Kerabat diRaja:

Friday, December 3, 2010

Wanita Mati Beranak Bertukar Jadi Pontianak! #2

Namun sebaik sahaja daun pintu dikuak didapatinya tiada sesiapa pun di situ. Tiba-tiba sahaja suara tangisan itu juga sudah tidak kedengaran lagi. Seram juga Redzuan dibuatnya malam itu. Pada waktu itu dia melihat semua lampu di rumah-rumah jirannya sudah terpadam. Suasana sekeliling gelap. Mungkin mereka semuanya sudah tidur dan bermimpi yang indah-indah, bisik Redzuan sendirian. Redzuan masih duduk termenung memikirkan suara tangisan tadi. Dia dapat mengesan bahawa bunyi tangisan yang kedengaran itu seolah-oleh sepperti suara tangisan isterinya pada waktu hidupnya dulu. Seram sejuk Redzuan bila menyedari hal itu.

''mustahil tangisan itu suara isteriku. Dia sudah meninggal dunia lima hari yang lalu. Tak mungkin perkara ini boleh terjadi, '' bisik hati Redzuan. Sambil itu dia terus memerhati ke arah pintu yang terbuka tadi dengan ekor matanya. Lama juga Redzuan termenung. Suara tangisan tadi sudah tidak kedengaran lagi. Redzuan mula rasa mengantuk. Dia terus menuju ke biliknya lalu tidur. Secara kebetulan, de pejabat rakan-rakanya membuka topik mengenai pontianak. Pontianak itu kononnya berasal daripada perempuan yang mati beranak. Ketika itu barulah terfikir di hati Redzuan bahawa isterinya juga mati beranak.Mungkin apa yang diceritakan oleh rakan-rakannya berlaku juga pada arwah isterinya, fikir Redzuan. Namun dia masih tidak boleh menerima keadaan itu. Tak mungkin pada zaman moden ini masih ada hantu, kata Redzuan sendirian.

Malam jumaat, setelah selesai sembahyang Isyak, Redzuan duduk berehat dan menghabiskan masanya dengan membaca suratkabar. Sudah hampir sejam setengah dia membaca. Matanya masih belum rasa mengantuk. Tiba-tiba sahaja Redzuan terkejut. Dia terdengar bunyi suara perempuan menangis di depan rumahnya. Memang dia kenal benar dengan suara tangisan itu. Suara itu adalah suara tangisan isterinya.

''Tak mungkin....'' keluh Redzuan dengan perasaan berdebar. ''Isteriku sudah meninggal, tak mungkin isteriku masih hidup,'' kata hati Redzuan. Dia sudah merasa takut. Namun digagahinya juga untuk membuka pintu rumahnya itu. Dia mahu melihat sendiri siapakah gerangan yang menangis itu! Perlahan-lahan dibukannya daun pintu. Sebaik terbuka dilihatnya tiada sesiapa pun di luar sana.

Seperti dahulu, suara itu juga tidak kedengaran lagi. Susah juga hati Redzuan memikirkan suara tangisan itu. Lebih-lebih lagi suara itu kedengaran mirip suara isterinya. Sudah dua kali kejadian seperti itu berlaku. Redzuan melihat ke kiri kanan kawasan rumahnya.

Dia mendapati tiada sesiapa pun yang kelihatan di sekitar tempat itu. Yang dilihatnya, hanyalah pepohon ketapang dan manggis yang gelap-gelita di malam hari. Di penjuru kawasan rumah itu ada sepohon pokok rambutan yang besar. Pada waktu malam kawasan tersebut begitu gelap. Suasana ini amat menyerankan. Kanak-kanak yang balik daripada mengaji memang takut lalu di situ.

Sebaik sahaja Redzuan hendak masuk ke dalam rumahnya, tangisan itu kedengaran lagi. Redzuan keluar kembali. Dia cuba memastikan dari arah manakah datangnya bunyi suara tadi. Setelah diamat-amatinya Redzuan kemudiannya menyedari bahawa suara yang didengarnya itu datangnya dari arah pohon besar yang rimbun tadi.

Dia cuba memerhati ke arah tempat tersebut tetapi tidak nampak satu apa pun i situ. Tiba-tiba sahaja tangisan tadi tidak kedengaran lagi. Redzuan berasa lega. Ternyata kelegaannya hanya seketika sahaja. Redzuan terperanjat bila secara tiba-tiba dia terdengar suara perempuan memanggil namanya.

''Abang Wan.. Siti rindu dengan Abang Wan....''

BERSAMBUNG...

P/s: apakah yang akan terjadi dengan Redzuan?
Semua akan terjawab di episod akhir akan datang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: