Kerabat diRaja:

Tuesday, October 25, 2011

The day before last day! #2

Assalamualaikum u alls!

Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.. Tak nak jawap jugak? Aku tembak kang! haha Okay, korang tau kan aku kerja?? Tak tau?? Kau bukan pembaca setia blog aku.. :P haha gurau je.. Aku kan kerja kat F.O.S IOI Mall.. Aku nak kongsi sesuatu kat korang.. Kelmarin, time aku tengah lipat baju.. Ada sorang uncle India panggil aku,

"Adik, sini kejap"

Aku pun pergi lah dekat dia,

"Ye??"

Lepas tu uncle tu tanya aku,

"Ni promotion buy 1 get 2 free macam mana ha?"

Aku pun terangkan lah kat dia,

"Kalau uncle beli 1, so uncle akan dapat 2 free.. tapi kena ada sticker buy1get2free kat price tag, nanti uncle bayar harga yang paling mahal"

"Ouhhh, macam tu ke.. okay"

Aku pun senyum jelah tengok uncle tu, tapi aku tergamam bila uncle tu cakap,

"U ni lawa jugak ye, nanti boleh lah I ajak U keluar dinner"

Dalam hati aku, "Apa masalah kau pakcik??!".. Aku pun senyum tersengeh kat uncle tu "he heh he".. Uncle tu terus belah dari situ.. Aku pun tak tau apa masalah dia.. Aku cerita kat workmates aku semua gelak..

p/s: aku sebenarnya tak sure uncle tu cakap "lawa" or "lawak" haha X)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: