Kerabat diRaja:

Friday, October 14, 2011

Medical Check Up! #2

Asalamualaikum u alls! Kita bersambung untuk untuk Medical Check Up! #2! haha.. eh sorylah tak ada pic medical check up hari tu.. =) Sebagai tanda minta maaf, nah pic kitorang time lepak lepak kat taman.. 



Ni bukan kat hutan okay! tempat ni dekat dengan
Alamanda ^^

Yang ni kat tasik apa entah.. haha.. aku pun tak tau..
tapi kat area Putrajaya jugak lah.. ^^

Okay tu "medical check up! #1"
Sekarang ni aku nak cerita pasal Medical Check Up! #2 pulak.. ^^
Korang nak tau? Appointment tu jam 8am! Awal kot.. Aku ni kena bangun awal, macam nak pergi sekolah pulak! Ish.. Aku bangun kul 5.45am tadi, aku mandi air beku! XD Si Fiqa Firzadiq dan Hidayah Harahap nak amek aku kul 6.50am.. Yelah saja nak gerak awal, nanti nak kena amik nombor! So kitorang pun gerak lah menuju ke Klinik Putrajaya tu.. 

Sampai je Klinik tu terus amik nombor, macam-macam perasaan ada time tu, nak terkencinglah, terberak lah, takut lah, neveslah! bila nombor dah kena sebut pergilah buat apa yang patut! Mula-mula aku kena cek tekanan darah, lepas tu cek mata pulak! Dah siap semua tu aku bergerak ke bahagian pergigian, time nak tunggu tu bukan main lama lagi! Dah sampai giliran aku aku pergilah masuk bilik tu, then baring.. Kakak tu cek lah, "okay bagus" kakak nurse tu cakap lahh.. Aku pun legalah! 

Lepas cek gigi aku kena pergi Makmal pulak, tetiba nama aku kena panggil, "mohd Nazrul" .. Tapi nasib baik dia tak panggil, "Nazrul Lurzan" hahaa.. 
Masuk bilik Makmal tu aku terkujut! "Eh toilet??" kakak nurse dalam tu cakap "amik bekas ni,pergi kencing", So aku pun masuklah dalam toilet tu kencing! Rasa macam "eeeeee" peliknya.. haha.. Tak pernah aku buat sebelum ni.. Suam-suam aku rasa bekas tu XD TETTTTTT!

Lepas dah kencing semua tu aku pun pergilah tempat X-Ray pulak, tunggu giliran lagi.. Dah sampai giliran, aku masuklah bilik X-Ray tu, ada ke kakak nurse tu suruh buka baju depan dia, aku pun "haaaa?" serius ke kakak ni.. Nak tak nak buka jela.. Dah separuh bogel aku rasa.. haha.. MALU kot.. XD Depan family aku pun aku jarang nak tayang body! Dah habis buat X-Ray, so tamatlah medical check kitorang, tapi kena datang lagi minggu depan.. ^^

Kitorang berambuslah dari klinik tu.. Perut dah lapar, kitorang pun pergilah cari tempat nak makan.. Tapi aku lupa nama tempat tu.. haha.. SORRY.. Kitorang bertiga makan SOTO! Sedaplah jugak..


Lepas dah makan kitorang berambuslah pergi Alamanda pulak.. Cuci mata XD Si Dayah ni shopping! Aku ni tak tau lah nak beli apa, nanti-nanti jelah aku shopping ^^ Dah penat jalan kitorang lepaklah kat luar kejap!

Macam kat korea pun ada! XD

Dah bosan kat Alamanda kitorang pun berambuslah, aku ni ikut jelah si Fiqa tu, Dia yang bawak kreta.. Berpusing pusing kitorang, akhirnya sampai kat satu destinasi kat puncak bukit! so snap-snap lah pic skit.. ^^

Yang aku pegang tu bukan rokok okay!
Aku tak smoke ^^

Berani si fiqa ni berdiri atas bendalah tu,
nasib aku tak tolak dia! Mati sia-sia.. ^^

Bila dah puas tengok permandangan putrajaya tu kitorang berambus lagi ke taman! hahah.. macam-macam tempat kitorang pergi hari ni ^^



Aku suka pic ni ^^

Huh! Kalau korang nak tau, Medical Check Up sampai kul 11am je.. Tapi kitorang bejalan sampai kul 7pm! haha.. Kalau di ikutkan boleh balik umah tolong mak, Tapi kitorang saja nak buang masa.. haha.. Minggu depan kena pergilah lagi Klinik Putrajaya tu.. Nak tau hasil ujian air kencing! ^^
Okaylah sampai sini je Story aku kali ni!

p/s: Bersambung untuk Medical Check Up seterusnya.. ^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: