Kerabat diRaja:

Tuesday, September 6, 2011

Sifat wanita melalui unsur?!



Mungkin ramai ramai di antara kita yang pernah mendangar bahhawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur unsur alam seperti tanah, api, angin dan air. Perkara ini merupakan petua orang-orang tua Melayu dahulu kala yang ingin memilih pasangan. Penentu seseorang ditentukan oleh zodiak, jadi kali ini kita akan melihat dan memdedahkan sedikit maklumat berkaitan  unsur ini untuk anda!!!


Wanita Tanah
-Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April - 20 mei), Virgo (24 Ogos - 23 September) & Capricon (22 Disember - 20 januari).


Wanita Api
-Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac - 20 April) , Leo (24 Julai - 23 Ogos), & Sagittarius (23 November - 21 Disember).


Wanita Angin
-Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei - 21 Jun), Libra (24 September - 23 Oktober) & Aquarius (21 Januari - 19 februari).


Wanita Air
-Wanita ini terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun - 23 Julai), Scorpio (24 Oktober - 22 November) & Pisces (20 februari - 20 Mac).




WANITA BERUNSUR TANAH


Tanah yang subur mampu membuatkan
tanaman yang hijau dan mekar.
Wanita bersifat tanah biasanya
memiliki sifat-sifat berikut :

  • Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikat,
  • Penyabar bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan meterial,
  • Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadiakn wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan!
  • Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi dan air muka semulajadi yang pendiam dan tenang,
  • Sifat marah yang terkawal dan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat conservatif, serius dan sederhana.
  • Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


WANITA BERUNSUR API


Api pula sifatnya panas dan membakar
tetapi mampu menerangi dalam
kegelapan malam. Ia juga menghangatkan
kedinginan malam serta digunakan untuk
memasak. Wanita berunsur api pula :

  • Dilahirkan sebagai pemimpin,
  • Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun kadang kala bernas.
  • Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
  • Mempunyai personaliti suka menguasai dan memdomonasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sifat yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
  • Suka berterus terang dan tidak suka berselindung menyebabkan orang yang dikasihi berasa sedih dan kadang-kadang terluka.
  • Jujur dan mahu perhubungan berjalan dengan lancar.
  • Wanita api seharusnya diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
  • Tidak keberatan  untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA BERUNSUR ANGIN


Angin meredakan kehangatan,
menjadi sumber tenaga. Wanita
yang berunsur angin bersifat :
  • Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
  • Berrfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
  • Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semula jadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan berkerjasama serta bersungguh-sungguh.
  • Sanggup meengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
  • Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul , untuk berkonfrantasi.
  • Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
  • Dikenali dan diingati kerana sifatnya yang romantis dan manja.


WANITA BERUNSUR AIR


Air sifatnya bersih dan suci, sejuk,nyaman
serta menghilangkan dahaga. Air juga
sifatnya mencambahkan benih,
menyuburkan serta menyegarkan. Wanita
bersifat air meempunyai ciri-ciri berikut :
  • Mempunyai sifat semula jadi untuk berkembang maju.
  • Mereka ini dipantu oleh perasaan hati dan mempenyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimantal, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan sentiasa berhati-hati.
  • Tenang dan medah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekelilingnya dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
  • Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
  • Sentiasa bertanggungjawab dan berusaha melaksanakan tugasan yang diberi.

p/s: Sifat-sifat diatas boleh juga dikaitkan dengan lelaki.. ^_~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: