Kerabat diRaja:

Saturday, September 10, 2011

Mitos dan Fakta dalam Percintaan



Percaya kepada perkara yang melibatkan MITOS mahupun berunsurkan cerita dongeng adalah lumrah kehidupan manusia zaman ini, lebih lebih lagi bagi pasangan yang sedang mabuk bercinta. Padahal, terdapat beberapa MITOS yang belum pasti kesahihannya, bahkan kadangkala menyesatkan.


Pandangan yang memesongkan ini juga kerap kali berlaku dalam hal yang melibatkan pertikaman lidah atau perang mulut di antara dua pihak, sehingga menyebabkan berlakunya kekerasan dalam perhubungan. Akibat MITOS juga, ramai wanita menjalani kehidupan tanpa rasa bahagia dan tidak berdaya lagi melawan kudrat kejantanan si lelaki, meskipun ia terjadi berulang kali. Kali ini mari kita berkongsi sebahagian MITOS tersebut!

MITOS
Cemburu mahupun kekerasan yang seringkali dilakukan pasangan merupakan sesuatu bentuk perhatian kepada anda. Sikap dan kelakuannya itu juga dapat dijadikan  bahan bukti atau tanda cinta yang telus dalam melayari dunia percintaan berdua.
FAKTA
Cemburu ada batasnya, itupun bukan namanya cinta sejati atau bukti kasih sayang yang begitu mendalam terhadap anda. Malah, si dia berupaya mengonkong anda agar patuh, tunduk dan sentiasa menurut segala kemahuannya.

MITOS
Korban kekerasan atau sanggup membiarkan diri dikotak-katikkan semata-mata untuk memuaskan nafsu cintanya! Korban diri ini bukan sahaja dapat membuktikan sejauh mana  cinta anda terhadapnya malah menjelaskan tahap kesetiaan yang begitu mendalam. Jadi, korban diri sendiri menyebabkan punca berlakunya kekerasan.
FAKTA
Pasangan akan tetap melakukan kekerasan itu mestipun anda tidak pernah membangkitkan sebarang kesalahan mahupun tidak sebarang punca yang berbangkit. Kadangkala, dengan menyalahkna diri anda, pasangan berupaya membela diri sendiri dan melemparkan kesalahannya dengan melakukan keganasan seksual.

MITOS
Jika dia mula memohon maaf di atas kesalahan yang dilakukan ke atas diri anda sehingga dia bersumpah tidak akan mengulangi  perbuatan itu lagi, maka anda berasa sudah aman dan meletakkan kepercayaan 100% kepada dirinya bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan lama itu lagi.
FAKTA
Kebiasaannya, titik hitam yang masih bertapak di dalam hati seseorang pasangan akan kembali pada pola lamanya. Sesudah melakukan kekerasan atau  melepaskan geram yang tiada sebabnya, si dia sering kali meminta maaf dan berjanji tidak akan mengelanginya lagi. Oleh itu, anda tidak harus berwaspada kerana janji janji itu sukar untuk dipercayai!

MITOS
Setelah melakukan kekerasan kepada diri anda, si dia dilihat semakin mesra, sehingga adakalanya anda berserah sahaja perbuatan yang dilakukan, tanpa rasa marah dan kecewa.
FAKTA
Ini merupakan satu pandangan yang begitu memesongkan . Sekirannya kemesraan yang dilemparkan itu berterusan, si dia patut  dipuji, tetapi sekiranya ia terhenti di tengah jalan, bencana yang akan anda cari!!

MITOS
Janji manis. Sekirannya dia sudah berjanji akan bertanggungjawab di atas segala perbuatan terkutuk yang pernah dilakukan bersama, maka anda akan menaruh harapan dan mempercayai segala kata-katanya.
FAKTA
Hati hati dengan janji manis atau rayuan yang dilontarkan lelaki saat di saat dia memaksa anda melakukan sesuatu untuknya!

MITOS
Pasangan berhak melakukan apa saja memandangkan anda sudahpun menjadi miliknya, walaupun baru sahaja mengikat tali pertunangan.
FAKTA
Tiada seseorang pun yang berhak melakukan apa jua perkara yang bertentangan dengan diri anda selain diri sendiri. Ingat, insan yang bergelar kekasih sememangnya tidak berhak memperlakukan anda dengan sewenang-wenangnya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: