Kerabat diRaja:

Monday, December 6, 2010

Wanita Mati Beranak Bertukar Menjadi Pontianak! #3

''Abang Wan... Siti rindu dengan Abang Wan....'' Suara itu dengaran begitu ganjil dan menggerunkan. Redzuan berdiri terpaku tidak bergerak-gerak. Menggeletar tubuh Redzuan mendengar suara itu. Memang dia kenal benar dengan suara tersebut. Suara itu ialah suara Siti, arwah isterinya.

''Bagaimana ini semua boleh terjadi?'' bisik hati hati kecil Redzuan. ''Tidak, tak mungkin. Siti sudah meninggal, tak mungkin dia masih berada di sini. Tak mungkin itu suaranya,'' keluh Redzuan dalam nada tidak percaya. Redzuan lebih terkejut apabila dia melihat seorang perempuan berdiri tercegat di tangga rumahnya sambil memandang wajahnya. Perempuan yang berdiri itu adalah arwah isterinya!


''Kau Siti? Kau hidup kembali? Tidak, kau bukan Siti, isteriku telah meninggal dunia. Kuburnya ada di sana. Aku sendiri bersama orang-orang kampung yang mengkebumikannya.... Tak mungkin kau Siti!!'' getus Redzuan.

''Betul Abang Wan. Aku Siti isterimu... Kau tak kenal lagi padaku? Lekas benar kau melupai diriku. Akulah Siti... Ha... Ha... Ha...!!!'' perempuan itu mengilai dengan suara yang menyeramkan.

Redzuan semakin takut. Tiba-tiba sahaja Siti yang berada di depannya itu telah berubah rupa. Sudah ada taring tumbuh dari mulutnya. Kulitnya juga sudah kelihatan seperti kulit orang yang tersangat tua. Rabutnya mengerbang. Lembaga itu terus menerkam Redzuan. Dipeluknya Redzuan dengan erat dan sekuat hati. Tidak berapa lama kemudian lembaga itu terbang meninggalkan mangsanya.

Esoknya ketika jiran-jiran hendak pergi kerja, dilihatnya Redzuan terbaling di depan rumahnya. Mereka memanggil penduduk kampung setelah mendapati Redzuan telah pun mati. Banyak darah keluar daripada lehernya dan didapati ada bekas gigitan di tempat tersebut.

Orang kampung percaya kesan gigitan tersebut berpunca daripada taring yang tajam. Jiran-jiran mengangkat mayat Redzuan dan membawanya ke atas rumah. Mereka kemudiannya segera menghubungi keluarga dan sanak saudara Redzuan dan memaklumkan kematian Redzuan. Turut hadir menziarahi jenazah Redzuan ialah Mak Suri, bidan kampung yang menyambut kelahiran anak arwah Siti, isteri Redzuan. Sementara itu orang ramai sibuk bercerita tentang kematian misteri Redzuan ada kaitannya dengan arwah isterinya yang sudah bertukar menjadi pontianak.

Kemungkinan perkara itu terjadi turut diakui Mak Suri. Dia percaya hal ini berlaku kerana sewaktu mayat isteri Redzuan dikebumikan dahulu, adat meletakkan telur di celah ketiaknya tidak dilakukan. Redzuan yang menjadi mangsa pontianak itu dikebumikan hari itu juga oleh penduduk kampung. Untuk tempoh dua minggu, penduduk kampung di situ tidak berani keluar atau berjalan malam. Mereka takutkan hantu pontianak itu. Lama-kelamaan cerita pontianak ini telah dilupakan penduduk di situ. Mak Suri kini berusia hampir 70 tahun. Dia pun sudah tidak berdaya lagi untuk membidankan wanita yang hendak melahirkan anak.

                                                                          TAMAT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: