Kerabat diRaja:

Saturday, November 6, 2010

Tidur Sekatil Dengan Makhluk Halus

lurzanstory

Pada malam itu semua ahli keluargaku masuk tidur awal. Oleh kerana tidak mengantuk, aku membaca sebuah novel seram dengan harapan dapat melelapkan mata.

Sedang asyik membaca sambil berbaring atas katil, aku terdengar bunyi geseran dari meja belajar yang terletak di sebelah kiriku. Aku hanya membiarkannya kerana menganggap itu hanyalah khayalan dan mungkin kakiku tertolaknya.

Bunyi geseran itu berlaku lagi. Kali ini lebih kuat. Aku tersentak dari pada pembacaan dan tiba-tiba terasa seram sejuk. Bulu romaku terasa berdiri. Aku tidak berani menoleh. Sekejap itu, aku terasa ada sesuatu ada sesuatu menumpang baring di sebelah kiri atas katilku.

Dalam keadaan takut, aku tidak lupa membaca beberapa potong ayat al-Quran. Namun mulutku terasa dikunci. Rasa kekuatan yang masih ada, aku gagahi beredar dari katil dan terus mendapatkan ibu bapaku.

Kerana rasa sangat takut, tanda disuruh aku terus menyelinap di atas katil ibu bapaku dan terus menyelubuni badan. Ibu yang sedang tidur nyenyak terjaga dan terkejut dengan kelakuan anehku. Kejadian anek yang kualami malam itu, aku ceritakan kepada ibu keesokan harinya. Persoalannya, adakah itu hanya ilusiku semata-mata atau ia benar-benar berlaku??

2 comments:

  1. haha..
    If kau dlm situasi dia ko x tkot ke..??
    Klu aq, aq tkot..
    Hahaha..
    Tp x lah sampai menyelinap msok kt ktil mak aq..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: