Kerabat diRaja:

Monday, September 5, 2011

Memory Terindah #2


Assalamualaikum~
Memory terindah seterusnya ialah ketika zaman persekolahan. Time sekolah rendah. Pada sesiapa yang sekolah kat luar bandar mesti pernah dapat susu kotak free kan? Tapi dah tak ingat brand apa. Ada tiga flavor coklat, strawberry dan susu. Max seorang dapat tiga je.. Kadang kadang kalau ada terlebih satu kotak, mesti cikgu akan buat pertandingan budak budak, macam rebut kerusi. Aku tak tau lah  sekolah dalam bandar dapat susu percuma or tak.

Lepas sekolah luar bandar aku berpindah ke sekolah dalam bandar. Memory yang aku ingat setiap tahun mesti ada je lori lori minuman akan datang kesekolah macam Milo, Vico dan macam macam lah..
Yang seronoknya kelas tergantung dan semua pelajar akan beratur untuk ambil minuman percuma. Yang kelakarnya ada jugak pelajar yang tak tahu malu beratur untuk second time. Tapi yang paling aku benci, bila ada pelajar yg suka hati mak bapak dia kebuang cup minumam tu merata-rata, yang jadi mangsa orang lain terpaksa kutip.

Bukan setakat air je, aiskrim pun sama. Kalau dah dengar "mat cool mat cool" dan "padalpop padalpop" semua berlari kearah tingkap nak tengok lori aiscrim. Korang ingat tak dulu ada batang aiscrim yang ada watak dan kuasa segala bagai dulu, semua orang sebok nak kumpul. Lagi lagi kalau free, sanggup beratur dua tiga kali.

Memory yang macam ni tak patut kita lupa dan harus dikenang sampai bila-bila :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: