Kerabat diRaja:

Saturday, November 26, 2011

Minggu Derita Sensara (MDS)


Assalamualaikum you alls!

MDS adalah minggu orentasi bagi pelajar-pelajar  UITM.. Sebenarnya MDS ni Minggu Destini Siswa.. Aku saja tukar kepada Minggu Derita Sensara.. HAHA..

Day 1:

Aku sampai UITM Lendu Alor Gajah pukul 10a.m something, aku dah lupa.. Jalan nak pergi ke dewan pendaftaran jam.. Aku dah takut lambat dah.. (padahal pendaftaran habis kul 4p.m) Sampai je kat depan dewan pendaftaran tu aku dah nervous.. Aku pun keluar dari kereta dengan perasan vogue.. :P Jalan menuju ke dewan dengan megah.. haha.. Aku pun pergilah ke counter fakulti aku, tunjuk surat tawaran dan amek kunci.. Lepas tu aku masuk lah kereta balik pergi kolej/hostel  aku.. Aku dapat kolej TUN PERAK.. Kolej baru, Alhamdulillah.. Macam hotel pun ada kolej aku tu.. Cantik dan nampak selesa.. Aku pun masuk lah cari bilik aku, dah jumpa bilik aku pun masuk.. Alhamdulillah aku orang first masuk bilik tu, so aku boleh pilih katil yang selesa kat tepi tingkap..  Bilik aku tak lah besar sangat, biasa jer.. Tak lama lepas tu roommate aku masuk.. Aku fast forward jelah okay.. Kul 4 aku dah kena berkumpul kat bawah kolej.. Aku lambat sikit sebab tak dengar pengumuman.. Time aku turun tu semua orang pandang aku, haha.. Tau lah aku vogue kononnya.. :P Aku pakai kemeja belang merah, tie merah,seluar kelabu, dan bag merah.. HAHA.. Serba merah aku hari tu.. Lepas semua dah berkumpul, kitorang pun bergerak menuju ke masjid untuk solat asar.. Time nak sampai je masjid hujan tetiba turun, apalagi kitorang lari lah! Lepas dah selesai solat asar kitorang kena bergerak ke Dewan Bendahara.. Korang nak tau?? Dewan tu jauh gila kot! Dah lah kena jalan kaki! Penat gila.. -_- Peluh mencurah-curah.. Dah sampai Dewan Bendahara tu, kitorang pun masuk.. Abang ngan kakak PM tu memekak je! Sakit hati aku, dah lah panas, kena berhimpit-himpit, banyak lalat pulak tu!! Bau tu jangan cakap lah, macam-macam bau ada! Nak tak nak kena lah tahan.. Aktiviti pertama kena dengar ceramah, aku pun lupa ceramah apa.. hahah.. yang  penting ceramah tu sangat membosankan..! Ceramah tu habis dalam kul 7p.m , lepas tu kitorang kena bergerak ke masjid untuk solat maghrib dan isyak.. Setelah yang wajib ditunaikan kitorang di kerah untuk bergerak ke dewan makan, nama dewan tu Laksamana.. Nama glamor dewan makan tu LAKSY.. HAHA.. tak pape lah.. tu dewan makan siswa, dewan makan sisiwi pulak Temenggung.. Nama glamor dia Temmy.. XD  Time nak amek makanan tu kena beratur panjang, aku rasa macam dalam kem pun ada.. Aku dapat je makanan terus cari tempat duduk, aku sorang-sorang je.. Sedih..  Aku langsung tak lalu nak makan makanan yang dorang sediakan, aku makan sikit je, lepas tu aku buang.. Aku rasa membazir gila, nak paksa pun tak boleh kan?? Lepas dah menjamu makanan penjara tu kitorang kena pergi dewan Bendaharu tu balik, serius aku rasa penat gila! Kena dengar ceramah sampai kul 12a.m.. Habis je ceramah abang PM lepas kan kitorang balik ke kolej masing-masing.. Aku ingatkan bila dah sampai kolej boleh lah terus masuk bilik dan tidur kan, rupanya kena berkumpul lagi kat bawah kolej.. Macam cilaka betul, aku dah lah penat + mengantuk tahap dewa! Abang PM tu bagi ceramah pasal kolej lah ape lah.. Aku dengar jelah, infomasi penting..Yang aku sakit hati dia suruh bangun kul 4a.m.. Memang tak cukup tidur lahh.. Nak dekat kul 1a.m baru dia bagi masuk bilik, aku masuk bilik terus baring, tak larat aku nak pergi mandi.. Before aku tidur aku baca ayat kursi, yelah tempat baru, takut ada benda lain ikut menumpang kat bilik aku tu.. Lepas tu aku terus tidur..

Day2:

Aku bangun kul 4.15a.m.. Awal kot, aku keluar bilik aku tengok sunyi lagi.. Peluang yang baik untuk aku mandi, tak payah nak berebut nanti.. Aku masuk lah tandas then pusing paip tempat air wuduk, tak ada air! Aku masuk tempat shower tak ada air jugak! Aku dah geram dah time tu, dah lah semalam aku tak mandi, tetiba tak ada air pulak.. Aku masuk balik bilik aku, fikir punya fikir, aku amek air masak dalam botol yang aku bawak, aku mandi guna air tu! Hahaha.. Sedih gila aku rasa.. -_- Walaupun aku rasa macam mandi tak lengkap, okay lah tu dari tak mandi langsung.. Kul 5 suku kena berkumpul kat bawah kolej, kitorang semua bergerak ke masjid untuk solat subuh.. Lepas Solat subuh ada tazkirah, itu lah peluang terbaik untuk kitorang sambung tidur.. hahah.. Entah berapa orang je yang dengar tazkirah tu.. Habis je tazkirah tu kitorang kena pergi Dewan makan, nak breakfast! Korang nak tau dorang sediakan apa? Nasi goreng dengan telur rebus sebijik yang tak kopek lagi.. Tapi aku tak amek pun telur rebus tu, nasi goreng pun aku mintak sikit je, untuk mengelakkan pembaziran.. hehe.. tapi sikit pun aku tak boleh habis kan.. Bila semua dah kenyang kononnya, kitorang kena berkumpul kat Dataran Ilmu dan dibahagikan mengikut group.. Aktiviti hari ke-2 kitorng kena buat pendaftaran.. Kitorang kena amek cop.. Mula-mula kena bagi borang medical checkup.. FYI x-Ray tak guna langsung, buat penat je aku bawak benda tu kehulu ke hilir.. Lepas dah dapat cop, kena pergi stesen berikutnya.. Kitorng kena tunjuk sijil SPM untuk dapat cop, sampai je kat counter aku tunjuk lah salinan sijil SPM aku.. Tetiba lecturer tu kata dia nak yang original.. Aku mana bawak yang ori, salinan adalah..Aku cakaplah salinan sijil SPM aku tu ada pengesahan dari sekolah, tapi dia tak nak jugak! So aku tak dapat cop dan aku pun tak tau nak buat apa time tu, tak kan lah aku nak suruh mak aku datang Melaka semata-mata nak hantar Sijil SPM aku kan??? Menyusahkan je.. Aku tanya abang PM pasal benda tu, dia kata esok try minta lagi.. Aku pun okay FINE! Yang buat aku sakit hati, kawan aku yang lain dapat je cop walaupun tak ada sijil SPM yang ori.. Macam cilaka..! Aku je yang malang.. Lepas habis sesi pendaftaran yang pertama, kitorang bergerak ke library untuk dengar ceramah pasal library pulak..Tempat dia bukan dekat tau, semua jauh-jauh.. Memang boleh kuruslah siapa yang masuk orentasi ni.. Petangnya pulak kitorang dengar ceramah lagi, aku mengantok gila kot, ramai yang tidur time dengar ceramah.. Siapa tak mengantok? Tidur 4 jam je.. Dengar ceramah sampai malam! habis kul 12a.m..


p/s: aku boleh cerita day 1 & 2 je.. malas nak taip panjang-panjang.. haha.. kalau suka, sukalah! tak suka tak apa.. :)


Tuesday, November 15, 2011

Selamat Jalan Puchong vs Selamat Datang Melaka!

Assalamualaikum you alls! 




Aku nak tulis entry ni pun rasa tak bersemangat.. :( Kalau yang dah tau kenapa tu bagus, tapi yang tak tau tu tak apa.. Ni aku nak bagi tau, esok 16/11/2011 aku dah kena pergi mendaftar kat UITM Lendu,Alor Gajah,Melaka.. Dah lah Lendu tu HUTAN! 

Aku rasa happy sebab dapat sambung study, tapi aku sedih nak tinggalkan family dah kawan-kawan aku.. :( FYI aku tak pernah berpisah dengan family aku.. Ni pengalaman pertama, dah lah aku anak bongsu.. XD (taklehbelah) Aku tak manja okay! pfft~ :P Macam-macam yang aku fikir sekarang, macam mana lah aku nak makan nanti? macam mana aku nak mandi? kena cuci baju sendiri.. -_- Aku mengaku aku reti cuci baju guna tangan.. Rosak jari jemari aku nanti.. HAHA! XD 

Tadi sempat keluar dengan Hidayah Harahap dan Fiqa Firzadiq! My BFF :) Teman dorang beli barang keperluan nak duk hostel.. Time dorang hantar aku balik tu sedih je aku rasa.. nak berpisah dengan dorang.. :'( Last aku jumpa dorang hari ini.. Hari ni lahhh, bulan depan jumpa lagi.. hehe.. Tapi aku jeles dengan dorang! Dah lah sama kampus.. -_- 

Hari ni jugak lah hari terakhir aku kat rumah, aku tau lah aku akan balik jugak, tapi just melawat jelahkan.. :/ Sedih gila kot nak tinggalkan family aku, anak-anak buah.. cehhh macam tua sangat je aku.. -_- Walau pun aku tak suka budak-budak! Aku tetap sayang anak-anak buah aku tu.. :)

Korang doakan lah aku ye supaya semuanya akan berjalan lancar esok dan hari-hari berikutnya.. :) #sayangkorang! XD 

"Disini jua memory tercipta,
walau seketika,
terjalin kasih kita,
mungkin disini,
kitakan terpisah,
kenangan bersama,
tak akan ku lupa.."

p/s: kalau suka,sukalah! tak suka pun tak apa.. 

Friday, November 11, 2011

My Diary

Assalamualaikum you alls!

Petang tadi aku kemas bilik.. Yelah dah nak pindah rumah minggu depan.. eh, bukan pindah lah.. Nak sambung belajar dah.. :) Time kemas buku-buku kat rak, Tetiba aku terjumpa satu buku.. Aku happy giler bila jumpa tu.. Korang nak tau buku apa aku jumpa?? Aku jumpa buku diary aku time kecik-kecik.. XD

Tadaaa~!


Ni lah diary aku.. buruk kan?? ada love pulak tu.. errhh! Entah apa penyakit aku beli buku ni dulu.. haha.. Banyak lagi buku lain, tapi buku ni jugak aku beli.. XD Aku beli buku ni time aku darjah 5.. Cuba bayangkan, aku sekarang dah 18 tahun.. Lama dah kan..? Aku teringin nak baca balik apa yang aku tulis dulu.. Tapi....


buku ni ada lock.. Aku pun tak tau mana dah kunci dia menghilang, dah lama kot.. Aku tak ingat mana aku simpan.. haha.. Tapi aku tak mengalah! Dengan otak aku yang geliga kononnya ni, aku dapat idea bernas macam mana nak buka buku tu.. Dengan cara ini,


Aku guna gunting.. hahah.. Berjaya jugak aku buka dairy aku yang dah sekian lama tertutup.. Dengan lafaz Bismillah aku buka diary aku tu.. :)

m/s 1

First time aku tunjuk kandungan diary aku ni secara umum.. >< Colorful sungguh.. haha.. Semua tu aku lukis dan warna sendiri (dah nama pun dairy, mestilah sendiri ><)

m/s 2 & 3

Pic atas ni aku lukis plan kedudukan dalam kelas.. :) Yang ada tanda X tu tempat duduk aku dan BFF time tu.. hee

m/s 4 &5

Pic yang ni aku tulis biodata aku dan BFF aku.. Rafae nama dia.. :) Tulisan yang cakar ayam, diserikan dengan warna yang sangat buruk itu.. haha!

m/s 6 & 7

Malunya aku nak tunjuk pic atas ni.. buruk gila aku lukis.. Tapi sekarang aku dah pandai lukis.. cehh! Tetiba.. haha XD Yang atas ni aku lukis gambar aku dah BFF aku time tu..Kitorang still kawan sampai sekarang, tapi dah tak rapatlah.. :)

m/s 8 & 9

Pic atas ni aku tulis time aku darjah enam.. Yelah nak UPSR katakan X) Aku saja tulis kata-kata semangat.. Tapi tetap tak dapat 5A.. XD Ayat pun nampak sangat ayat budak sekolah rendah.. haha.. (malu-malu ><) 


Ni antara entry yang aku tulis dalam diary aku.. Tak lah menarik sangat, tapi tetap memberi kenangan bagi aku.. :) Banyak lagi benda yang best-best, sedih-sedih.. Tapi aku tak boleh lah tunjuk.. hehe.. Aku rasa tak rugi pun ada diary ni.. Walaupun aku pernah kena gelak sebab ada diary, aku buat bodoh je.. Sekarang aku boleh tersenyum bila baca balik apa yang aku tulis.. Kau ada?? :P Akhir kata dari aku, kalau suka.sukalah! Tak suka tak apa.. ^^

Tuesday, November 8, 2011

Edisi Khas !

Assalamualaikum you alls!

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia~ Ada sihat?? tak sihat?? kesiannya. :( pergi klinik beli ubat okay~ kalau nak jimat pergi je beli panadol cikai kat kedai runcit yang berdekatan! haha.. Kalau sihat Alhamdulillah lah yee~ Moga berkekalan.. :)

WAIT!! yang sakit tu jangan pergi klinik sekarang, baca my entry first okay.. hehe.. boleh?? boleh kan?? ahaks! Thanks u allz~~

"OMK! Gedik giler!" -___-

Sory for my kegedikkan.. haha..! Okay korang, aku nak cerita apa yang aku buat hari ni.. nak tau kee? mesti lah nak kan? :P Tak nak?! Tak nak sudah, lu bleh blah! Jangan nak semak kat sini, bikin wa panas je! huh.. kan my rempit dah keluar.. haha.. okay lah okay lah okay laaa.. Banyak sangat menyimpang aku ni.. Pagi tadi tepat pukul 10a.m, my friends datang amek, Fiqa Firzadiq ang Hidayah Harahap.. :) 

Mula-mula kitorang pergi Jabatan Pendaftaran Negara kat Putrajaya, pergi amek IC baru aku.. aku pun amek lah my new IC, dah amek aku terus duduk kat tempat Fiqa and Dayah tu duduk, dorang sebok nak tengok Ic baru aku tu.. aku malas lah nak tunjuk! korang nak tengok?? tak yah laaa~ haha! Malu aku nak tunjuk.. XD Tapi dorang berkeras nak tengok, nyampah! Tetiba si Fiqa tu tersengeh sesorang.. Aku tanya lah kenapa??? Dia suruh aku tengok nama petugas kat counter tu, aku pun tengok lahhh.. Bila aku tengok tu aku terus tergelak,

"Hahahahahahahahahahhaha!"

Nama abang tu "Fifizuri".. Aku teringat kat Johan dalam Edisi Khas tu, nama dia kan "FifiFairuzFuyyoo".. Hahah.. Okay! Tak baik sebenarnya gelak nama orang ni, tapi dah kelakarkan? gelak jelah.. Kau nak marah?? ada aku kesah?? Ni blog aku, so suka hati aku lah nak tulis apa..okay, dah puas gelakkan orang kitorang pun berambus.. hehe.. jahatnya.. X) Kitorang pergi cari Bank Islam, nak buka acc bank! Pusing punya pusing jumpa lah bank Islam~ Bangunan Anjung tempat tu, bla bla bla bla, SIAP! dah ada bank islam.. (tak ada benda pun nak cerita kat bank islam tu) haha.. 

Lepas tu kitorang nak pergi kajang! Nak jumpa girlpren-girlpren si Hidayah Harahap.. Nak berjumpa untuk kali terakhir, eh macam nak meninggal pulak.. haha.. kawan-kawan Hidayah ni nak jumpa dia before pergi UITM tu! Kitorang kan dah nak mendaftar Rabu minggu depan~ Dah sampai kajang kitorang pergi parking kat Metropoint.. Sementara tunggu kawan dayah yang tak sampai lagi tu, kitorang pusing-pusing lah dalam Metropoint tu, tak ada banda pon! Bosan! Best lagi IOI Mall yang tah pape tu.. haha.. Sory orang kajang.. XD 

Okay okay, plan nya nak jumpa kat Mcd.. tapi Mcd kajang tu macam tak best je, so tukar plan nak makan kat KFC.. Kitorang masuk lah dalam KFC, tetiba dayah kata kawan dia nak makan kat Pizza Hut pulak.. macam-macam lah dorang ni, so aku ikut jelah.. Kitorang  masuk pizza hut tu dan order, aku makan "Cheesy baked rice"! nampak macam sedap so aku order la, aku minum "ice cekelat"! hahah XD Tak lama lepas tu girlpren-girlpren Dayah pun datang~ Kitorang pun haha huhu hihi hoho X) Ceritalah apa benda yang nak di cerita! Cerita punya cerita, makanan tak sampai-sampai! heii, nak jugak aku hentak meja tu! cehhh, macam berani je.. haha.. 

Tak lama lepas tu makanan pun sampai, aku tengok "Cheesy baked rice" tu, aku tergamam.. -_- Macam SEDIH je rupa dia, si Fiqa and Dayah order benda yang sama.. Aku pun rasa lah bendalah tu, hmmm.. sedap lagi aku masak sendiri.. hahah.. tapi habis jugak aku makan.. XD yelah, tak nak lah membazir.. tapi aku tak kenyang pun.. harga dah lah mahal, macam tak berbaloi je makan benda tu.. Aku ni bukan lah tak ada duit! tapi baik makan benda yang lagi berbaloi kan?? 18 hengget kot bill aku.. Mahal dan tak kenyang! 

Lepas dah makan kitorang nak pergi ziarah kawan dayah yang tak dapat join.. kat Semenyih.. Bapak kawan dayah tu meninggal hari ni.. Takziah kat kawan dayah tu, aku,fiqa dan Dayah senasib.. :') Senasib tak ada ayah.. Time dalam perjalanan tu tetiba perut aku sakit, entah apa racun dorang letak dalam makanan aku tadi -_- haha.. masuk angin kot perut aku.. XD Dah sampai rumah kawan dayah tu, kitorang masuk lah.. Sembang, gelak-gelak, tapi aku diam je, perut sakit -_- Seronok dapat kenal kawan baru :) Tetiba aku terhidu bau durian.. aku pun cakap lah,

 "eh bau durian?"

kawan dayah cakap,

"a'ah kat luar ada durian,nak ke?"

Aku pun ye kan jelah, hahah.. dapat makan durian.. heee..dah lama tak makan durian you allz.. >< dah makan durian tu kitorang balik lah, si dayah ni salam lah kawan-kawan dia tu, berpeluk sakan.. sedih je aku tengok.. :')
Dalam perjalanan balik tu, perut aku sakit lagi.. hahah.. tetiba si Fiqa ni ajak pergi Jusco Equine Park! Aku pun nak jelah.. haha. malas nak balik rumah.. XD Jalan-jalan cuci mata dalam Jusco tu best jugak, tapi tak ada benda pun.. Si Fiqa tu lapar! dia nak makan kat KFC! nak balas dendam sebab tak kenyang makan pizza hut tadi.. hehe.. aku malas lah sebab sakit perut kan.. tak ada selera nak makan.. Fiqa kata "tak nak KFC kita makan wafer".. Aku pun okay je, sebab makanan ringankan?? kitorang beli lah.. dah habis makan, tetiba perut aku dah tak sakit! Wahhhhhhhhh~ hahah.. wafer tu jadi penawar! konon je.. XD 

Lepas tu kitorang balik lahhh.. happy ending aku rasa :) hahaah.. ^^

p/s: sorry lah kalau ayat aku ni tergedik or terempit! aku saja jeww.. ahaks! btw, kalau suka,sukalah! Tak suka tak apa.. :)

Monday, November 7, 2011

Please like okay! Like like like!

Assalamualaikum you alls!




Boleh tolong tak? tapi jangan lah tolong tengok je! Tolong like kawan aku punya kawan, Qistina Enara's comment :i want it !!", and ask all your friends to like.. Please i'm begging you! go go go! Tak susah pon, tekan je link kat bawah ni dan like.. Tak salah pun kalau tolong menolong?? Walaupun kita tak dapat apa-apa, tapi kita dapat pahala dengan hanya menekan like itu.. haha.. Jasa anda sangat aku hargai.. ^^ Thanks so much!

Friday, November 4, 2011

Pengemis!

Seorang mahasiswa sedang asyik bersembang dengan seorang pengemis tua didepan kampus UITM.


Mahasiswa: Dah lama ke mengemis kat sini pakcik?


Pengemis: Ya.. lebih kurang sudah 8 tahun,nak..


Mahasiswa: Wah, dah lama jugak ye pakcik.. sehari biasanya dapat berapa pakcik??


Pengemis: Paling sikit pun RM50.00 nak..


Mahasiswa: Banyak jugak ye pakcik..


Pengemis: Bolehlah nak, untuk keluarga..


Mahasiswa: Ehhhh.. Keluarga ada kat mana?


Pengemis: Anak pakcik semuanya ada 3 orang,yang pertama ada di universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Pahang..


Mahasisiwa: Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni.. boleh tahan juga yerr.. Eh, anak pakcik tu semua masih kuliah?


Pengemis: tak lahhhh.. semuannya mengemis seperti pakcik..


Mahasiswa: .....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: