Kerabat diRaja:

Wednesday, September 15, 2010

Ketawa penawar duka 3

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, Mamat singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu Mamat nak beli. Ketika sedang mencari barang, tiba-tiba perut Mamat terasa memulas. Mamat pun terus bergegas ke tandas yang terdekat.

Dalam tandas itu ada dua bilik air. Mamat pun kunci pintu. Baru saja Mamat duduk, tiba-tiba Mamat terdengar orang dari sebelah bersuara, "Haa, macam mana sekarang?"
Mamat diam.
"Haa..macam mana sekarang!" orang itu bertanya lagi.

Mamat bukan suka nak berbual dengan orang yang dia tak kenal, tapi untuk tidak menghampakannya, Mamat balas juga, "Okey gaklah" Kemudian suara tu bertanya lagi, "Kau nak gi mana ni?"

Mamat mula rasa musykil...tapi Mamat balas, "Aku nak balik Ipoh,singgah sini nak beli barang sikit."
Suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni?" Jawab Mamat, "Lepas aku beli barang sikit, aku caulah."

Kemudia Mamat terdengar lagi suara orang di sebelah itu berkata, "Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kau kau, budak sengal sebelah aku ni asyij jawab aja..!!"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: