Kerabat diRaja:

Monday, September 12, 2011

Aku bukan Cina!


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Tadi aku pergi IOI Mall Puchong nak kutip kutang.. amboi aku ni, macam ceti pulak~ HAHA.. tak lah, hari tu kakak kat tempat kerja lama ada pinjam duit, so dia nak bayar balik.. kena lah pergi amek, niat hati malas je nak keluar rumah. Panas lah katakan :P


Bila dah sampai aku pergilah jumpa kakak tu, then tuntut utang yang tak seberapa.. dah selesai bergosip dan bergelak ketawa, aku pon balik lah~ sampai je bus stand tetiba ada bas Rapid datang.. Alhamdulillah~ tak penat aku tunggu.. aku pon naik dan duduk, tetiba datang sorang pakcik Cina duduk depan aku. Dia berpaling kebelakang then terus cakap Cina kat aku.. aku pon terkedu lah kan, aku pon cakap la "im malay".. uncle cina tu pon tersipu malu.. haha.. "I ingat u cina loo~ muka lebih kulang cina",uncle tu cakap.. Aku pon tersengeh-sengeh la.. tapi dah biasa dah.. XD


Uncle tu tnye,"Ini bus U60 ka??" "a'ah, U60 lah ni",aku jawap.. malas nak tulis panjng-panjang so aku cerita jelah senang. sebenarnya uncle tu takot dia salah bas, sebab bus u60 dah lain, dah jadi buruk balik! dulu bas u60 tu bas cacat je banyak. tapi sekarang bas u60 tu dah tak cacat! haha dah ada banyak kerusi~ aku mula mula pelik.. tapi lantak jela! asalkan dia tulis kat depan tu u60.. lupakan pasal bus..


Time dalam perjalanan tu banyak pulak lah uncle tu tanye.. macma wartawan MELODI pulak.. hahah.. yang aku tersengih bila dia cakap "eh u tak sekolah ke?" "eh tak la, i da habis sekolah la",aku jawab.. uncle tu balas," haaa?? betuk ka? saya ingat lu baru form 3 form 4.. apasal kecik??" "haha, tak tau la uncle~",aku pon terperasan muda lah~ XD haha.. Tapi uncle tu tetap tak puas hati, dia masih ingat aku ni cina. haish~



Ada macam cina ke muka aku?? tak kan? tapi bukan uncle tu je cakap.. ramai lagi.. yang tak boleh belah, yang cakap tu cina, tak kan cina tu tak boleh nak cam muka kaun sejenis dia kan?? XD haha.. tapi lantak lah.. aku bukan hadap pon orang nak cakap aku ni cina. Aku lebih suka kan wajah Melayu.. =) Apa apa pon aku bukan cina..!


p/s: bukan nak perasan okay, saja nak berkongsi masalah yang aku hadapi, ni memang masalah! susah lah kalau aku dah tak nampak macam melayu =(

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: