Kerabat diRaja:

Sunday, September 4, 2011

Pengantin terlebih pandai

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri satu majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti di kampung dia. Jadi bila dia ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok,sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.

Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yg tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kena sembahyang,  dengan lajunya mamat pengantin tu jawab "lima".

Tok kadi tanya lg, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawab kencing baby yg kecik2 lg. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu dah mula panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling.

Aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu. Bukannya susah, jawapannya najis anjing ngan babi je.. Tapi mamat tu dah berpeluh jantan keluar kat dahi. Tok kadi mula senyum. Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar.

Aku tak tau apa yg jadi lepas tu, kerana majlis dah jadi kecoh kerana ramai org yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap,tersembur keluar minuma tu terkena baju ramai orang, aku pon sama, masa tu aku tengah minum air sirap, tiba2 aku tersembur balik, terkena lah member kat tepi2, kecoh jadinya.

Aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yg aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu, keadaan senyap sunyi.. Tapi bila pengantin tu jawab "Taik gajah" suasana jadi hingar bingar dengan gelak ketawa orang yg dah tak boleh tahan, nak control macam mana? Taik gajah? Besar betul...!!! XD


TAMAT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: