Kerabat diRaja:

Saturday, December 17, 2011

Cinta Cerita Cinta #1

Assalamualaikum You Alls!

Aku nak cerita yang korang semua pasal sebuah love story ni.. Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.. 

Aku bukan nak cerita lah, tapi nak tanya korang semua.. Cuba korang bayang kan kalau korang ada kenal sorang minah/mamat ni.. Korang text dia hari-hari.. Mana korang kenal dia tu tak penting sangatlah kan.. Korang pun dah ada perasaan sikit kat minah/mamat tu, tapi dia ada BF/GF.. So korang pun macam serba salah nak text dia.. One day dia cakap yang dia dah putus dengan GF/BF dia.. So korang pun rasa happy, tapi bukan sebab korang pun dia putus.. 

Lepas dah berbulan-bulan korang kenal,dia pun semakin rajin text dan call korang.. Tak kesahlah berapa ringgit kredit dia habis untuk call korang dia sanggup..One day korang try luah kan perasaan kat dia.. Korang cakap yang korang suka dia lebih dari kawan.. Dia pun hargailah perasaan korang tu, tapi masalahnya serakang dia SPM tahun ni.. So dia cakap dia nak focus kat SPM dulu, kalau nak bercinta-cinta ni after SPM je.. Korang pun okay dengan keputusan dia..

Hari berganti hari, SPM pun dah tiba.. Korang pun wish good luck kat dia.. Macam-macam korang plan nak buat lepas dia dah habis SPM, time SPM pun dia rajin text and call korang.. Tak kesahlah malam-malam buta pun dia sanggup.. Pejam celik pejam celik, SPM pun dah habis.. So korang pun rasa penantian selama ni dah berakhir, korang pun nak tau apa jawapan dia.. Tapi yang buat korang pelik, dia tak text korang pun lepas SPM tu.. Korang tunggu dia jugak, sebab korang dah tak tahan, korang mesej dia n tanya dia kenapa dia tak text korang langsung.. Dia cakap dia nak mesej tapi tak boleh, panjang ceritanya dia cakap.. Tapi korang tetap nak tau jugak kenapa..

Dia pun cakap lah.. " U jangan marah ea, I serba salah nak cakap kat U.. Sebenarnya I dah kapel balik dengan EX I, I ada cakap pasal U kat BF/GF I.. Dia marah, dia cakap jangan mesej and contact U langsung.. So I rasa kita kawan je okay and I tak nak persahabatan kita sampai sini je.. Mama I cakap sayang BF/GF memang lebih tapi sayang kawan lagi berkekalan "

So kalau korang kat situasi ni, apa korang rasa??? Biarlah perasaan tu berlalu pergi.. Janganlah nak emosi sangt okay.. Just for fun.. :)

p/s: kalau suka,sukalah! tak suka tak apa.. 

Sunday, December 11, 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum you alls!

Sekarang ni semua orang tengah kecoh pasal Filem yang sedang meletops kat pawagam iaitu "Ombak Rindu".. Aku pun tak tau apa lah yang best sangat pasal cerita ni.. Maybe sebab penerbitnya dari filem "Lagenda Budak Setan" agaknya.. Filem Ombak Rindu ni diadaptasi dari novel  yang popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari..


Aku pun belum berkesempatan nak tengok cerita ni.. Busy you alls.. haha.. So kalau korang ada masa lapang, pergi lah pawagam yang terdekat dan tengok filem OMBAK RINDU ni.. 

Sinopsis


Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


OST OMBAK RINDU



PELAKON

Semua pelakon yang membitangi filem ni hebat-habat.. Antaranya:

MAYA KARIN
AARON AZIZ
LISA SURIHANI
BRONT PALARAE
AZIZAH MAHZAN
ZAIDI OMAR
NORMAH DAMANHURI
NATASHA HUDSON

p/s: kalau korang tengok filem ni, make sure bawak tisu sekotak.. hahah.. 

Saturday, December 10, 2011

De' Best


Assalamualaikum You alls!

Dah sebulan aku kat UiTM Melaka, macam-macam benda yang aku aku kena tempuhi.. Pahit,manis kehidupan aku dah rasa dalam masa sebulan ni.. cehhh XD.. Yang manis aku akan simpan, dan yang pahit aku akan buat pengajaran.. :)


FYI aku study Business Management (BM111).. BM ada club dia tersendiri iaitu club DE'BEST..Club yang paling GEMPAK, VOUGE, MELETOP dan CLASS KAU MARIA.. haha.. Dua minggu lepas kitorang dapat tugasan untuk buat persembahan bagi majlis ape entah.. aku dah lupa.. WTV.. Untuk BM111 ada 6 kelas.. A to F..Aku kelas E.. :) Setiap group kena buat persembahan yang berlainan tapi berkonsepkan 1 Malaysian.. Group aku kena buat persembahan lakon watak.. 


So kitorang satu group pun bincang lah apa yang patut kitorang lakonkan,pening jugak tau.. Tiap-tiap malam kitorang buat meeting.. Aku siap rakam lagi.. heheh..




Aku rakam video ni sebab bosan sangat.. Classmates aku pun tak tau nak buat apa, so aku rakam lah.. Untuk kenang-kengangan.. ^^ Lepas dah dapat jalan cerita, kitorang pun practice dan practice.. Walaupun kitorang dah banyak kali practice, kitorang tetap takot kena boo dengan senior-senior yang akan tengok persembahan tu nanti..


7/12/2011

Tibalah masa untuk kitorang buat persembahan.. Kelas aku kena pakai baju merah, my fav color.. ^^ Tapi aku dah nervous gila time tu.. Tak tau lah apa nak jadi, 50-50.. antara kena Boo or kena sorak.. Aku tawakal jelah time tu.. 

Pic ni kitorang snap before masuk dewan..

Yang ni kitorang snap time tengah tunggu
giliran nak buat persembahan..

Aku kena jadi juru cakap, serious aku menggigil lepas cakap kat depan orang ramai.. Alhamdulillah persembahan kitorang tak kena boo.. Semua berjalan dengan lancar tanpa cacat celaa..Semua orang happy dan tergelak tengok persembahan kitorang.. Kitorang ada rakam persembahan tu.. nak tengok? mestilah nak kan? hehe.. nah aku bagi link..


Pandai-pandai lah korang tekan link atas ni.. Sorry lah video kitorang tak berkualiti sikit.. Sound dia kurang jelas.. 

Pic atas ni gambar president club De' Best(kanan)
tengah bagi ucapan,dan yang kiri tu exco club
 De'Best..

Tibalah masanya untuk pengumuman siapa pemenang.. Aku rasa kelas aku macam tak ada harapan je nak menang, sebab persembahan kelas lain jauh lagi hebat dan gempak.. Tapi tanpa di duga kelas kitorang dapat tempat ke-3!! :D hahahha.. Kitorang happy gila.. Tak sangka langsung.. Penat lelah kitorang berlatih ada hasil.. :) Pic kat bawah ni kitorang snap after dapat hamper..






FYI aku dapat lolipop and gula-gula
kapas dari kakak senior.. ^^

Aku enjoy gila malam tu.. Ini antara pengalaman yang aku tak boleh lupa.. Tak sabar nak tunggu budak part1 tahun depan buat persembahan.. Siap korang aku kerja kan nanti.. :P hahah..

p/s: Kalau suka, sukalah! tak suka tak apa.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: