Kerabat diRaja:

Sunday, November 28, 2010

Akibat Suka Berkaraoke

lurzanstory

Aku suka berkaraoke. Hampir setiap malam aku ke situ dengan rakan-rakanku. Aku seperti ketagih, mempunyai wang atau tidak aku tidak peduli. Sanggup aku meminjam wang rakan-rakanku semata-mata untuk berkaraoke.

Suatu malam, aku memandu sendirian sambil mendengar lagu. Alah... Mengantuk pulak, bisik hatiku. Namun aku cuba menghilangkan dengan menguatkan radio.

Hujan turun renyai-renyai. Kelihatan kilat sabung-menyabung. Aku memandu berhati-hati.

Leka memandu, tiba-tiba di hadapanku kelihatan statu lembaga duduk di tepi jalan raya. Aku tidak dapat mengenali sama ada manusia ataupun binatang.

Aku memperlahankan pemanduan. Mungkinkah orang itu terbaring disebabkan kemalangan jalan raya? Patutkah aku menolongnya?

Dalam keadaan serba salah, tiba-tiba lembaga itu bangun dan terus melekat di hadapan cermin keretaku. Kelihatan wajahnya begitu mengerikan. Lendir dan darah membasahi cermin keretaku. Aku begitu terkejut. Peluh dingin mula membasahi bajuku.

Aku mengundurkan kereta. Harap-harap agar lembaga itu terjatuh. Aku berasa lega lembaga itu jatuh dan aku terus melanggarnya. Mungkin sudah mati, bisik hatiku. Hilang rasa takut.

Aku pun meneruskan perjalan. Tiba-tiba kelihatan semula lembaga tadi dengan wajah yang lebih hodoh di hadapan keretaku. Aku cuba melanggarnya. Kali ini aku gagal mengawal kenderaan dan terbabas.

Apabila aku sedar, rupa-rupanya aku terbaring di katik hospital. Kelihatan ibu sedang menangis. Aku kemalangan, katanya.

Aku sedih. Mulai saat itu aku bertekad tidak mahu lagi ke karaoke dan berjanji akan sentiasa di rumah menemani ibuku yang sudah tua.

Setelah ibuku keluar dari bilik pesakit. Aku tinggal keseorangan. Aku menoleh ke katil sebelah tetapi tiada orang. Tiba-tiba, katilku bergegar dengan kuat. Aku berasa takut. Keluar dua tangan dari bawah katil lalu memelukku. Tangan itu panjang dan bernanah.

Aku tidak boleh bergerak. Aku cuba menjerit tetapi suaraku tidak keluar. Ku menoleh ke arah katil sebelah dan muncul lembaga yang aku langgar dengan wajah yang sangat hodoh. Lembaga itu menghulurkan microfon kepadaku. 'jom nyanyi', katanya. Setelah itu lembaga tersebut hilang dengan ngilaian yang menakutkan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: