Kerabat diRaja:

Sunday, December 11, 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum you alls!

Sekarang ni semua orang tengah kecoh pasal Filem yang sedang meletops kat pawagam iaitu "Ombak Rindu".. Aku pun tak tau apa lah yang best sangat pasal cerita ni.. Maybe sebab penerbitnya dari filem "Lagenda Budak Setan" agaknya.. Filem Ombak Rindu ni diadaptasi dari novel  yang popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari..


Aku pun belum berkesempatan nak tengok cerita ni.. Busy you alls.. haha.. So kalau korang ada masa lapang, pergi lah pawagam yang terdekat dan tengok filem OMBAK RINDU ni.. 

Sinopsis


Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


OST OMBAK RINDU



PELAKON

Semua pelakon yang membitangi filem ni hebat-habat.. Antaranya:

MAYA KARIN
AARON AZIZ
LISA SURIHANI
BRONT PALARAE
AZIZAH MAHZAN
ZAIDI OMAR
NORMAH DAMANHURI
NATASHA HUDSON

p/s: kalau korang tengok filem ni, make sure bawak tisu sekotak.. hahah.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: