Kerabat diRaja:

Saturday, February 12, 2011

Pengetahuan am #2

lurzanstory



Hanya nyamuk betina yang akan menggigit kerana protin dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur..







Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidak boleh berbuat demikian..








Lalat mempunyai 4000 kanta di setiap matanya..






Burung Belatuk boleh mencatuk dua puluh kali dalam masa satu saat..






Manusia mempunyai ledih kurang 600 otot, tapi ulat bulu ada ledih 4000 otot!!






Ikan emas akan bertukar warna putih jika diletakkan di dalam bilik yang gelap..






Hanya unta simpan kebanyakkan lemaknya di dalambonggol.. Jika makanan sukar di cari, lemak ini akan memberi tenaga. Apabila lapar bonggol akan mengecut, kadang-kadang jatuh dan mengendur ke tepi. Selepas beberapa minggu rehat dan makan, ia akan menjadi kental dan berisi semula. Ianya bukan tempat menyimpan air seperti anggapan orang ramai.






Burung kakak tua tidak boleh bercakap. Ia cuma suka mengajuk/meniru bunyi siulan dan kata-kata..






Koala bukan beruang. Ianya tidak ada kaitan langsung dengan beruang tetapi dengan kanggaru dan wombat.






Tulang-tulang burung merpati lebih ringan daripada bulunya.





BUrung gagak berkebolehan untuk mengesan masalah.. Ia cepat mengetahui bahawa kereta yang bergerak tidak merbahaya kecuali apabila pemandunya keluar dan ia akan terbang pantas. Di kawasan ia selalu diburu, ia tahu membezakan diantara pemburu yang bersenjata dan peladang dengan peralatannya.






Secara harfiah kita boleh menghipnosis seekor ayam dengan memegangnya dan kemudian melukis satu garisan di atas tanah berkali-kali. Ayam tersebut akan berada di tempat tersebut selama mana yang kita kehendaki.








Bebiri akan berbunyi baa, kambing berbunyi maa. Sesungguhnya, suara mereka berbeza.






Seekor siput mempunyai 25000 gigi..



Tangapan yang mengatakan anjing dan kucing adalah musuh yang semula jadi(seperti pepatah, "bergaduh seperti anjing dan kucing") adalah pernyataan yang berlebih-lebih, malah adalah tidak benar. Secara am, anjing dan kucing boleh berkawan baik dari kucing dan kucing atau anjing dan anjing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: