Kerabat diRaja:

Sunday, December 19, 2010

Ketawa Penawar Duka 6

Datuk Dan Nenek

Sepasang orang tua datang ke restoran Mc Donald dengan saling berpegangan tangan. Mereka duduk di sebuah bangku panjang berdua, di samping seorang anak muda.

Si datuk segera berdiri dan memesan makanan, sebiji hamburger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman.

Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagikan hamburger menjadi 2 bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua straw minuman, meletakkan gelas minuman tepat di tengah meja.

Si anak muda memerhatikan tingkah laku sepasang datuk nenek itu dengan penuh minat. Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan. Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata:

''Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?''

Sidatuk menjawab: ''tak payah, terima kasih. Kami memang selalu berkongsi makanan yang sama''

Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tisu, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya.

Si anak muda mendekat lagi, kali ini berkata: ''Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tak suka yang ini?''

Si nenek menjawab: ''tidak terima kasih..''

terus si anak muda bertanya lagi, ''kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?''

Kata si nenek: ''saya sedang menunggu gigi... Giliran saya selepas datuk..!

lurzanstory

Monday, December 13, 2010

Fakta menarik tentang darah

lurzanstory

-Ketika dilahirkan, hanya ada secawan darah saja dalam tubuh kita.

-Darah membentuk 7 peratus daripada berat badan manusia.

-Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula mencari, menyerang dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh, terutamanya bakteria. Nanah sebenarnya berasal daripada sel neutrofil (yang membentuk 65-75 peratus daripada darah putih) yang mati selepas membunuh kuman.

-Satu pain darah yang anda dermakan cukup untuk menyelamatkan tiga nyawa lain.

-Susu lembu dicampur darah adalah salah satu makanan kesukaan masyarakat Masai di Afrika.

-Orang Moche (Peru), Scythia (Greek) dan nomad di Rusia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam peperangan sebagai lambang keberanian dan kegagahan.

-Terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah dari luka seorang manusia lain.

-Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah dalam tubuh seorang lelaki manakala perempuan, 3.8 hingga 5.7 liter.

-Pada 1928, William Harvey (1578-1657) dari Universiti Cambridge telah diisytiharkan sebagai manusia pertama yang mengetahui tentang peredaran darah di dalam tubuh manusia. Namun sebenarnya yang ketika itu ramai saintis Eropah yang telah pun mengetahui bahawa saintis Islam bernama Ibnu Nafis Ali bin Abi al-Hazamal- Quraisy telah menulis tentang perkara tersebut 300 tahun lebih awal daripada Harvey.

-''Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal daging, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami jadikan ia makhluk (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah pencipta yang Paling Baik. ''-surah al-Mukminun:ayat 14

Friday, December 10, 2010

Pengetahuan am #1

lurzanstory

-Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.

-Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.

-Seekor lebah perlu menghisap 4000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.

-Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.

-Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m.

-Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.


-Babi betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap, dan selalunya dua belas.

-Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.

-Ayam jantan tidak berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.











-Anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malangnya baka 'bulldog' dan 'pit bulls' cuma ada 10. Oleh itu, mereka mudah disalah interpretasi oleh anjing-anjing lain menyebabkan perkelahian.

-Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya.

-Seekor kucing boleh berlari kira-kira 20 kilometer sejam ( 12 batu sejam ) apabila ia matang.

Monday, December 6, 2010

I LOVE CHOCOLATE.....!!


Serius I cakap yang I
memang suka coklat!! 
if I makan coklat 
mesti I akan happy!!
tak tau lah 
if coklat tak ada
dalam dunia ni..
mesti hidup I tak lengkap!!
apa-apa pun...

I LOVE U CHOCOLATE!!


 I hate sesiapa yang
tak suka coklat...!
(=P)

Wanita Mati Beranak Bertukar Menjadi Pontianak! #3

''Abang Wan... Siti rindu dengan Abang Wan....'' Suara itu dengaran begitu ganjil dan menggerunkan. Redzuan berdiri terpaku tidak bergerak-gerak. Menggeletar tubuh Redzuan mendengar suara itu. Memang dia kenal benar dengan suara tersebut. Suara itu ialah suara Siti, arwah isterinya.

''Bagaimana ini semua boleh terjadi?'' bisik hati hati kecil Redzuan. ''Tidak, tak mungkin. Siti sudah meninggal, tak mungkin dia masih berada di sini. Tak mungkin itu suaranya,'' keluh Redzuan dalam nada tidak percaya. Redzuan lebih terkejut apabila dia melihat seorang perempuan berdiri tercegat di tangga rumahnya sambil memandang wajahnya. Perempuan yang berdiri itu adalah arwah isterinya!


''Kau Siti? Kau hidup kembali? Tidak, kau bukan Siti, isteriku telah meninggal dunia. Kuburnya ada di sana. Aku sendiri bersama orang-orang kampung yang mengkebumikannya.... Tak mungkin kau Siti!!'' getus Redzuan.

''Betul Abang Wan. Aku Siti isterimu... Kau tak kenal lagi padaku? Lekas benar kau melupai diriku. Akulah Siti... Ha... Ha... Ha...!!!'' perempuan itu mengilai dengan suara yang menyeramkan.

Redzuan semakin takut. Tiba-tiba sahaja Siti yang berada di depannya itu telah berubah rupa. Sudah ada taring tumbuh dari mulutnya. Kulitnya juga sudah kelihatan seperti kulit orang yang tersangat tua. Rabutnya mengerbang. Lembaga itu terus menerkam Redzuan. Dipeluknya Redzuan dengan erat dan sekuat hati. Tidak berapa lama kemudian lembaga itu terbang meninggalkan mangsanya.

Esoknya ketika jiran-jiran hendak pergi kerja, dilihatnya Redzuan terbaling di depan rumahnya. Mereka memanggil penduduk kampung setelah mendapati Redzuan telah pun mati. Banyak darah keluar daripada lehernya dan didapati ada bekas gigitan di tempat tersebut.

Orang kampung percaya kesan gigitan tersebut berpunca daripada taring yang tajam. Jiran-jiran mengangkat mayat Redzuan dan membawanya ke atas rumah. Mereka kemudiannya segera menghubungi keluarga dan sanak saudara Redzuan dan memaklumkan kematian Redzuan. Turut hadir menziarahi jenazah Redzuan ialah Mak Suri, bidan kampung yang menyambut kelahiran anak arwah Siti, isteri Redzuan. Sementara itu orang ramai sibuk bercerita tentang kematian misteri Redzuan ada kaitannya dengan arwah isterinya yang sudah bertukar menjadi pontianak.

Kemungkinan perkara itu terjadi turut diakui Mak Suri. Dia percaya hal ini berlaku kerana sewaktu mayat isteri Redzuan dikebumikan dahulu, adat meletakkan telur di celah ketiaknya tidak dilakukan. Redzuan yang menjadi mangsa pontianak itu dikebumikan hari itu juga oleh penduduk kampung. Untuk tempoh dua minggu, penduduk kampung di situ tidak berani keluar atau berjalan malam. Mereka takutkan hantu pontianak itu. Lama-kelamaan cerita pontianak ini telah dilupakan penduduk di situ. Mak Suri kini berusia hampir 70 tahun. Dia pun sudah tidak berdaya lagi untuk membidankan wanita yang hendak melahirkan anak.

                                                                          TAMAT

Sunday, December 5, 2010

Cara melepaskan stress!

lurzanstory

Antara perkara yang saya selalu buat time stress is:

-pasang lagu kuat2 kat blik dan memekak.. Lepas kita memekak, kita akan dengar mak kita pulak memekak..

-makan peha ayam.. Bila kita makan, kita boleh lepaskan geram kat ayam tu dengan meratahnya..

- baca majalah ujang/apo.. If u allz baca majalah tu mesti u allz boleh lepaskan geram dengan ketawa kuat2 sampai pecah perut ..

-marah diri sendiri depan cermin.. Bayangkan kita marah orang yang wat kita marah..Tapi wat secara tertutup lah.. Tak lah org ingat kita gila..

-if anda ada teddy bear or ape2 jenis patung lah.. U allz bleh tumbuk patung tu sekuat ati anda.. Tapi jangan lah jadikan adik u allz sebagai teddy bear..

-perkara akhir yang i akan wat if i stress is tido.. Tido pun boleh melepaskan stress u know..

p/s: if u allz ada cara len tuk ilang kan stress, sudi2 lah berkongsi ok.. N then im begging u allz supaya jangan wat perkara2 yang pendek akal time u allz stress like bunuh diri.. Ingat..! Jangan buat..

Friday, December 3, 2010

Wanita Mati Beranak Bertukar Jadi Pontianak! #2

Namun sebaik sahaja daun pintu dikuak didapatinya tiada sesiapa pun di situ. Tiba-tiba sahaja suara tangisan itu juga sudah tidak kedengaran lagi. Seram juga Redzuan dibuatnya malam itu. Pada waktu itu dia melihat semua lampu di rumah-rumah jirannya sudah terpadam. Suasana sekeliling gelap. Mungkin mereka semuanya sudah tidur dan bermimpi yang indah-indah, bisik Redzuan sendirian. Redzuan masih duduk termenung memikirkan suara tangisan tadi. Dia dapat mengesan bahawa bunyi tangisan yang kedengaran itu seolah-oleh sepperti suara tangisan isterinya pada waktu hidupnya dulu. Seram sejuk Redzuan bila menyedari hal itu.

''mustahil tangisan itu suara isteriku. Dia sudah meninggal dunia lima hari yang lalu. Tak mungkin perkara ini boleh terjadi, '' bisik hati Redzuan. Sambil itu dia terus memerhati ke arah pintu yang terbuka tadi dengan ekor matanya. Lama juga Redzuan termenung. Suara tangisan tadi sudah tidak kedengaran lagi. Redzuan mula rasa mengantuk. Dia terus menuju ke biliknya lalu tidur. Secara kebetulan, de pejabat rakan-rakanya membuka topik mengenai pontianak. Pontianak itu kononnya berasal daripada perempuan yang mati beranak. Ketika itu barulah terfikir di hati Redzuan bahawa isterinya juga mati beranak.Mungkin apa yang diceritakan oleh rakan-rakannya berlaku juga pada arwah isterinya, fikir Redzuan. Namun dia masih tidak boleh menerima keadaan itu. Tak mungkin pada zaman moden ini masih ada hantu, kata Redzuan sendirian.

Malam jumaat, setelah selesai sembahyang Isyak, Redzuan duduk berehat dan menghabiskan masanya dengan membaca suratkabar. Sudah hampir sejam setengah dia membaca. Matanya masih belum rasa mengantuk. Tiba-tiba sahaja Redzuan terkejut. Dia terdengar bunyi suara perempuan menangis di depan rumahnya. Memang dia kenal benar dengan suara tangisan itu. Suara itu adalah suara tangisan isterinya.

''Tak mungkin....'' keluh Redzuan dengan perasaan berdebar. ''Isteriku sudah meninggal, tak mungkin isteriku masih hidup,'' kata hati Redzuan. Dia sudah merasa takut. Namun digagahinya juga untuk membuka pintu rumahnya itu. Dia mahu melihat sendiri siapakah gerangan yang menangis itu! Perlahan-lahan dibukannya daun pintu. Sebaik terbuka dilihatnya tiada sesiapa pun di luar sana.

Seperti dahulu, suara itu juga tidak kedengaran lagi. Susah juga hati Redzuan memikirkan suara tangisan itu. Lebih-lebih lagi suara itu kedengaran mirip suara isterinya. Sudah dua kali kejadian seperti itu berlaku. Redzuan melihat ke kiri kanan kawasan rumahnya.

Dia mendapati tiada sesiapa pun yang kelihatan di sekitar tempat itu. Yang dilihatnya, hanyalah pepohon ketapang dan manggis yang gelap-gelita di malam hari. Di penjuru kawasan rumah itu ada sepohon pokok rambutan yang besar. Pada waktu malam kawasan tersebut begitu gelap. Suasana ini amat menyerankan. Kanak-kanak yang balik daripada mengaji memang takut lalu di situ.

Sebaik sahaja Redzuan hendak masuk ke dalam rumahnya, tangisan itu kedengaran lagi. Redzuan keluar kembali. Dia cuba memastikan dari arah manakah datangnya bunyi suara tadi. Setelah diamat-amatinya Redzuan kemudiannya menyedari bahawa suara yang didengarnya itu datangnya dari arah pohon besar yang rimbun tadi.

Dia cuba memerhati ke arah tempat tersebut tetapi tidak nampak satu apa pun i situ. Tiba-tiba sahaja tangisan tadi tidak kedengaran lagi. Redzuan berasa lega. Ternyata kelegaannya hanya seketika sahaja. Redzuan terperanjat bila secara tiba-tiba dia terdengar suara perempuan memanggil namanya.

''Abang Wan.. Siti rindu dengan Abang Wan....''

BERSAMBUNG...

P/s: apakah yang akan terjadi dengan Redzuan?
Semua akan terjawab di episod akhir akan datang..

Wanita Mati Beranak Bertukar Jadi Pontianak! #1

lurzanstory

Mak Suri yang berusia 62 tahun merupakan seorang bidan kampung yang berdaftar dengan kerajaan. Sudah 25 beliau melakukan tugasnya sebagai bidan. Setiap kali ada wanita yang hendak melahirkan anak, Mak Suri akan bergegas pergi ke rumah orang itu. Orang nak beranak memang tak tentu hari. Ada kalanya siang dan ada kalanya malam. Waktunya juga tidak menentu. Kadang-kadang petang dan kadang- kadang subuh. Apa yang menariknya, Mak Suri tidak pernah menetapkan jumlah upah yang dikenakan terhadap perkhidmatannya. Bayar sahaja mengikut keikhlasan dan kemampuan keluar itu.

Disebabkan demikianlah ramai wanita mengandung tak kiralah Melayu, Cina dan India di kampung itu ingin dibidankan Mak Suri. Mak Suri sedia membantu sesiapa sahaja. Itulah sifat dan kelebihan orang tua ini. Suami Mak Suri telah lama meninggal dunia. Anak-anaknya pula sudah dewasa dan masing-masing sudah pun bekerja. Walaupun begitu, Mak Suri tidak pernah mengharapkan bantuan daripada anak-anaknya. Kalau ada anak-anaknya yang ingin memberi, beliau terima. Tidak pernah pula dia ingin meminta daripada mereka. Mak Suri tidak suka menyusahkan anak-anaknya.

Selama 25 tahun beliau menjadi bidak, pelbagai pengalaman telah Mak Suri hadapi. Di antara pengalaman tersebut termasuklah pengalaman membidankan seorang wanita yang mati beranak. Anak di dalam perutnya dapat dikeluarkan tetapi ibunya pula meninggal dunia. Sewaktu ingin dikeluarkan, anak tersebut berada dalam keadaan menyongsang.

Walaupun Mak Suri telah sedaya upaya cuba menyelamatkan nyawa ibu tersebut, tetapi sudah takdir dan sampai ajalnya, wanita itu meninggal dunia. Walau bagaimanapun, bayinya selamat. Menurut Mak Suri, wanita yang beranak sulung darahnya manis. Kalau darah manis selalulah mendapat keteguran daripada jin atau makhluk halus. Mereka ini memang selalu mengganggu wanita yang beranak sulung. Lebih-lebih lagi jenis jin daripada kumpulan pontianak.

Pontianak ini memang gemarkan wanita yang mati beranak. Sebab itulah waktu mengkebumikan wanita yang mati beranak, mereka akan dibekalkan dengan dua biji telur ayan dan diletakkan di celah ketiak mereka. Tetapi, hal ini tidak berlaku sewaktu mengebumikan wanita yang mati beranak yang dibidankan oleh Mak Suri ini. Mereka tidak membekalkan telur itu. Tak tahulah sama ada mereka terlupa atau tidak percaya terhadap kepercayaan tersebut.

Suami wanita yang mati beranak itu bernama Redzuan. Beliau berkelulusan universiti dan kini bekerja sebagai pegawai eksekutif di sebuah bank. Redzuan memang tidak mahu percaya segala cerita yang dianggapnya tahyul
dan karut. Bagi Redzuan, semuanya sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh dipercayai lagi.

Redzuan berasa amat menyesal kerana tidak sempat menghantar isterinya ke hospital. Pada pendapatnya kalaulah isterinya dapat bersalin di hospital, ada kemungkinan nyawa isterinya marih boleh diselamatkan. Di rana ada peralatan moden yang boleh mengesan dan bertindak cepat dan dengan itu nyawa seseorang ibu mungkin boleh diselamatkan.

Tidak seperti bidan kampung yang tidak mempunyai peralatan canggih. Walau bagaimanapun, akhirnya dia terpaksa juga menerima kenyataan itu. Baginya ini semua sudah suratan takdir. Sementara itu anaknya yang masih kecil itu dipelihara oleh kakak iparnya yang tinggal di kampung itu juga. Lima hari selepas kematian isteri Redzuan, satu kejadian aneh berlaku. Pada ruatu malam, ketika Redzuan sedang berehat di rumahnya, tiba-tiba sahaja dia terdengar bunyi suara perempuan menangis tidak jauh di depan pintu rumahnya. Redzuan segera bangun dan pergi membuka pintu depan rumahnya itu.

Namun sebaik sahaja daun pintu dikuak didapatinya......

BERSAMBUNG...


p/s: apakah yang dilihat oleh Redzuan? Akan terjawab di episod akan datang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: