Kerabat diRaja:

Thursday, October 13, 2011

Tips Nak Minta Kerja!

Asalamualaikum u alls! aku kembali lagi untuk topic yang lain.. Okay! Aku tau ramai orang puchong nak yang nak kerja kat IOI MALL tu kan?? Lagi-lagi sekarang ni, budak nak cuti sekolah.. Ramai yang nak kerja, isi masa lapang.. 


Tapi yang tak ada pengalaman tu tau ke nak minta kerja macam mana?


1.VACANCY
Mula-mula tengok kat luar kedai tu, ada lekat vacancy tak? kalau tak ada, jangan tanya! buang waktu dan buat malu kau je.. kalau ada, pergilah tanya! 
"saya nak tanya pasal vacancy tu" or "kat sini ada kerja kosong?"
Bila tanya tu muka kena senyum =) but jangan nak tergedik sangat! nanti orang menyampah okay!


2.CARA BERPAKAIAN
Bagi kau yang paling penting kena nampak kemas! Rambut jangan serabai sangat, dan yang paling penting bila nak minta kerja, kena pakai KASUT! penting tu! Jangan lah pakai selipar, nanti dorang nampak kau macam sakai je tau.. Memey dia tak amek kau lah..


3.BERSENDIRIAN
Tak faham? Okay tak apa, mengikut pengalaman aku lah, kalau nak minta kerja tu baik pergi sorang diri je, tak payah nak berteman.. Sebagai contoh, bila korang pergi bertiga nak cari kerja, korang pergi minta kat kedai yang sama, belum tentu korang bertiga dapat, maybe sorang je yang akan dapat dan belum tentu kau yang dapat! So baik cari kerja sesorang je..(ignore kalau korang rasa tak betul) ^^ 


4.ADA PENGALAMAN
Sesetengah tempat kerja nak orang yang ada pengalaman bekerja.. Kalau kedai tu dah terdesak nak pekerja memang dia amek jugak walaupun tak ada pengalaman, tapi maybe gaji sikit lah.. Kalau kau biasa menipu, kau cakap je yang kau pernah kerja, pandai-pandailah buat ayat! tak kan tu pun nak aku cakap kot.. hee~


5.CUKUP UMUR
Kebanyakkan kedai kat nak pekerja yang cukup umur je.. Tapi tak semua kedai lah, ada jugak yang amik part time bawah umur..


6.FREE HAIR & BERTUDUNG
Benda ni pun perlu diambil tahu, sesetengah kedai tak amik orang yang bertudung ni.. Dorang nak yang free hair, so yang bertudung susah sikit nak dapat kerja(maksud aku kat Mall okay bukan kat luar).. Tapi ada jugak kedai yang amek bertudung.. Tapi PADINI dan F.O.S tak amek pekerja yang bertudung.. Kebanyakkan butik amek yang free hair je.. 


Korang kenalah tanya banyak kedai, dan jangan memilih tempat kerja! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: