerah Aeron Aziz"
haha.. Yaya cakap lah.. :)

p/s: Jangan suka sangat sambut new year.. ni bukan tahun baru kita.. Kalau suka,sukalah! Tak suka tak apa.. :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: