Kerabat diRaja:

Tuesday, October 11, 2011

Medical Check Up!

Woot woot! Asalamualaikum u alls! Sorry sebab dah agak lama jugak lah aku tak update blog ni.. Almaklumlah busy memanjang.. XP Seperti yang korang perasanlah kan, aku sekarang ni more to vlogging! Nak cuba nasib, apa?? aku nak bajet?? suka hati lah! Aku punya sukalah nak buat apa pun.. fikirlah apa kau nak fikir! otak kau bukan otak aku pon!

Okay, sekarang ni aku kerja sebulan before aku masuk UiTM tu.. cari duit sikit.. heheh! Hari ni aku cuti, so aku amek kesempatan ni nak buat medical check up.. Plan dah buat dengan Fiqa Firzadiq and Hidayah Harahap dari minggu lepas lagi.. Dorang berdua ni pon dapat UiTM! Sama UiTM lagi! Jelous aku wehhhhhhhhh! HAHA! okay lah whatever dah rezeki dorangkan =) Ingat nak pergi esok tapi dapat cuti hari ni, so pergi hari ni jelah..

Si Fiqa tu cakap nak gerak jam 9.30am.. so time cuti pon aku kena bangun awal! Haish.. Tapi tak pelah.. Aku pun siap-siap nak tunggu si Fiqa ni amek aku.. Dah kul 9.30 dia tak datang lagi.. so aku tunggu jelah, tunggu punya tunggu dah nak kul 10! aku mesej dia tapi dia tak reply.. Sakit hati aku, aku ingatkan tak jadi.. tetiba si Fiqa tu call aku, nasib baik jadi! haha

Dah masuk kereta dia kitorang pon terpinga-pinga tak tau nak pergi hospital mana.. Bincang punya bincang kitorang pergilah klinik batu14 tu.. Dari jauh lagi kitorang dah kutuk-kutuk klinik tu! Ramainya orang, yelah klinik desa.. haha.. klinik tu memang ramai orang.. aku pon malas nak pergi klinik tu sebab lembab!  Kitorang pon masuklah, ramainya orang! kitorang pon macam nak tak nak je, apalagi masuk kereta dan belah dari situ.. 

Aku katalah pergi hospital Serdang, tapi si Fiqa tu tak nak! Jauh katanya~ Aku pon "OKAY!".. Ikut jelah dia, dia nak pergi Hospital PutraJaya.. Sampai je Hospital PutraJaya kitorang pun minum lah air yang disponser by Hidayah tu.. ^^ (padahal dia cilok dari kedai dia) kedai dia okay! so suka hati dia lah.. HAHA Kitorang masuklah hospital tu cari reception.. Kakak nurse tu cakap kat hospital tu tak buat medical check up! kena pergi klinik Putrajaya pulak.. bengang je kitorang..

Kitorang pon pusing-pusinglah cari klinik tu.. dah sama terus ke reception.. rupanya kena buat appointment pulak.. dah sampai putrajaya tu, rugi kalau tak pusing-pusing! haha.. kitorang pergilah Alamanda, makan kejap.. Borak-borak, dah lama tak jumpa si hidayah tu.. macam-macam gosip semua keluar.. Dah penat bergosip, aku ni dah lama tak tengok kehijauan XD hahah.. Kitorang pon pergilah Taman Botani, amik angin! penat kot berjalan.. dah penat jalan kat taman botani tu kitorang pergilah tasik pulak! nak melihat keindahan alam gittuw.. Kitorang bukan main lagi perasan retis! yelah hidayah and Fiqa nanti kan bakal ARTIS :D 

Macam buat rombongan pun ada aku rasa! haha.. tapi best, hari yang penat tapi menyeronokkan.. Thanks to Fiqa sebab jadi driver yang bertauliah dan Hidayah yang menceriakan keadaan! ^^

p/s:BERSAMBUNG untuk Medical Check Up seterusnya :D


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: