Kerabat diRaja:

Sunday, October 30, 2011

Virus ohh virus!

Assalamualaikum u alls!

"Mama mama mama, tolong lah aku yang sedang bingung, bingung memikirkan virus cinta, yang sedang tercipta~" Haha.. Ni lagu endon apa entah, aku lupa tajuk dia! Okay wtv~ Aku nak bagi tau korang yang lappy aku dah mampus di baham virus..

Sedih!

Aku adalah orang malang yang terkena virus kat FB.. Ceritanya begini, time tu aku tengah syok on9.. Tetiba ada sorang jenglot (bukan nama sebenar) IM aku.. Dia

"Hi"

aku, so aku pun

"Hi"

lah dia balik.. Selang beberapa saat jenglot tu

"Hi"

aku lagi, aku pun pelik laa.. So aku saja nak menyial (kononnya), aku

"Hi"

lah lagi.. Lepas tu jenglot tu sanyap seperti hilang kata (cehh konon BM A+ :P ), aku pun buat tak tau jelah..

Tak lama lepas tu dia bagi aku link apa entah.. Aku yang gatal tangan dan ingin tahu ni tekan lah link tu.. Then muncul kat Utube (youtube).. Aku tengok ada video tulis nama aku "Nazrul Lurzan bla bla bla" (aku tak ingat) tapi tak boleh tengok, kena upgrade adobe flash player.. So aku pun download la bendalah tu.. Dah habis download aku tekan lah.. Tapi tak boleh buka..

Tetiba anti virus aku muncul kat tepi, aku pun "alamak ada virus!" Aku terus tekan "kill", tetiba lappy aku terus shutdown.. Aku pun dah gelabah, badan pon dah berpeluh jantan.. lepas tu lappy aku restart balik.. Tapi aku dah pelik tengok entah apa yang muncul.. lepas habis dia loading semua tu keluarlah kat Desktop, tapi dah tak sama macam sebelumnya.. Aku ni konon pandai sangat godam lah benda tu, bukan bertambah elok, lagi jahanam adalah!

"Sedih!"

Tapi tak apalah.. Esok lusa aku hantar lah repair.. bukan susah pon.. HAHA.. Walaupun lappy rosak tapi aku tetap boleh on9.. ni aku update blog guna my baby fon ^^ 


p/s: berhati-hati ye korang, jangan sampai terkena~ Wakenabeb! X)
btw kalau suka, sukalah! tak suka tak apa.. ;)

Thursday, October 27, 2011

Masjid? Eeuww!

Assalamualaikum u alls!

Jangan nak mencaci maki hamun aku okay! Baca sampai habis dulu.. Sorry kalau tajuk aku agak kurang ajor.. "Masjid? Eeeuw" adalah kata-kata yang sangat biadap bagi aku.. Ceritanya macam ni, hari tu ada sorang kawan aku tu pergi jumpa kawan dia.. Nak lepak lah konon, senang nak cerita kawan aku pergi jumpa si A, dan si A bawak pulak kawan dia si B.. So dorang bertiga.. si A tu laki dan si B tu prempuan..

Time dorang tengah lepak-lepak, biasa lah mesti ada je benda yang nak di kongsi.. Si B ni rancak bercerita, kononnya mak dia dah bercerai dengan bapak dia.. Then mak dia nak kawin dengan lelaki lain.. Dengar mcm tak patutnya mak si B kan?? Si B ni cakap lah yang dia tak suka dengan bakal suami mak dia tu.. Dia cakap,

"I tak suka lah Bf mak I tu, dah lah macam kampung-kampung jer, jakun pulak tu.. dah lah alim! asik pergi masjid jer, masjid?? eeuww!"

Kawan aku yang dengar pun terkejut gila.. Macam tak sangka ada orang boleh cakap macam tu?? Dia Islam, tapi dia berani cakap ayat tu.. Aku ni bukan lah alim sangat, tapi aku tak lah sampai nak cakap macam tu.. 

Sekarang korang fikir?? Perangai siapa yang si B ikut?? Patut ke mak dia cerai dengan bapak dia? mak dia cari suami yang alim.. Maybe boleh bimbing mak dia.. Korang fikirlah sendiri okay, cakap panjang-panjang pun nanti macam mengumpat pulak.. kepada yang terasa sorry lah.. :)

Tuesday, October 25, 2011

The day before last day! #2

Assalamualaikum u alls!

Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.. Tak nak jawap jugak? Aku tembak kang! haha Okay, korang tau kan aku kerja?? Tak tau?? Kau bukan pembaca setia blog aku.. :P haha gurau je.. Aku kan kerja kat F.O.S IOI Mall.. Aku nak kongsi sesuatu kat korang.. Kelmarin, time aku tengah lipat baju.. Ada sorang uncle India panggil aku,

"Adik, sini kejap"

Aku pun pergi lah dekat dia,

"Ye??"

Lepas tu uncle tu tanya aku,

"Ni promotion buy 1 get 2 free macam mana ha?"

Aku pun terangkan lah kat dia,

"Kalau uncle beli 1, so uncle akan dapat 2 free.. tapi kena ada sticker buy1get2free kat price tag, nanti uncle bayar harga yang paling mahal"

"Ouhhh, macam tu ke.. okay"

Aku pun senyum jelah tengok uncle tu, tapi aku tergamam bila uncle tu cakap,

"U ni lawa jugak ye, nanti boleh lah I ajak U keluar dinner"

Dalam hati aku, "Apa masalah kau pakcik??!".. Aku pun senyum tersengeh kat uncle tu "he heh he".. Uncle tu terus belah dari situ.. Aku pun tak tau apa masalah dia.. Aku cerita kat workmates aku semua gelak..

p/s: aku sebenarnya tak sure uncle tu cakap "lawa" or "lawak" haha X)

Sunday, October 23, 2011

Mata Hati U!

Assalamualaikum u alls!





Tak faham? tak faham tak apa, cubalah fikir maksud ketiga-tiga gambar kat atas tu.. kalau susah sangat tanya je kat adik korang.. haha.. :D
Hanya tiga kata saja tapi cukup besar maksudnya.. :) (Macam lirik lagu "Tiga Kata-KRU" pun ada XD) Rajin-rajin lah cakap ayat ni kat orang yang anda sayang, sebelum terlambat.. Jangan menyesal kalau terlambat! Tak perlu bayar pun kalau nak cakap..Tak susahpun, just cakap

"I LOVE U"

p/s: Nak cakap kat Gelifriend or buayafriend boleh je kan??, tapi kenapa nak cakap kat parents or family susah sangt?? Sayang family dulu before sayang orang lain (Y) ..

Friday, October 21, 2011

Medical Check Up! #3

Assalamualaikum U alls!

Firstly, aku nak minta maaf atas ketelanjuran kata kat post "TIPS MINTA KERJA".. Post tu aku dah delete.. Aku sedar kesilapan tu.. Aku harap korang dapat maafkan yeee~ =)

Back to topic! Okay hari ni aku kena pergi klinik lagi, Klinik Putrajaya =)
Tapi mestilah tak keseorangan, Fiqa Firzadiq dan "Ratu like" sentiasa menemani.. Tak kenal siapa "Ratu Like"? Hidayah Harahap lah ratu like tu! XD Sebab dia rajin like status friends dia =)

Okay! Si Fiqa ni nak amik aku jam 7am, so aku set lah jam kul 6am.. Pagi tadi aku dah terbangun kul 6, tapi aku saja je nak tidur 5 minit lagi.. Bila aku tersedar, aku tengok lah jam.. ALAMAK!!!! dah kul 6.50! aku pun apalagi, kelang kabut lah nak bersiap! Time aku tengah bersiap aku terdengarlah suara sumbang memanggil nama aku kat luar..

"Nazrul ohhhhhh Nazrul~"
"Nazrul ohhhhh Nazrul~"

HAHA, kelakar betul dorang, Si Fiqa dengan Hidayah ni penat menunngu.. Aku pun keluarlah rumah, Kitorang pun gerak dengan lafaz "Bismillah"..
Sampai je klinik perut aku dah sakit nak terBERAK! Serius tak tahan time tu.. XD Aku pun cakap lah kat dorang yang aku nak berak dulu.. Entah apa yang aku makan sampai aku tercirit.. (Siapa yang geli boleh tinggalkan blog ini ) Dah habis melabur, kitorang amek lah nombor! Tunggu punya tunggu, LAMA betul! Bila nombor kena sebut, aku pun masuk lah bilik no.8.. Jumpa pelacur doktor, dia cek lah apa yang patut.. 

"Everything normal!"

Doctor tu cakaplah, so aku pun lega lah tak ada penyakit! Dah dapat cop semua, aku pun keluarlah dari bilik tu dengan senyuman :)
Bila kami semua dah selesai, kitorang pun berambuslah! Kitorang pergi Alamanda lagi (tak ada pilihan, Alamanda jelah yang ada Putrajaya tu), nak cari makan! LAPAR tak breakfast pun.. Kitorang pun makanlah, lepas makan kitorang pergi amek angin kat luar, then terjumpa serombongan budak school.. Lawatan sekolah dari Kelantan, I hate love Kids! :D (fake nya!) haha..

Sebenarnya kitorang dah tak tau nak buat apa, sebab dah pergi banyak tempat last week! XD Kebosanan tahap gaban kat alamanda tu, kitorang pun berambuslah.. pusing-pusing tanpa arah, then terjumpa arah! Kitorang ternampak ada Pasar Tani, so singgahlah kejap nak tengok-tengok apa yang ada.. kitorang sebenarnya nak beli air, haus! So beli Aku beli la air Asam Boy! Sedap~ XD haha, Lepas dah beli air kitorang nak pergi tasik, konon nak celup-celup kaki.. Bila dah sampai tasik tu kitorang tengok ada "Dragon Boat Festival"! Kecewa sebab tak dapat nak celup kaki.. haha XD Kitorang pun pergilah tengok festival tu.. Tapi bosanlah, dah la panas! 
Kalau dah bosan apa lagi?? Berambuslah! haha.. kitorang pun balik.. Aku rasa hari ni sangat membosankan dan memenatkan! mengantuk pulak tu.. Tapi okaylah keluar dari duduk uma tak buat apa.. Okay ini medical check up terakhir, tak ada medical check up lagi da! =)

p/s: Sorry tak ada pic nak tayang! Kalau suka, sukalah! Tak suka tak apa..


Friday, October 14, 2011

Medical Check Up! #2

Asalamualaikum u alls! Kita bersambung untuk untuk Medical Check Up! #2! haha.. eh sorylah tak ada pic medical check up hari tu.. =) Sebagai tanda minta maaf, nah pic kitorang time lepak lepak kat taman.. 



Ni bukan kat hutan okay! tempat ni dekat dengan
Alamanda ^^

Yang ni kat tasik apa entah.. haha.. aku pun tak tau..
tapi kat area Putrajaya jugak lah.. ^^

Okay tu "medical check up! #1"
Sekarang ni aku nak cerita pasal Medical Check Up! #2 pulak.. ^^
Korang nak tau? Appointment tu jam 8am! Awal kot.. Aku ni kena bangun awal, macam nak pergi sekolah pulak! Ish.. Aku bangun kul 5.45am tadi, aku mandi air beku! XD Si Fiqa Firzadiq dan Hidayah Harahap nak amek aku kul 6.50am.. Yelah saja nak gerak awal, nanti nak kena amik nombor! So kitorang pun gerak lah menuju ke Klinik Putrajaya tu.. 

Sampai je Klinik tu terus amik nombor, macam-macam perasaan ada time tu, nak terkencinglah, terberak lah, takut lah, neveslah! bila nombor dah kena sebut pergilah buat apa yang patut! Mula-mula aku kena cek tekanan darah, lepas tu cek mata pulak! Dah siap semua tu aku bergerak ke bahagian pergigian, time nak tunggu tu bukan main lama lagi! Dah sampai giliran aku aku pergilah masuk bilik tu, then baring.. Kakak tu cek lah, "okay bagus" kakak nurse tu cakap lahh.. Aku pun legalah! 

Lepas cek gigi aku kena pergi Makmal pulak, tetiba nama aku kena panggil, "mohd Nazrul" .. Tapi nasib baik dia tak panggil, "Nazrul Lurzan" hahaa.. 
Masuk bilik Makmal tu aku terkujut! "Eh toilet??" kakak nurse dalam tu cakap "amik bekas ni,pergi kencing", So aku pun masuklah dalam toilet tu kencing! Rasa macam "eeeeee" peliknya.. haha.. Tak pernah aku buat sebelum ni.. Suam-suam aku rasa bekas tu XD TETTTTTT!

Lepas dah kencing semua tu aku pun pergilah tempat X-Ray pulak, tunggu giliran lagi.. Dah sampai giliran, aku masuklah bilik X-Ray tu, ada ke kakak nurse tu suruh buka baju depan dia, aku pun "haaaa?" serius ke kakak ni.. Nak tak nak buka jela.. Dah separuh bogel aku rasa.. haha.. MALU kot.. XD Depan family aku pun aku jarang nak tayang body! Dah habis buat X-Ray, so tamatlah medical check kitorang, tapi kena datang lagi minggu depan.. ^^

Kitorang berambuslah dari klinik tu.. Perut dah lapar, kitorang pun pergilah cari tempat nak makan.. Tapi aku lupa nama tempat tu.. haha.. SORRY.. Kitorang bertiga makan SOTO! Sedaplah jugak..


Lepas dah makan kitorang berambuslah pergi Alamanda pulak.. Cuci mata XD Si Dayah ni shopping! Aku ni tak tau lah nak beli apa, nanti-nanti jelah aku shopping ^^ Dah penat jalan kitorang lepaklah kat luar kejap!

Macam kat korea pun ada! XD

Dah bosan kat Alamanda kitorang pun berambuslah, aku ni ikut jelah si Fiqa tu, Dia yang bawak kreta.. Berpusing pusing kitorang, akhirnya sampai kat satu destinasi kat puncak bukit! so snap-snap lah pic skit.. ^^

Yang aku pegang tu bukan rokok okay!
Aku tak smoke ^^

Berani si fiqa ni berdiri atas bendalah tu,
nasib aku tak tolak dia! Mati sia-sia.. ^^

Bila dah puas tengok permandangan putrajaya tu kitorang berambus lagi ke taman! hahah.. macam-macam tempat kitorang pergi hari ni ^^



Aku suka pic ni ^^

Huh! Kalau korang nak tau, Medical Check Up sampai kul 11am je.. Tapi kitorang bejalan sampai kul 7pm! haha.. Kalau di ikutkan boleh balik umah tolong mak, Tapi kitorang saja nak buang masa.. haha.. Minggu depan kena pergilah lagi Klinik Putrajaya tu.. Nak tau hasil ujian air kencing! ^^
Okaylah sampai sini je Story aku kali ni!

p/s: Bersambung untuk Medical Check Up seterusnya.. ^^

Thursday, October 13, 2011

Tips Nak Minta Kerja!

Asalamualaikum u alls! aku kembali lagi untuk topic yang lain.. Okay! Aku tau ramai orang puchong nak yang nak kerja kat IOI MALL tu kan?? Lagi-lagi sekarang ni, budak nak cuti sekolah.. Ramai yang nak kerja, isi masa lapang.. 


Tapi yang tak ada pengalaman tu tau ke nak minta kerja macam mana?


1.VACANCY
Mula-mula tengok kat luar kedai tu, ada lekat vacancy tak? kalau tak ada, jangan tanya! buang waktu dan buat malu kau je.. kalau ada, pergilah tanya! 
"saya nak tanya pasal vacancy tu" or "kat sini ada kerja kosong?"
Bila tanya tu muka kena senyum =) but jangan nak tergedik sangat! nanti orang menyampah okay!


2.CARA BERPAKAIAN
Bagi kau yang paling penting kena nampak kemas! Rambut jangan serabai sangat, dan yang paling penting bila nak minta kerja, kena pakai KASUT! penting tu! Jangan lah pakai selipar, nanti dorang nampak kau macam sakai je tau.. Memey dia tak amek kau lah..


3.BERSENDIRIAN
Tak faham? Okay tak apa, mengikut pengalaman aku lah, kalau nak minta kerja tu baik pergi sorang diri je, tak payah nak berteman.. Sebagai contoh, bila korang pergi bertiga nak cari kerja, korang pergi minta kat kedai yang sama, belum tentu korang bertiga dapat, maybe sorang je yang akan dapat dan belum tentu kau yang dapat! So baik cari kerja sesorang je..(ignore kalau korang rasa tak betul) ^^ 


4.ADA PENGALAMAN
Sesetengah tempat kerja nak orang yang ada pengalaman bekerja.. Kalau kedai tu dah terdesak nak pekerja memang dia amek jugak walaupun tak ada pengalaman, tapi maybe gaji sikit lah.. Kalau kau biasa menipu, kau cakap je yang kau pernah kerja, pandai-pandailah buat ayat! tak kan tu pun nak aku cakap kot.. hee~


5.CUKUP UMUR
Kebanyakkan kedai kat nak pekerja yang cukup umur je.. Tapi tak semua kedai lah, ada jugak yang amik part time bawah umur..


6.FREE HAIR & BERTUDUNG
Benda ni pun perlu diambil tahu, sesetengah kedai tak amik orang yang bertudung ni.. Dorang nak yang free hair, so yang bertudung susah sikit nak dapat kerja(maksud aku kat Mall okay bukan kat luar).. Tapi ada jugak kedai yang amek bertudung.. Tapi PADINI dan F.O.S tak amek pekerja yang bertudung.. Kebanyakkan butik amek yang free hair je.. 


Korang kenalah tanya banyak kedai, dan jangan memilih tempat kerja! 

The day before last day!

Asalamualikum u alls! kalau tak jawab dosa! kalau jawab sayang.. ^^ Tak nak jawab jugak?? Aku tembak KANG! haha.. Walaupun aku ni busy, tapi aku tetap curi-curi masa nak update blog aku ni.. 


Cakap pasal curi! Aku ni hampir jadi pencuri.. begini ceritanya! Kelmarin, masa tu aku tengah rehat, aku keluar toilet then pergi lah duduk kat kerusi urut Gintell, (siapa pernah pergi IOI MALL tu tau lah) time aku duduk tu aku terperasan ada dompet depan aku.. aku pun tenunglah dengan tajam! Lagi-lagi aku ternampak ada duit kat celah dompet tu, DUIT tu~ HAHA


Aku buat bodoh je, orang lain yang lalu pun pandang je dompet.. yelah dah dorang tengok aku dekat dengan dompet tu, segan lah dorang nak amek kan! Tetiba datang kakak tempat kerja kau duduk kat sebelah, aku tunjuk kat dia, dia bukan main terkujut lagi.. Terus dia amek dompet tu then selongkar apa yang ada.. Tuan punya dompet tu girl, kakak try cari num HP dia tapi tak ada..


Aku dah mula kesian, mesti tuan punya dompet tu dah glabah GILER! Dahlah dalam dompet dia tu ada RM250, dengan credit card lagi, card bank, ic dan lain2! Kitorang tak tau nak buat apa, aku bagi tau minah tempat kerja aku sorang lagi, dia boleh kata "apalagi, amek jelah duit tu, dah rezeki korang, dompet tu kau buang je!".. Tak patutkan?? Alaahhh~ Dia gurau jelah.. hehe.. Minah tu pun hantarlah dompet tu kat kaunter pertanyaan.. Selesai masalah!


Tapi aku pun tak tau tuan punya dompet dapat ke tidak dompet dia.. Harap dia dapatlah.. kesian kat dia.. Aku ni tak lah terdesak sangat sampai nak amik duit orang, walaupun aku jumpa.. Macam tak baik, kalau kita amik duit orang, nanti benda tu jadi kat kita balik.. Aku takut.. Korang jangan buat macam tu okay! Jadilah orang yang baik.. hehe 


Okaylah u alls! kalau aku ada masa aku update lah lagi ^^
"kalau suka,suka lah! Tak suka tak apa.. =)

Tuesday, October 11, 2011

Medical Check Up!

Woot woot! Asalamualaikum u alls! Sorry sebab dah agak lama jugak lah aku tak update blog ni.. Almaklumlah busy memanjang.. XP Seperti yang korang perasanlah kan, aku sekarang ni more to vlogging! Nak cuba nasib, apa?? aku nak bajet?? suka hati lah! Aku punya sukalah nak buat apa pun.. fikirlah apa kau nak fikir! otak kau bukan otak aku pon!

Okay, sekarang ni aku kerja sebulan before aku masuk UiTM tu.. cari duit sikit.. heheh! Hari ni aku cuti, so aku amek kesempatan ni nak buat medical check up.. Plan dah buat dengan Fiqa Firzadiq and Hidayah Harahap dari minggu lepas lagi.. Dorang berdua ni pon dapat UiTM! Sama UiTM lagi! Jelous aku wehhhhhhhhh! HAHA! okay lah whatever dah rezeki dorangkan =) Ingat nak pergi esok tapi dapat cuti hari ni, so pergi hari ni jelah..

Si Fiqa tu cakap nak gerak jam 9.30am.. so time cuti pon aku kena bangun awal! Haish.. Tapi tak pelah.. Aku pun siap-siap nak tunggu si Fiqa ni amek aku.. Dah kul 9.30 dia tak datang lagi.. so aku tunggu jelah, tunggu punya tunggu dah nak kul 10! aku mesej dia tapi dia tak reply.. Sakit hati aku, aku ingatkan tak jadi.. tetiba si Fiqa tu call aku, nasib baik jadi! haha

Dah masuk kereta dia kitorang pon terpinga-pinga tak tau nak pergi hospital mana.. Bincang punya bincang kitorang pergilah klinik batu14 tu.. Dari jauh lagi kitorang dah kutuk-kutuk klinik tu! Ramainya orang, yelah klinik desa.. haha.. klinik tu memang ramai orang.. aku pon malas nak pergi klinik tu sebab lembab!  Kitorang pon masuklah, ramainya orang! kitorang pon macam nak tak nak je, apalagi masuk kereta dan belah dari situ.. 

Aku katalah pergi hospital Serdang, tapi si Fiqa tu tak nak! Jauh katanya~ Aku pon "OKAY!".. Ikut jelah dia, dia nak pergi Hospital PutraJaya.. Sampai je Hospital PutraJaya kitorang pun minum lah air yang disponser by Hidayah tu.. ^^ (padahal dia cilok dari kedai dia) kedai dia okay! so suka hati dia lah.. HAHA Kitorang masuklah hospital tu cari reception.. Kakak nurse tu cakap kat hospital tu tak buat medical check up! kena pergi klinik Putrajaya pulak.. bengang je kitorang..

Kitorang pon pusing-pusinglah cari klinik tu.. dah sama terus ke reception.. rupanya kena buat appointment pulak.. dah sampai putrajaya tu, rugi kalau tak pusing-pusing! haha.. kitorang pergilah Alamanda, makan kejap.. Borak-borak, dah lama tak jumpa si hidayah tu.. macam-macam gosip semua keluar.. Dah penat bergosip, aku ni dah lama tak tengok kehijauan XD hahah.. Kitorang pon pergilah Taman Botani, amik angin! penat kot berjalan.. dah penat jalan kat taman botani tu kitorang pergilah tasik pulak! nak melihat keindahan alam gittuw.. Kitorang bukan main lagi perasan retis! yelah hidayah and Fiqa nanti kan bakal ARTIS :D 

Macam buat rombongan pun ada aku rasa! haha.. tapi best, hari yang penat tapi menyeronokkan.. Thanks to Fiqa sebab jadi driver yang bertauliah dan Hidayah yang menceriakan keadaan! ^^

p/s:BERSAMBUNG untuk Medical Check Up seterusnya :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: