Kerabat diRaja:

Tuesday, November 8, 2011

Edisi Khas !

Assalamualaikum you alls!

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia~ Ada sihat?? tak sihat?? kesiannya. :( pergi klinik beli ubat okay~ kalau nak jimat pergi je beli panadol cikai kat kedai runcit yang berdekatan! haha.. Kalau sihat Alhamdulillah lah yee~ Moga berkekalan.. :)

WAIT!! yang sakit tu jangan pergi klinik sekarang, baca my entry first okay.. hehe.. boleh?? boleh kan?? ahaks! Thanks u allz~~

"OMK! Gedik giler!" -___-

Sory for my kegedikkan.. haha..! Okay korang, aku nak cerita apa yang aku buat hari ni.. nak tau kee? mesti lah nak kan? :P Tak nak?! Tak nak sudah, lu bleh blah! Jangan nak semak kat sini, bikin wa panas je! huh.. kan my rempit dah keluar.. haha.. okay lah okay lah okay laaa.. Banyak sangat menyimpang aku ni.. Pagi tadi tepat pukul 10a.m, my friends datang amek, Fiqa Firzadiq ang Hidayah Harahap.. :) 

Mula-mula kitorang pergi Jabatan Pendaftaran Negara kat Putrajaya, pergi amek IC baru aku.. aku pun amek lah my new IC, dah amek aku terus duduk kat tempat Fiqa and Dayah tu duduk, dorang sebok nak tengok Ic baru aku tu.. aku malas lah nak tunjuk! korang nak tengok?? tak yah laaa~ haha! Malu aku nak tunjuk.. XD Tapi dorang berkeras nak tengok, nyampah! Tetiba si Fiqa tu tersengeh sesorang.. Aku tanya lah kenapa??? Dia suruh aku tengok nama petugas kat counter tu, aku pun tengok lahhh.. Bila aku tengok tu aku terus tergelak,

"Hahahahahahahahahahhaha!"

Nama abang tu "Fifizuri".. Aku teringat kat Johan dalam Edisi Khas tu, nama dia kan "FifiFairuzFuyyoo".. Hahah.. Okay! Tak baik sebenarnya gelak nama orang ni, tapi dah kelakarkan? gelak jelah.. Kau nak marah?? ada aku kesah?? Ni blog aku, so suka hati aku lah nak tulis apa..okay, dah puas gelakkan orang kitorang pun berambus.. hehe.. jahatnya.. X) Kitorang pergi cari Bank Islam, nak buka acc bank! Pusing punya pusing jumpa lah bank Islam~ Bangunan Anjung tempat tu, bla bla bla bla, SIAP! dah ada bank islam.. (tak ada benda pun nak cerita kat bank islam tu) haha.. 

Lepas tu kitorang nak pergi kajang! Nak jumpa girlpren-girlpren si Hidayah Harahap.. Nak berjumpa untuk kali terakhir, eh macam nak meninggal pulak.. haha.. kawan-kawan Hidayah ni nak jumpa dia before pergi UITM tu! Kitorang kan dah nak mendaftar Rabu minggu depan~ Dah sampai kajang kitorang pergi parking kat Metropoint.. Sementara tunggu kawan dayah yang tak sampai lagi tu, kitorang pusing-pusing lah dalam Metropoint tu, tak ada banda pon! Bosan! Best lagi IOI Mall yang tah pape tu.. haha.. Sory orang kajang.. XD 

Okay okay, plan nya nak jumpa kat Mcd.. tapi Mcd kajang tu macam tak best je, so tukar plan nak makan kat KFC.. Kitorang masuk lah dalam KFC, tetiba dayah kata kawan dia nak makan kat Pizza Hut pulak.. macam-macam lah dorang ni, so aku ikut jelah.. Kitorang  masuk pizza hut tu dan order, aku makan "Cheesy baked rice"! nampak macam sedap so aku order la, aku minum "ice cekelat"! hahah XD Tak lama lepas tu girlpren-girlpren Dayah pun datang~ Kitorang pun haha huhu hihi hoho X) Ceritalah apa benda yang nak di cerita! Cerita punya cerita, makanan tak sampai-sampai! heii, nak jugak aku hentak meja tu! cehhh, macam berani je.. haha.. 

Tak lama lepas tu makanan pun sampai, aku tengok "Cheesy baked rice" tu, aku tergamam.. -_- Macam SEDIH je rupa dia, si Fiqa and Dayah order benda yang sama.. Aku pun rasa lah bendalah tu, hmmm.. sedap lagi aku masak sendiri.. hahah.. tapi habis jugak aku makan.. XD yelah, tak nak lah membazir.. tapi aku tak kenyang pun.. harga dah lah mahal, macam tak berbaloi je makan benda tu.. Aku ni bukan lah tak ada duit! tapi baik makan benda yang lagi berbaloi kan?? 18 hengget kot bill aku.. Mahal dan tak kenyang! 

Lepas dah makan kitorang nak pergi ziarah kawan dayah yang tak dapat join.. kat Semenyih.. Bapak kawan dayah tu meninggal hari ni.. Takziah kat kawan dayah tu, aku,fiqa dan Dayah senasib.. :') Senasib tak ada ayah.. Time dalam perjalanan tu tetiba perut aku sakit, entah apa racun dorang letak dalam makanan aku tadi -_- haha.. masuk angin kot perut aku.. XD Dah sampai rumah kawan dayah tu, kitorang masuk lah.. Sembang, gelak-gelak, tapi aku diam je, perut sakit -_- Seronok dapat kenal kawan baru :) Tetiba aku terhidu bau durian.. aku pun cakap lah,

 "eh bau durian?"

kawan dayah cakap,

"a'ah kat luar ada durian,nak ke?"

Aku pun ye kan jelah, hahah.. dapat makan durian.. heee..dah lama tak makan durian you allz.. >< dah makan durian tu kitorang balik lah, si dayah ni salam lah kawan-kawan dia tu, berpeluk sakan.. sedih je aku tengok.. :')
Dalam perjalanan balik tu, perut aku sakit lagi.. hahah.. tetiba si Fiqa ni ajak pergi Jusco Equine Park! Aku pun nak jelah.. haha. malas nak balik rumah.. XD Jalan-jalan cuci mata dalam Jusco tu best jugak, tapi tak ada benda pun.. Si Fiqa tu lapar! dia nak makan kat KFC! nak balas dendam sebab tak kenyang makan pizza hut tadi.. hehe.. aku malas lah sebab sakit perut kan.. tak ada selera nak makan.. Fiqa kata "tak nak KFC kita makan wafer".. Aku pun okay je, sebab makanan ringankan?? kitorang beli lah.. dah habis makan, tetiba perut aku dah tak sakit! Wahhhhhhhhh~ hahah.. wafer tu jadi penawar! konon je.. XD 

Lepas tu kitorang balik lahhh.. happy ending aku rasa :) hahaah.. ^^

p/s: sorry lah kalau ayat aku ni tergedik or terempit! aku saja jeww.. ahaks! btw, kalau suka,sukalah! Tak suka tak apa.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: