Kerabat diRaja:

Thursday, October 13, 2011

The day before last day!

Asalamualikum u alls! kalau tak jawab dosa! kalau jawab sayang.. ^^ Tak nak jawab jugak?? Aku tembak KANG! haha.. Walaupun aku ni busy, tapi aku tetap curi-curi masa nak update blog aku ni.. 


Cakap pasal curi! Aku ni hampir jadi pencuri.. begini ceritanya! Kelmarin, masa tu aku tengah rehat, aku keluar toilet then pergi lah duduk kat kerusi urut Gintell, (siapa pernah pergi IOI MALL tu tau lah) time aku duduk tu aku terperasan ada dompet depan aku.. aku pun tenunglah dengan tajam! Lagi-lagi aku ternampak ada duit kat celah dompet tu, DUIT tu~ HAHA


Aku buat bodoh je, orang lain yang lalu pun pandang je dompet.. yelah dah dorang tengok aku dekat dengan dompet tu, segan lah dorang nak amek kan! Tetiba datang kakak tempat kerja kau duduk kat sebelah, aku tunjuk kat dia, dia bukan main terkujut lagi.. Terus dia amek dompet tu then selongkar apa yang ada.. Tuan punya dompet tu girl, kakak try cari num HP dia tapi tak ada..


Aku dah mula kesian, mesti tuan punya dompet tu dah glabah GILER! Dahlah dalam dompet dia tu ada RM250, dengan credit card lagi, card bank, ic dan lain2! Kitorang tak tau nak buat apa, aku bagi tau minah tempat kerja aku sorang lagi, dia boleh kata "apalagi, amek jelah duit tu, dah rezeki korang, dompet tu kau buang je!".. Tak patutkan?? Alaahhh~ Dia gurau jelah.. hehe.. Minah tu pun hantarlah dompet tu kat kaunter pertanyaan.. Selesai masalah!


Tapi aku pun tak tau tuan punya dompet dapat ke tidak dompet dia.. Harap dia dapatlah.. kesian kat dia.. Aku ni tak lah terdesak sangat sampai nak amik duit orang, walaupun aku jumpa.. Macam tak baik, kalau kita amik duit orang, nanti benda tu jadi kat kita balik.. Aku takut.. Korang jangan buat macam tu okay! Jadilah orang yang baik.. hehe 


Okaylah u alls! kalau aku ada masa aku update lah lagi ^^
"kalau suka,suka lah! Tak suka tak apa.. =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: