Kerabat diRaja:

Wednesday, November 3, 2010

Estate Sangkuara (episod 3)

Nadia: (hairan),Sangkuara? Apesal pelik sangt nama tmpat tu?

Hani: A'ah, tak pernah dengar pun..

Pn.Zizie: (senyum),sebab itulah saya nak kamu berlima pergi buat penyelidikan kat kawasan tu.. Menurut sedikit maklumat yang saya dapat, tempat itu sangat keras.. Maksud saya, tempat itu aneh dan berpuaka..

Marisa dan Hani pandang memandang

Marisa: Tempat tu ada orang tinggal ke puan?

Pn.Zizie: Ada,ada.. Kat sana ada sebuah kampung..

Marisa: Uhm.. Jadi kami semua nak tinggal kat mana nanti..?

Pn.Zizie: Emm.. Kat sana ada sebuah estate dan kamu semua akan tinggal dan tidur di sana.. Ha.. Sebelum saya lupa..

Pn.Zizie mengambil handbag nya lalu mengeluarkan sebuah kunci..

Pn.Zizie: Ini kunci rumah tu.. Sebelum tu, saya nak pilih seorang ketua untuk assignment kamu ni.. Emm, kalau saya pilih Marisa jadi ketua, setuju..?

Hani: Setuju...

Shaliza senyum menandakan setuju. Fiqa diam saja. Nadia mengangguk kepala..

Pn.Zizie: ok, kalau macam tu..

Pn.Zizie bangun lalu berjalan menuju ke marisa.

Pn.Zizie: kunci rumah ni saya serah kan kat kamu dan ini tugasan-tugasan yang perlu kamu buat kat sana..

Marisa: ok, thanks puan..

Pn.Zizie: emm...(melihat jam tangannya),nampaknya saya terpaksa pergi.. Kalau ada apa-apa masalah, just call me ok..?

Mereka semua mengangguk. Pn.zizie mengambil barangnya yang ada di atas meja lalu keluar dari dewan kuliah

Fiqa: emm.. Sha, saya nak keluar dulu lah, nak gi toilet..

Shaliza: eh, kita gi sesama lah.. Biar saya teman..

Fiqa: emm.. Tak pe lah, lagi puan saya nak bersendirian..

Shaliza: uhmm.. Ok lah kalau macam tu..

Fiqa bergegas keluar dari dewan kuliah.

LOBI KOLEJ

Fiqa jalan dengan laju. Dia memegang beberapa buah buku. Semasa fiqa nak belok, dia terlanggar seseorang..

Fiqa: (terkejut), ahh!

Hafiz: ops! Sory tak sengaja..

Fiqa: eh, tak pe.. Awak tak salah pun.. Saya yang tak nampak tadi(membetulkan cermin matanya)

hafiz baru perasan yang dia terlanggar fiqa.

Hafiz: eh Fiqa.. Nampak marisa tak?

Semantara itu ada seorang pensyarah wanita lalu, tiba-tiba seorang student menegur pensyarah itu.

Student: puan ila.. Puan ada nampak puan zizie tak?

Sementara itu fiqa membalas pertanyaan hafiz.

Fiqa: marisa? Dia dekat..(terdiam dan terkejut)

fiqa mendengar perbualan pensyarah dan student itu.

Puan Ila: puan zizie? Setahu saya pn.zizie dia.. Dia tak ada.. Dia m.c hari ni..

Student: ouh.. Kalau macam tu tak pe lah.. Terima kasih puan..

Pelajar dan pensyarah itu terus pergi.. Fiqa terdiam dan tak dapat meneruskan kata-katanya tadi..

Fiqa: (dalam hati), ya Allah..
Kalau betullah puan zizie tak ada.. Yang tadi tu siapa?
(menelan air liur)

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: