Kerabat diRaja:

Tuesday, November 30, 2010

Annoying person!

lurzanstory

Antara orang-orang yang annoying:

-orang yang kencing di tandas awam tetapi tidak menyiram air kencing n then orang tu tulis kat pintu tandas ''perhatian, kalau dah kencing tu siram lah''

-orang yang ditanya tidak menjawab walaupun sudah berulang kali ditanya.

-orang yang kita tidak kenali asek memandang kita lepas tu dia gelak tengok kita..

-orang yang kentut tetapi tidak mengaku dan menuduh orang lain.

-kawan yang datang dekat kita dan minum air kita sampai habis, sedangkan time tu kita tengah makan nasi lemak sambal lebih..

-orang yang meludahkan kahak dari tingkat atas bangunan yang bertujuan mengenakan orang yang lalu kat bawah.

-orang yang bercerita tentang jalan cerita movie yang kita tengok kat pawagam dengan kuat. Maybe orang tu da tngok dua kali kot..

-orang yang korek hidung dan mengesatkan jarinya ke baju orang lain.

-orang yang tiba-tiba buat muka taik kat depan kita time kita tengah solat.

-orang yang sengaja off tv time orang tengah syok tengok bola. Rasa macam nak terajang je orang macam ni.

Adakah anda salah satu di atas?? Haha.. Nasihat saya is jangan lah jadi annoying macam kat atas ni. Tak ada sape yang suka pun.

Sunday, November 28, 2010

Akibat Suka Berkaraoke

lurzanstory

Aku suka berkaraoke. Hampir setiap malam aku ke situ dengan rakan-rakanku. Aku seperti ketagih, mempunyai wang atau tidak aku tidak peduli. Sanggup aku meminjam wang rakan-rakanku semata-mata untuk berkaraoke.

Suatu malam, aku memandu sendirian sambil mendengar lagu. Alah... Mengantuk pulak, bisik hatiku. Namun aku cuba menghilangkan dengan menguatkan radio.

Hujan turun renyai-renyai. Kelihatan kilat sabung-menyabung. Aku memandu berhati-hati.

Leka memandu, tiba-tiba di hadapanku kelihatan statu lembaga duduk di tepi jalan raya. Aku tidak dapat mengenali sama ada manusia ataupun binatang.

Aku memperlahankan pemanduan. Mungkinkah orang itu terbaring disebabkan kemalangan jalan raya? Patutkah aku menolongnya?

Dalam keadaan serba salah, tiba-tiba lembaga itu bangun dan terus melekat di hadapan cermin keretaku. Kelihatan wajahnya begitu mengerikan. Lendir dan darah membasahi cermin keretaku. Aku begitu terkejut. Peluh dingin mula membasahi bajuku.

Aku mengundurkan kereta. Harap-harap agar lembaga itu terjatuh. Aku berasa lega lembaga itu jatuh dan aku terus melanggarnya. Mungkin sudah mati, bisik hatiku. Hilang rasa takut.

Aku pun meneruskan perjalan. Tiba-tiba kelihatan semula lembaga tadi dengan wajah yang lebih hodoh di hadapan keretaku. Aku cuba melanggarnya. Kali ini aku gagal mengawal kenderaan dan terbabas.

Apabila aku sedar, rupa-rupanya aku terbaring di katik hospital. Kelihatan ibu sedang menangis. Aku kemalangan, katanya.

Aku sedih. Mulai saat itu aku bertekad tidak mahu lagi ke karaoke dan berjanji akan sentiasa di rumah menemani ibuku yang sudah tua.

Setelah ibuku keluar dari bilik pesakit. Aku tinggal keseorangan. Aku menoleh ke katil sebelah tetapi tiada orang. Tiba-tiba, katilku bergegar dengan kuat. Aku berasa takut. Keluar dua tangan dari bawah katil lalu memelukku. Tangan itu panjang dan bernanah.

Aku tidak boleh bergerak. Aku cuba menjerit tetapi suaraku tidak keluar. Ku menoleh ke arah katil sebelah dan muncul lembaga yang aku langgar dengan wajah yang sangat hodoh. Lembaga itu menghulurkan microfon kepadaku. 'jom nyanyi', katanya. Setelah itu lembaga tersebut hilang dengan ngilaian yang menakutkan.

Tamat.

Saturday, November 27, 2010

senang tapi susah!

lurzanstory

kadang-kadang, ada beberapa soalan yang mudah untuk kita jawab tetapi sukar untuk kita kemukakan jawapan bagi soalan yang diberi.. Antaranya ialah:

Anda penah tak kecing kat dalam kolam dan terminum air kolam selepas terkencing?
Maybe after kita dengar soalan tu pasti kita akan tergamam seketika.. Dalam otak kita mesti antara nak jawab or tak.. Kadang-kadang macam nk lepuk je kepala orang yang bagi soalan tu! Bagi saya, baik kita jawab dengan sejujurnya.. Tak payah la nak propa sangat.. Haha..
Jawapan:
emm.. Penah kot, yelah da tak tahan sangat kn, so i kencing je la dalam kolam tu.. Terminum pun penah, tapi time menyelam lah..Bak kata peribahasa melayu, sambil menyelam minum air.. ; p

soalan kedua:
(soalan bagi lelaki)
weh, ko puasa penuh ke tahun ni?
Haaaa.. Ape nak jawab? Takot la tu.. Hehehe.. Saya tau.. Bukan semua lelaki x puasa penuh kn? Sebilangan sahaja.. Bila dorang dengar soalan ni mesti dorang rasa takot-takot nak jawab.. Perasaan gelabah,cuak, takut semua ada.. Rasa nak terkencing pun ade.. Tu lah, pandai ponteng puasa, pandai2 la jawab.. Antara golongan lelaki yang suka ponteng puasa ialah laki yang kesangapan ngan rokok.. Tapi tu hak dorang lah kan.. Pandai2 la dorang ganti puasa..

P/s: haaa.. Pada sesiapa yang terasa saya minta maaf la ye.. And bg sape2 terkena ngn situasi di atas harap banyak la.. Berterus terang..

Friday, November 26, 2010

TIME TO SPM!!

Macam tak caye je yg aq tngah spm.. Dulu aq asek dngar je orang len spm.. Tp skrang gliran aq.. Macam2 prasaan yg aq rse.. Gemuruh, exctd, tkot, n mcm2 lg lh.. Smua org kte spm 2 pnting.. Tp aq x tau lg sejauh mana kepntingn nya.. Mybe 1day aq akn rse bnda tu.. Yg pnting skarang aq just buat yg trbaek n termampu.. Sebenarnya aq x bersediapun nk mnghdapi spm ni.. Tp aq yakin yg aq psti boleh buat.. Bila time spm ni la mcm2 dugaan yg menimpa.. Sakit kepala lh, anak buah memekak lh, parents suruh tu suruh ni lh, n time ni jgak bnyk cte menarik kt tv tu.. Aku ni jenis yg ske tngok tv.. Hmm.. Wlau ape pun aq tetap sbar dngan smua tu.. Mybe tuhan nk tngok sejauh mana kesbaran aq.. Aq just berdoa kt tuhan supaya aq akn dpt result yg cemerlang.. Kepada anda yg sma2 mnduduki spm taun ini, smoga berjaya ok..

Saturday, November 6, 2010

Tidur Sekatil Dengan Makhluk Halus

lurzanstory

Pada malam itu semua ahli keluargaku masuk tidur awal. Oleh kerana tidak mengantuk, aku membaca sebuah novel seram dengan harapan dapat melelapkan mata.

Sedang asyik membaca sambil berbaring atas katil, aku terdengar bunyi geseran dari meja belajar yang terletak di sebelah kiriku. Aku hanya membiarkannya kerana menganggap itu hanyalah khayalan dan mungkin kakiku tertolaknya.

Bunyi geseran itu berlaku lagi. Kali ini lebih kuat. Aku tersentak dari pada pembacaan dan tiba-tiba terasa seram sejuk. Bulu romaku terasa berdiri. Aku tidak berani menoleh. Sekejap itu, aku terasa ada sesuatu ada sesuatu menumpang baring di sebelah kiri atas katilku.

Dalam keadaan takut, aku tidak lupa membaca beberapa potong ayat al-Quran. Namun mulutku terasa dikunci. Rasa kekuatan yang masih ada, aku gagahi beredar dari katil dan terus mendapatkan ibu bapaku.

Kerana rasa sangat takut, tanda disuruh aku terus menyelinap di atas katil ibu bapaku dan terus menyelubuni badan. Ibu yang sedang tidur nyenyak terjaga dan terkejut dengan kelakuan anehku. Kejadian anek yang kualami malam itu, aku ceritakan kepada ibu keesokan harinya. Persoalannya, adakah itu hanya ilusiku semata-mata atau ia benar-benar berlaku??

Friday, November 5, 2010

Suamiku Milik Isteri Orang

lurzanstory

Sembilan tahun aku hidup bersamamu. Dua orang cahaya mata dikurniakan kepada kami. Namun banyak perkara yang aku tidak faham mengenaimu. Sejak sebelas bulan kebelakangan ni, kau berubah benar dengan tidak pulang ke rumah, tidak pedulikan aku dan anak-anak lagi. Bercakap di telefon pun tidak. Alasannya sibuk.

Satu hari aku didatangi seorang perempuan. Dia minta aku melepaskanmu kepadanya. Dia berterus terang atas keterlanjuran yang dilakukannya selama mereka tinggal bersama. Dia juga mengaku sedang berusaha meleraikan ikatan perkahwinannya daripada suaminya. Perasaan ku hancur-luruh. Bagai taufan yang ganas melanda. Aku begitu bodoh ketika itu.

Aku minta dikasihani demi dua anak yang masih kecil. Aku begitu sayang kepadanya. Bermadu puan aku sanggup. Namun segalanya sia-sia belaka. Suamiku memilih perempuan itu. Ya Allah ya Tuhanku, kuatkanlah imanku. Hanya kerana projdk jutaan ringgit yang kau perolehi dan kerana perempuan itu, kau buang aku dan anak-anak begitu saja. Sungguh kejam hatimu.

Kes ini kuadukan ke pejabat agama untuk tindakan selanjutnya, namun aduanku senyap begitu saja. Sekarang segala tanggungjawab terpikul di bahuku. Paling sukar apabila anakku menangis mahukan ayahnya. Hidup perlu diteruskan walau apapun keadaannya. Mujurlah aku berkerja, dapatlah aku menyara dua orang anakku dan ibuku yang sudah tua serta segala macam perbelanjaan lagi. Telah puas aku cuba untuk mengembalikan kau kepadaku. Aku cukup menderita... biarlah. Mungkin kau bukan milikku tetapi milik isteri orang.

Thursday, November 4, 2010

kelakar penawar duka 5

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuan yang diidam-idamkannya, iaitu kemalangan. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah terbenam di kepalanya. Menurut doktor, nyawa mat rempit itu dalam bahaya. Kalau besi karat itu mencucuk otak mat rempit tersebut, kioklah jawabnya. Kalau tak kena, selamat...

Mendengar penjelasan doktor itu, bapa mat rempit berkenaan berkata: ''saya tau, anak saya ni akan selamat sebab besi tu pasti tak kena otaknya.''

Doktor berasa kagum dengan keyakinan si bapa itu. Lalu doktor itu pun bertanya:''Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan insya-Allah pun pak cik tak sebut??

Jawab si bapa:''Masakan besi itu boleh mencucuk otaknya sebab dia memang TAK ADA OTAK! Kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja b***h lagi berbahaya ini! Buat abis duit aku aja anto belajor! Balik ni aku nak bakor motor dia!''

p/s: alahai mak rempit.. Tak sayang nyawa ke?
Jangan kita merempit ea.. Buruk padah nya.. Memang btol lah apa pak cik tu ckap.. Mat rempit memang tak ada otak! So i sarankan u allz sayang nyawa sndri ok..

Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan

Jika anda fikir anda tewas
Anda akan tewas
Jika anda fikir anda takut
Anda akan takut
Jika anda ingin menang
Tapi anda fikir anda tidak boleh
Besar kemungkinan anda tak akan menang
Jika anda fikir anda kalah
Anda akan kalah
Kerana di dunia ini anda akan temui
Kejayaan bermula dari pemikiran insan
Semuanya tertanam dalam mindanya
Jika anda fikir anda akan tersisih
Anda akan tersisih
Anda patut yakin pada diri sendiri
Sebelum anda boleh menang
Perjuangan hidup tidak semestinya berpihak kepada insan yang kuat dan pantas.
Lambat laun, insan yang menang ialah

INSAN YANG BERFIKIR DIA BOLEH

Dare To Fail

- The more you do, the more you fail. The more you fail, the more you learn. The more you learn, the better you get.

-many people see all the bad and deny the good, or they see all good and deny the bad. To reach your potential, you mus see both.

-many people life's failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.

-99'/. of the failures come from people who have the habit of making excuses.

- only those who do nothing make no mistakes.

- failure is only a detour on the road of success.

- i honestly think it is better to be a failure at something you love than to be a success at something you hate.

- each failing experience is a step closer to success.

- just because something doesn't do what you planned it to do, doesn't mean it's useless.

-we often learn more from failure than success.

LARA Perhiasan (episod 3)

11 TAHUN KEMUDIAN
RUMAH SHUZI

putri berlari masuk ke dalam rumah shuzi sambil memegang sehelai kertas..

Putri: cik....!! Tngok ni..

Shuzi keluar dari dapur.

Shuzi: tengok apa..? (melihat kertas itu), haaaa?? Ya Allah...

Putri: cik tngok lah betol-betol..

Shuzi: ye ye, cik tngok.. Tahniah putri.. Tak sia-sia kamu belajar selama ni..
Kamu dapat 9a.. Cik bangga dengan kamu,putri..

Putri: terima kasih cik.. Semua ni pun berkat doa cik untuk putri..

Shuzi: dan berkat usaha kamu selama ni..(senyum), kalau ibu kamu nampak kejayaan kamu ni mesti dia bangga..

Putri: dah la cik, jangan sebut pasal pempuan tu.. Putri tak nak dengar..

Shuzi: putri.. Tak baik kamu cakap macam tu..

Putri: apa yang tak baik? Yang dia tinggal kan putri selama ni baik sangat ke?

Shuzi: putri...

Putri: dah la cik, kejayaan putri hanya untuk cik dan putri je.. Bukan untuk orang lain.. Termasuk perempuan tu..

Putri terus naik ke tangga lalu menuju ke bilik nya..

Shuzi: putri-putri.. (senyum sinis dan menaik kan sebelah keningnya)

Bilik Putri

putri masuk ke biliknya lalu duduk di atas katil..

Putri: aku benci kau.. Kalau boleh aku tak nak ingat kau lagi.. Sebab kau pun tak pernah nak ingat aku..

Air mata putri mengalir di pipinya..

Keesokkannya

tit tit!!(bunyi hon)

shuzi bergegas keluar rumah dan melihat ada postman..

Shuzi: kejap! Eh.. Abang Daha..

Shuzi mendekati postman itu.

Shuzi: surat untuk Shuzi ke?

Daha: tak, dia tulis kat sini...untuk putri..

Shuzi:ouh.. Bak sini.. Ingatkan untuk shuzi.. Cuba abang cek.. Manalah tau surat shuzi terselit kat mana-mana ke?

Daha: ish.. Tak ada lah.. Dah lah.. Abang nak pergi dah ni.. Bye..

Shuzi: ala abang ni.. Bye.. Lain kali datang lagi ye!

Shuzi masuk ke dalam rumah..

Shuzi: putri..! Ada surat untuk kamu ni ha..

Putri: kejap cik..

Putri turun dari tangga.

Putri: mana?

Shuzi: nah..

Putri: aik.. Dah tebuka dah.. Cik dah baca ea?

Shuzi: eh, tak lah.. Mana ada..

Putri: emm.. Tak pe..

Putri melihat surat itu.

Putri: hah? Biar betul..?


BERSAMBUNG...

P/s: apekah yang terkandung dalam surat itu?
Adakah surat itu mengandungi berita baik atau buruk?
Semua itu akan terjawab dalam episod akan datang..

Wednesday, November 3, 2010

Estate Sangkuara (episod 3)

Nadia: (hairan),Sangkuara? Apesal pelik sangt nama tmpat tu?

Hani: A'ah, tak pernah dengar pun..

Pn.Zizie: (senyum),sebab itulah saya nak kamu berlima pergi buat penyelidikan kat kawasan tu.. Menurut sedikit maklumat yang saya dapat, tempat itu sangat keras.. Maksud saya, tempat itu aneh dan berpuaka..

Marisa dan Hani pandang memandang

Marisa: Tempat tu ada orang tinggal ke puan?

Pn.Zizie: Ada,ada.. Kat sana ada sebuah kampung..

Marisa: Uhm.. Jadi kami semua nak tinggal kat mana nanti..?

Pn.Zizie: Emm.. Kat sana ada sebuah estate dan kamu semua akan tinggal dan tidur di sana.. Ha.. Sebelum saya lupa..

Pn.Zizie mengambil handbag nya lalu mengeluarkan sebuah kunci..

Pn.Zizie: Ini kunci rumah tu.. Sebelum tu, saya nak pilih seorang ketua untuk assignment kamu ni.. Emm, kalau saya pilih Marisa jadi ketua, setuju..?

Hani: Setuju...

Shaliza senyum menandakan setuju. Fiqa diam saja. Nadia mengangguk kepala..

Pn.Zizie: ok, kalau macam tu..

Pn.Zizie bangun lalu berjalan menuju ke marisa.

Pn.Zizie: kunci rumah ni saya serah kan kat kamu dan ini tugasan-tugasan yang perlu kamu buat kat sana..

Marisa: ok, thanks puan..

Pn.Zizie: emm...(melihat jam tangannya),nampaknya saya terpaksa pergi.. Kalau ada apa-apa masalah, just call me ok..?

Mereka semua mengangguk. Pn.zizie mengambil barangnya yang ada di atas meja lalu keluar dari dewan kuliah

Fiqa: emm.. Sha, saya nak keluar dulu lah, nak gi toilet..

Shaliza: eh, kita gi sesama lah.. Biar saya teman..

Fiqa: emm.. Tak pe lah, lagi puan saya nak bersendirian..

Shaliza: uhmm.. Ok lah kalau macam tu..

Fiqa bergegas keluar dari dewan kuliah.

LOBI KOLEJ

Fiqa jalan dengan laju. Dia memegang beberapa buah buku. Semasa fiqa nak belok, dia terlanggar seseorang..

Fiqa: (terkejut), ahh!

Hafiz: ops! Sory tak sengaja..

Fiqa: eh, tak pe.. Awak tak salah pun.. Saya yang tak nampak tadi(membetulkan cermin matanya)

hafiz baru perasan yang dia terlanggar fiqa.

Hafiz: eh Fiqa.. Nampak marisa tak?

Semantara itu ada seorang pensyarah wanita lalu, tiba-tiba seorang student menegur pensyarah itu.

Student: puan ila.. Puan ada nampak puan zizie tak?

Sementara itu fiqa membalas pertanyaan hafiz.

Fiqa: marisa? Dia dekat..(terdiam dan terkejut)

fiqa mendengar perbualan pensyarah dan student itu.

Puan Ila: puan zizie? Setahu saya pn.zizie dia.. Dia tak ada.. Dia m.c hari ni..

Student: ouh.. Kalau macam tu tak pe lah.. Terima kasih puan..

Pelajar dan pensyarah itu terus pergi.. Fiqa terdiam dan tak dapat meneruskan kata-katanya tadi..

Fiqa: (dalam hati), ya Allah..
Kalau betullah puan zizie tak ada.. Yang tadi tu siapa?
(menelan air liur)

BERSAMBUNG...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: