Kerabat diRaja:

Sunday, July 10, 2011

Hukuman Raja

Pada suatu hari tiga orang pemuda yang tamak, Ali, Abu, dan Acu telah dijemput oleh raja menhadiri malis hari jadi baginda. Lalu ketiga-tiga berasa gembira dan mula memikirkan hadiah apa yang bakal diberikan nanti untuk membodek raja, maklumlah, kalau hadiah nya bagus tentu raja akan memberikan balasan yang lebih besar. Akhirnya ketiga-tiga mereka membuat keputusan untuk  memberikan raja buah-buahan tempatan. Benda tu kan murah, basannya nanti mahal, tentu untung besar.

Bila tiba harinya, ramailah orang hadir, termasuklah wakil dari negara-negara jiran. Semasa waktu penyerahan hadiah, raja pun duduk diatas tahtanya sambil menerima barangan yang diberikan. kesemua wakil dari negara jiran menyumbang emas, perak dan permata yang mahal-mahal. Bila sampai turn si Ali, dia pun membawa buah rambai didalam dulang sambil ditutup kain. Bila sampai depan baginda, beliau pun membuka kain tersebut, alangkah terperanjatnya baginda. Baginda diam, muka beransur-ansur bertukar color kepada merah, mata tak berkelip merenung Ali, mulut terketar-ketar seperti ingin mengeluarkan sesuatu, tiba-tiba, raja bertitah,

"Tangkap orang ini, dan sumbatkan hadiah buah rambai ke dalam bontot dia"

Apa lagi meraung-raung lah Ali kena pegang oleh beberapa orang pengawal sambil disumbat rambai kedalam bontotnya.

Sampai turn Abu, kerana dia tidak tahu apa yang berlaku terhadap Ali, dengan bangganyamembawa masuk hadiah buah rambutan. Apa lagi, sama jugak le hukumannya. Si Abu pun meraung-raung kesakitan menjalani hukuman sumbat rambutan kat bontot.

Tapi tiba-tiba, Abu tergelak bagai nak gila, pengawal pun jadi heran, padahal rambutan masih disumbat lagi.

Bila Abu dan Ali dikumpulkan, Ali pun bertanya " Kenapa masa engkau kena sumbat tu, aku dengar engkau ketawa bagai nak rak?"

abu pun berkata " Mana aku tak tergelak sakan, waktu tengah kena sumbat bontot tu, walaupun sakit giler, aku ternampak Acu bawak masuk hadiah buah DURIAN, durian tembaga pulak tu, besor gilerrrrr"


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: