Kerabat diRaja:

Friday, November 11, 2011

My Diary

Assalamualaikum you alls!

Petang tadi aku kemas bilik.. Yelah dah nak pindah rumah minggu depan.. eh, bukan pindah lah.. Nak sambung belajar dah.. :) Time kemas buku-buku kat rak, Tetiba aku terjumpa satu buku.. Aku happy giler bila jumpa tu.. Korang nak tau buku apa aku jumpa?? Aku jumpa buku diary aku time kecik-kecik.. XD

Tadaaa~!


Ni lah diary aku.. buruk kan?? ada love pulak tu.. errhh! Entah apa penyakit aku beli buku ni dulu.. haha.. Banyak lagi buku lain, tapi buku ni jugak aku beli.. XD Aku beli buku ni time aku darjah 5.. Cuba bayangkan, aku sekarang dah 18 tahun.. Lama dah kan..? Aku teringin nak baca balik apa yang aku tulis dulu.. Tapi....


buku ni ada lock.. Aku pun tak tau mana dah kunci dia menghilang, dah lama kot.. Aku tak ingat mana aku simpan.. haha.. Tapi aku tak mengalah! Dengan otak aku yang geliga kononnya ni, aku dapat idea bernas macam mana nak buka buku tu.. Dengan cara ini,


Aku guna gunting.. hahah.. Berjaya jugak aku buka dairy aku yang dah sekian lama tertutup.. Dengan lafaz Bismillah aku buka diary aku tu.. :)

m/s 1

First time aku tunjuk kandungan diary aku ni secara umum.. >< Colorful sungguh.. haha.. Semua tu aku lukis dan warna sendiri (dah nama pun dairy, mestilah sendiri ><)

m/s 2 & 3

Pic atas ni aku lukis plan kedudukan dalam kelas.. :) Yang ada tanda X tu tempat duduk aku dan BFF time tu.. hee

m/s 4 &5

Pic yang ni aku tulis biodata aku dan BFF aku.. Rafae nama dia.. :) Tulisan yang cakar ayam, diserikan dengan warna yang sangat buruk itu.. haha!

m/s 6 & 7

Malunya aku nak tunjuk pic atas ni.. buruk gila aku lukis.. Tapi sekarang aku dah pandai lukis.. cehh! Tetiba.. haha XD Yang atas ni aku lukis gambar aku dah BFF aku time tu..Kitorang still kawan sampai sekarang, tapi dah tak rapatlah.. :)

m/s 8 & 9

Pic atas ni aku tulis time aku darjah enam.. Yelah nak UPSR katakan X) Aku saja tulis kata-kata semangat.. Tapi tetap tak dapat 5A.. XD Ayat pun nampak sangat ayat budak sekolah rendah.. haha.. (malu-malu ><) 


Ni antara entry yang aku tulis dalam diary aku.. Tak lah menarik sangat, tapi tetap memberi kenangan bagi aku.. :) Banyak lagi benda yang best-best, sedih-sedih.. Tapi aku tak boleh lah tunjuk.. hehe.. Aku rasa tak rugi pun ada diary ni.. Walaupun aku pernah kena gelak sebab ada diary, aku buat bodoh je.. Sekarang aku boleh tersenyum bila baca balik apa yang aku tulis.. Kau ada?? :P Akhir kata dari aku, kalau suka.sukalah! Tak suka tak apa.. ^^

1 comment:

  1. comel sangat .. saya suka ^_^
    from epahepot at UiTM Pahang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: