Kerabat diRaja:

Friday, November 5, 2010

Suamiku Milik Isteri Orang

lurzanstory

Sembilan tahun aku hidup bersamamu. Dua orang cahaya mata dikurniakan kepada kami. Namun banyak perkara yang aku tidak faham mengenaimu. Sejak sebelas bulan kebelakangan ni, kau berubah benar dengan tidak pulang ke rumah, tidak pedulikan aku dan anak-anak lagi. Bercakap di telefon pun tidak. Alasannya sibuk.

Satu hari aku didatangi seorang perempuan. Dia minta aku melepaskanmu kepadanya. Dia berterus terang atas keterlanjuran yang dilakukannya selama mereka tinggal bersama. Dia juga mengaku sedang berusaha meleraikan ikatan perkahwinannya daripada suaminya. Perasaan ku hancur-luruh. Bagai taufan yang ganas melanda. Aku begitu bodoh ketika itu.

Aku minta dikasihani demi dua anak yang masih kecil. Aku begitu sayang kepadanya. Bermadu puan aku sanggup. Namun segalanya sia-sia belaka. Suamiku memilih perempuan itu. Ya Allah ya Tuhanku, kuatkanlah imanku. Hanya kerana projdk jutaan ringgit yang kau perolehi dan kerana perempuan itu, kau buang aku dan anak-anak begitu saja. Sungguh kejam hatimu.

Kes ini kuadukan ke pejabat agama untuk tindakan selanjutnya, namun aduanku senyap begitu saja. Sekarang segala tanggungjawab terpikul di bahuku. Paling sukar apabila anakku menangis mahukan ayahnya. Hidup perlu diteruskan walau apapun keadaannya. Mujurlah aku berkerja, dapatlah aku menyara dua orang anakku dan ibuku yang sudah tua serta segala macam perbelanjaan lagi. Telah puas aku cuba untuk mengembalikan kau kepadaku. Aku cukup menderita... biarlah. Mungkin kau bukan milikku tetapi milik isteri orang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: