Kerabat diRaja:

Saturday, November 26, 2011

Minggu Derita Sensara (MDS)


Assalamualaikum you alls!

MDS adalah minggu orentasi bagi pelajar-pelajar  UITM.. Sebenarnya MDS ni Minggu Destini Siswa.. Aku saja tukar kepada Minggu Derita Sensara.. HAHA..

Day 1:

Aku sampai UITM Lendu Alor Gajah pukul 10a.m something, aku dah lupa.. Jalan nak pergi ke dewan pendaftaran jam.. Aku dah takut lambat dah.. (padahal pendaftaran habis kul 4p.m) Sampai je kat depan dewan pendaftaran tu aku dah nervous.. Aku pun keluar dari kereta dengan perasan vogue.. :P Jalan menuju ke dewan dengan megah.. haha.. Aku pun pergilah ke counter fakulti aku, tunjuk surat tawaran dan amek kunci.. Lepas tu aku masuk lah kereta balik pergi kolej/hostel  aku.. Aku dapat kolej TUN PERAK.. Kolej baru, Alhamdulillah.. Macam hotel pun ada kolej aku tu.. Cantik dan nampak selesa.. Aku pun masuk lah cari bilik aku, dah jumpa bilik aku pun masuk.. Alhamdulillah aku orang first masuk bilik tu, so aku boleh pilih katil yang selesa kat tepi tingkap..  Bilik aku tak lah besar sangat, biasa jer.. Tak lama lepas tu roommate aku masuk.. Aku fast forward jelah okay.. Kul 4 aku dah kena berkumpul kat bawah kolej.. Aku lambat sikit sebab tak dengar pengumuman.. Time aku turun tu semua orang pandang aku, haha.. Tau lah aku vogue kononnya.. :P Aku pakai kemeja belang merah, tie merah,seluar kelabu, dan bag merah.. HAHA.. Serba merah aku hari tu.. Lepas semua dah berkumpul, kitorang pun bergerak menuju ke masjid untuk solat asar.. Time nak sampai je masjid hujan tetiba turun, apalagi kitorang lari lah! Lepas dah selesai solat asar kitorang kena bergerak ke Dewan Bendahara.. Korang nak tau?? Dewan tu jauh gila kot! Dah lah kena jalan kaki! Penat gila.. -_- Peluh mencurah-curah.. Dah sampai Dewan Bendahara tu, kitorang pun masuk.. Abang ngan kakak PM tu memekak je! Sakit hati aku, dah lah panas, kena berhimpit-himpit, banyak lalat pulak tu!! Bau tu jangan cakap lah, macam-macam bau ada! Nak tak nak kena lah tahan.. Aktiviti pertama kena dengar ceramah, aku pun lupa ceramah apa.. hahah.. yang  penting ceramah tu sangat membosankan..! Ceramah tu habis dalam kul 7p.m , lepas tu kitorang kena bergerak ke masjid untuk solat maghrib dan isyak.. Setelah yang wajib ditunaikan kitorang di kerah untuk bergerak ke dewan makan, nama dewan tu Laksamana.. Nama glamor dewan makan tu LAKSY.. HAHA.. tak pape lah.. tu dewan makan siswa, dewan makan sisiwi pulak Temenggung.. Nama glamor dia Temmy.. XD  Time nak amek makanan tu kena beratur panjang, aku rasa macam dalam kem pun ada.. Aku dapat je makanan terus cari tempat duduk, aku sorang-sorang je.. Sedih..  Aku langsung tak lalu nak makan makanan yang dorang sediakan, aku makan sikit je, lepas tu aku buang.. Aku rasa membazir gila, nak paksa pun tak boleh kan?? Lepas dah menjamu makanan penjara tu kitorang kena pergi dewan Bendaharu tu balik, serius aku rasa penat gila! Kena dengar ceramah sampai kul 12a.m.. Habis je ceramah abang PM lepas kan kitorang balik ke kolej masing-masing.. Aku ingatkan bila dah sampai kolej boleh lah terus masuk bilik dan tidur kan, rupanya kena berkumpul lagi kat bawah kolej.. Macam cilaka betul, aku dah lah penat + mengantuk tahap dewa! Abang PM tu bagi ceramah pasal kolej lah ape lah.. Aku dengar jelah, infomasi penting..Yang aku sakit hati dia suruh bangun kul 4a.m.. Memang tak cukup tidur lahh.. Nak dekat kul 1a.m baru dia bagi masuk bilik, aku masuk bilik terus baring, tak larat aku nak pergi mandi.. Before aku tidur aku baca ayat kursi, yelah tempat baru, takut ada benda lain ikut menumpang kat bilik aku tu.. Lepas tu aku terus tidur..

Day2:

Aku bangun kul 4.15a.m.. Awal kot, aku keluar bilik aku tengok sunyi lagi.. Peluang yang baik untuk aku mandi, tak payah nak berebut nanti.. Aku masuk lah tandas then pusing paip tempat air wuduk, tak ada air! Aku masuk tempat shower tak ada air jugak! Aku dah geram dah time tu, dah lah semalam aku tak mandi, tetiba tak ada air pulak.. Aku masuk balik bilik aku, fikir punya fikir, aku amek air masak dalam botol yang aku bawak, aku mandi guna air tu! Hahaha.. Sedih gila aku rasa.. -_- Walaupun aku rasa macam mandi tak lengkap, okay lah tu dari tak mandi langsung.. Kul 5 suku kena berkumpul kat bawah kolej, kitorang semua bergerak ke masjid untuk solat subuh.. Lepas Solat subuh ada tazkirah, itu lah peluang terbaik untuk kitorang sambung tidur.. hahah.. Entah berapa orang je yang dengar tazkirah tu.. Habis je tazkirah tu kitorang kena pergi Dewan makan, nak breakfast! Korang nak tau dorang sediakan apa? Nasi goreng dengan telur rebus sebijik yang tak kopek lagi.. Tapi aku tak amek pun telur rebus tu, nasi goreng pun aku mintak sikit je, untuk mengelakkan pembaziran.. hehe.. tapi sikit pun aku tak boleh habis kan.. Bila semua dah kenyang kononnya, kitorang kena berkumpul kat Dataran Ilmu dan dibahagikan mengikut group.. Aktiviti hari ke-2 kitorng kena buat pendaftaran.. Kitorang kena amek cop.. Mula-mula kena bagi borang medical checkup.. FYI x-Ray tak guna langsung, buat penat je aku bawak benda tu kehulu ke hilir.. Lepas dah dapat cop, kena pergi stesen berikutnya.. Kitorng kena tunjuk sijil SPM untuk dapat cop, sampai je kat counter aku tunjuk lah salinan sijil SPM aku.. Tetiba lecturer tu kata dia nak yang original.. Aku mana bawak yang ori, salinan adalah..Aku cakaplah salinan sijil SPM aku tu ada pengesahan dari sekolah, tapi dia tak nak jugak! So aku tak dapat cop dan aku pun tak tau nak buat apa time tu, tak kan lah aku nak suruh mak aku datang Melaka semata-mata nak hantar Sijil SPM aku kan??? Menyusahkan je.. Aku tanya abang PM pasal benda tu, dia kata esok try minta lagi.. Aku pun okay FINE! Yang buat aku sakit hati, kawan aku yang lain dapat je cop walaupun tak ada sijil SPM yang ori.. Macam cilaka..! Aku je yang malang.. Lepas habis sesi pendaftaran yang pertama, kitorang bergerak ke library untuk dengar ceramah pasal library pulak..Tempat dia bukan dekat tau, semua jauh-jauh.. Memang boleh kuruslah siapa yang masuk orentasi ni.. Petangnya pulak kitorang dengar ceramah lagi, aku mengantok gila kot, ramai yang tidur time dengar ceramah.. Siapa tak mengantok? Tidur 4 jam je.. Dengar ceramah sampai malam! habis kul 12a.m..


p/s: aku boleh cerita day 1 & 2 je.. malas nak taip panjang-panjang.. haha.. kalau suka, sukalah! tak suka tak apa.. :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: