Kerabat diRaja:

Wednesday, September 14, 2011

Telur Rebus Punya Pasal!

Aku dapat cerita ni dari kawan aku.. Macam ni cerita dia...

"Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tau kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agak nya.

Sebelum aku kahwin, aku memang giler telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorban, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ni. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni. Sebab orang rumah aku masak sedap sedap.. So aku dah tak kisah lagilah.

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba tiba kreta aku rosak..

Akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu.. Ada telur rebus lah..aku pun makan nasi dengan telur rebus. Lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.

Sebelum balik aku bungkus lagi 10biji telur rebu untuk makan sambil berjalan bik nanti. Tiba je kat umah aku amatlah kenyang.. Maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.

Sebelum aku masuk ke rumah, isteri aku tiba tiba cakap dia ada surprise untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang kemas dibelakang kepala ku dan dipinpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk di kerusi dan isteri ku pesan jangan buka ikatan yang menutup mata ku. Aku nak pergi toilet sebab perut ku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'suprise' isteriku ini. Aku pun tahan lah..


Tetiba telefon berbunyi, isteri ku pergi mengankatnya. Apa lagi lah chance aku pon melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhhhhhh lega rasanya.. bau pun boleh tahan.. maklum lah berapa biji telur tah aku bedal tadi. Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!! fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia.. aku kipas pakai tangan angin dia, biar kurang sikit bau dia.. adalah macam bau telur tembelang sikit..


Tetiba aku terdengar bunyi telefon berdering lagi.. hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku dah tak sabar lagi nak tau suprise dia ni.. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepas tu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu.. PRRROOOOOOOOOTT!!!!!


fuhh lega, bergegar sikit meja makan dibuatnya.. peh tak tahan aku bau dia power gila.. Aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai laah.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh... lega..'


Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!'' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laa birthday aku hari ni. macam mana boleh lupa ni..


Aku buka lah kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong.. ALAMAK!!!


Benda pertama aku lihat, muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk dikeliling meja makan. Bis aku dengan jiran sebelah rumah aku pun ada!!




p/s: kalau nak kentut tu berpada-pada lah XD haha.. pandai pandai lah cover sikit..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: