Kerabat diRaja:

Friday, December 3, 2010

Wanita Mati Beranak Bertukar Jadi Pontianak! #1

lurzanstory

Mak Suri yang berusia 62 tahun merupakan seorang bidan kampung yang berdaftar dengan kerajaan. Sudah 25 beliau melakukan tugasnya sebagai bidan. Setiap kali ada wanita yang hendak melahirkan anak, Mak Suri akan bergegas pergi ke rumah orang itu. Orang nak beranak memang tak tentu hari. Ada kalanya siang dan ada kalanya malam. Waktunya juga tidak menentu. Kadang-kadang petang dan kadang- kadang subuh. Apa yang menariknya, Mak Suri tidak pernah menetapkan jumlah upah yang dikenakan terhadap perkhidmatannya. Bayar sahaja mengikut keikhlasan dan kemampuan keluar itu.

Disebabkan demikianlah ramai wanita mengandung tak kiralah Melayu, Cina dan India di kampung itu ingin dibidankan Mak Suri. Mak Suri sedia membantu sesiapa sahaja. Itulah sifat dan kelebihan orang tua ini. Suami Mak Suri telah lama meninggal dunia. Anak-anaknya pula sudah dewasa dan masing-masing sudah pun bekerja. Walaupun begitu, Mak Suri tidak pernah mengharapkan bantuan daripada anak-anaknya. Kalau ada anak-anaknya yang ingin memberi, beliau terima. Tidak pernah pula dia ingin meminta daripada mereka. Mak Suri tidak suka menyusahkan anak-anaknya.

Selama 25 tahun beliau menjadi bidak, pelbagai pengalaman telah Mak Suri hadapi. Di antara pengalaman tersebut termasuklah pengalaman membidankan seorang wanita yang mati beranak. Anak di dalam perutnya dapat dikeluarkan tetapi ibunya pula meninggal dunia. Sewaktu ingin dikeluarkan, anak tersebut berada dalam keadaan menyongsang.

Walaupun Mak Suri telah sedaya upaya cuba menyelamatkan nyawa ibu tersebut, tetapi sudah takdir dan sampai ajalnya, wanita itu meninggal dunia. Walau bagaimanapun, bayinya selamat. Menurut Mak Suri, wanita yang beranak sulung darahnya manis. Kalau darah manis selalulah mendapat keteguran daripada jin atau makhluk halus. Mereka ini memang selalu mengganggu wanita yang beranak sulung. Lebih-lebih lagi jenis jin daripada kumpulan pontianak.

Pontianak ini memang gemarkan wanita yang mati beranak. Sebab itulah waktu mengkebumikan wanita yang mati beranak, mereka akan dibekalkan dengan dua biji telur ayan dan diletakkan di celah ketiak mereka. Tetapi, hal ini tidak berlaku sewaktu mengebumikan wanita yang mati beranak yang dibidankan oleh Mak Suri ini. Mereka tidak membekalkan telur itu. Tak tahulah sama ada mereka terlupa atau tidak percaya terhadap kepercayaan tersebut.

Suami wanita yang mati beranak itu bernama Redzuan. Beliau berkelulusan universiti dan kini bekerja sebagai pegawai eksekutif di sebuah bank. Redzuan memang tidak mahu percaya segala cerita yang dianggapnya tahyul
dan karut. Bagi Redzuan, semuanya sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh dipercayai lagi.

Redzuan berasa amat menyesal kerana tidak sempat menghantar isterinya ke hospital. Pada pendapatnya kalaulah isterinya dapat bersalin di hospital, ada kemungkinan nyawa isterinya marih boleh diselamatkan. Di rana ada peralatan moden yang boleh mengesan dan bertindak cepat dan dengan itu nyawa seseorang ibu mungkin boleh diselamatkan.

Tidak seperti bidan kampung yang tidak mempunyai peralatan canggih. Walau bagaimanapun, akhirnya dia terpaksa juga menerima kenyataan itu. Baginya ini semua sudah suratan takdir. Sementara itu anaknya yang masih kecil itu dipelihara oleh kakak iparnya yang tinggal di kampung itu juga. Lima hari selepas kematian isteri Redzuan, satu kejadian aneh berlaku. Pada ruatu malam, ketika Redzuan sedang berehat di rumahnya, tiba-tiba sahaja dia terdengar bunyi suara perempuan menangis tidak jauh di depan pintu rumahnya. Redzuan segera bangun dan pergi membuka pintu depan rumahnya itu.

Namun sebaik sahaja daun pintu dikuak didapatinya......

BERSAMBUNG...


p/s: apakah yang dilihat oleh Redzuan? Akan terjawab di episod akan datang...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: