Kerabat diRaja:

Friday, December 10, 2010

Pengetahuan am #1

lurzanstory

-Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.

-Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.

-Seekor lebah perlu menghisap 4000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.

-Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.

-Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m.

-Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.


-Babi betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap, dan selalunya dua belas.

-Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.

-Ayam jantan tidak berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.











-Anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malangnya baka 'bulldog' dan 'pit bulls' cuma ada 10. Oleh itu, mereka mudah disalah interpretasi oleh anjing-anjing lain menyebabkan perkelahian.

-Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya.

-Seekor kucing boleh berlari kira-kira 20 kilometer sejam ( 12 batu sejam ) apabila ia matang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: