Kerabat diRaja:

Thursday, October 27, 2011

Masjid? Eeuww!

Assalamualaikum u alls!

Jangan nak mencaci maki hamun aku okay! Baca sampai habis dulu.. Sorry kalau tajuk aku agak kurang ajor.. "Masjid? Eeeuw" adalah kata-kata yang sangat biadap bagi aku.. Ceritanya macam ni, hari tu ada sorang kawan aku tu pergi jumpa kawan dia.. Nak lepak lah konon, senang nak cerita kawan aku pergi jumpa si A, dan si A bawak pulak kawan dia si B.. So dorang bertiga.. si A tu laki dan si B tu prempuan..

Time dorang tengah lepak-lepak, biasa lah mesti ada je benda yang nak di kongsi.. Si B ni rancak bercerita, kononnya mak dia dah bercerai dengan bapak dia.. Then mak dia nak kawin dengan lelaki lain.. Dengar mcm tak patutnya mak si B kan?? Si B ni cakap lah yang dia tak suka dengan bakal suami mak dia tu.. Dia cakap,

"I tak suka lah Bf mak I tu, dah lah macam kampung-kampung jer, jakun pulak tu.. dah lah alim! asik pergi masjid jer, masjid?? eeuww!"

Kawan aku yang dengar pun terkejut gila.. Macam tak sangka ada orang boleh cakap macam tu?? Dia Islam, tapi dia berani cakap ayat tu.. Aku ni bukan lah alim sangat, tapi aku tak lah sampai nak cakap macam tu.. 

Sekarang korang fikir?? Perangai siapa yang si B ikut?? Patut ke mak dia cerai dengan bapak dia? mak dia cari suami yang alim.. Maybe boleh bimbing mak dia.. Korang fikirlah sendiri okay, cakap panjang-panjang pun nanti macam mengumpat pulak.. kepada yang terasa sorry lah.. :)

2 comments:

  1. Belum dapat pengajaran lagi tu. Dah dapat karang insaf la dia

    ReplyDelete
  2. betul betul.. dia nak tunggu azab baru nak insaf kot.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: