Kerabat diRaja:

Sunday, December 19, 2010

Ketawa Penawar Duka 6

Datuk Dan Nenek

Sepasang orang tua datang ke restoran Mc Donald dengan saling berpegangan tangan. Mereka duduk di sebuah bangku panjang berdua, di samping seorang anak muda.

Si datuk segera berdiri dan memesan makanan, sebiji hamburger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman.

Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagikan hamburger menjadi 2 bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua straw minuman, meletakkan gelas minuman tepat di tengah meja.

Si anak muda memerhatikan tingkah laku sepasang datuk nenek itu dengan penuh minat. Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan. Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata:

''Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?''

Sidatuk menjawab: ''tak payah, terima kasih. Kami memang selalu berkongsi makanan yang sama''

Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tisu, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya.

Si anak muda mendekat lagi, kali ini berkata: ''Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tak suka yang ini?''

Si nenek menjawab: ''tidak terima kasih..''

terus si anak muda bertanya lagi, ''kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?''

Kata si nenek: ''saya sedang menunggu gigi... Giliran saya selepas datuk..!

lurzanstory

Monday, December 13, 2010

Fakta menarik tentang darah

lurzanstory

-Ketika dilahirkan, hanya ada secawan darah saja dalam tubuh kita.

-Darah membentuk 7 peratus daripada berat badan manusia.

-Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula mencari, menyerang dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh, terutamanya bakteria. Nanah sebenarnya berasal daripada sel neutrofil (yang membentuk 65-75 peratus daripada darah putih) yang mati selepas membunuh kuman.

-Satu pain darah yang anda dermakan cukup untuk menyelamatkan tiga nyawa lain.

-Susu lembu dicampur darah adalah salah satu makanan kesukaan masyarakat Masai di Afrika.

-Orang Moche (Peru), Scythia (Greek) dan nomad di Rusia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam peperangan sebagai lambang keberanian dan kegagahan.

-Terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah dari luka seorang manusia lain.

-Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah dalam tubuh seorang lelaki manakala perempuan, 3.8 hingga 5.7 liter.

-Pada 1928, William Harvey (1578-1657) dari Universiti Cambridge telah diisytiharkan sebagai manusia pertama yang mengetahui tentang peredaran darah di dalam tubuh manusia. Namun sebenarnya yang ketika itu ramai saintis Eropah yang telah pun mengetahui bahawa saintis Islam bernama Ibnu Nafis Ali bin Abi al-Hazamal- Quraisy telah menulis tentang perkara tersebut 300 tahun lebih awal daripada Harvey.

-''Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal daging, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami jadikan ia makhluk (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah pencipta yang Paling Baik. ''-surah al-Mukminun:ayat 14

Friday, December 10, 2010

Pengetahuan am #1

lurzanstory

-Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.

-Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.

-Seekor lebah perlu menghisap 4000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.

-Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.

-Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m.

-Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.


-Babi betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap, dan selalunya dua belas.

-Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.

-Ayam jantan tidak berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.











-Anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malangnya baka 'bulldog' dan 'pit bulls' cuma ada 10. Oleh itu, mereka mudah disalah interpretasi oleh anjing-anjing lain menyebabkan perkelahian.

-Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya.

-Seekor kucing boleh berlari kira-kira 20 kilometer sejam ( 12 batu sejam ) apabila ia matang.

Monday, December 6, 2010

I LOVE CHOCOLATE.....!!


Serius I cakap yang I
memang suka coklat!! 
if I makan coklat 
mesti I akan happy!!
tak tau lah 
if coklat tak ada
dalam dunia ni..
mesti hidup I tak lengkap!!
apa-apa pun...

I LOVE U CHOCOLATE!!


 I hate sesiapa yang
tak suka coklat...!
(=P)

Wanita Mati Beranak Bertukar Menjadi Pontianak! #3

''Abang Wan... Siti rindu dengan Abang Wan....'' Suara itu dengaran begitu ganjil dan menggerunkan. Redzuan berdiri terpaku tidak bergerak-gerak. Menggeletar tubuh Redzuan mendengar suara itu. Memang dia kenal benar dengan suara tersebut. Suara itu ialah suara Siti, arwah isterinya.

''Bagaimana ini semua boleh terjadi?'' bisik hati hati kecil Redzuan. ''Tidak, tak mungkin. Siti sudah meninggal, tak mungkin dia masih berada di sini. Tak mungkin itu suaranya,'' keluh Redzuan dalam nada tidak percaya. Redzuan lebih terkejut apabila dia melihat seorang perempuan berdiri tercegat di tangga rumahnya sambil memandang wajahnya. Perempuan yang berdiri itu adalah arwah isterinya!


''Kau Siti? Kau hidup kembali? Tidak, kau bukan Siti, isteriku telah meninggal dunia. Kuburnya ada di sana. Aku sendiri bersama orang-orang kampung yang mengkebumikannya.... Tak mungkin kau Siti!!'' getus Redzuan.

''Betul Abang Wan. Aku Siti isterimu... Kau tak kenal lagi padaku? Lekas benar kau melupai diriku. Akulah Siti... Ha... Ha... Ha...!!!'' perempuan itu mengilai dengan suara yang menyeramkan.

Redzuan semakin takut. Tiba-tiba sahaja Siti yang berada di depannya itu telah berubah rupa. Sudah ada taring tumbuh dari mulutnya. Kulitnya juga sudah kelihatan seperti kulit orang yang tersangat tua. Rabutnya mengerbang. Lembaga itu terus menerkam Redzuan. Dipeluknya Redzuan dengan erat dan sekuat hati. Tidak berapa lama kemudian lembaga itu terbang meninggalkan mangsanya.

Esoknya ketika jiran-jiran hendak pergi kerja, dilihatnya Redzuan terbaling di depan rumahnya. Mereka memanggil penduduk kampung setelah mendapati Redzuan telah pun mati. Banyak darah keluar daripada lehernya dan didapati ada bekas gigitan di tempat tersebut.

Orang kampung percaya kesan gigitan tersebut berpunca daripada taring yang tajam. Jiran-jiran mengangkat mayat Redzuan dan membawanya ke atas rumah. Mereka kemudiannya segera menghubungi keluarga dan sanak saudara Redzuan dan memaklumkan kematian Redzuan. Turut hadir menziarahi jenazah Redzuan ialah Mak Suri, bidan kampung yang menyambut kelahiran anak arwah Siti, isteri Redzuan. Sementara itu orang ramai sibuk bercerita tentang kematian misteri Redzuan ada kaitannya dengan arwah isterinya yang sudah bertukar menjadi pontianak.

Kemungkinan perkara itu terjadi turut diakui Mak Suri. Dia percaya hal ini berlaku kerana sewaktu mayat isteri Redzuan dikebumikan dahulu, adat meletakkan telur di celah ketiaknya tidak dilakukan. Redzuan yang menjadi mangsa pontianak itu dikebumikan hari itu juga oleh penduduk kampung. Untuk tempoh dua minggu, penduduk kampung di situ tidak berani keluar atau berjalan malam. Mereka takutkan hantu pontianak itu. Lama-kelamaan cerita pontianak ini telah dilupakan penduduk di situ. Mak Suri kini berusia hampir 70 tahun. Dia pun sudah tidak berdaya lagi untuk membidankan wanita yang hendak melahirkan anak.

                                                                          TAMAT

Sunday, December 5, 2010

Cara melepaskan stress!

lurzanstory

Antara perkara yang saya selalu buat time stress is:

-pasang lagu kuat2 kat blik dan memekak.. Lepas kita memekak, kita akan dengar mak kita pulak memekak..

-makan peha ayam.. Bila kita makan, kita boleh lepaskan geram kat ayam tu dengan meratahnya..

- baca majalah ujang/apo.. If u allz baca majalah tu mesti u allz boleh lepaskan geram dengan ketawa kuat2 sampai pecah perut ..

-marah diri sendiri depan cermin.. Bayangkan kita marah orang yang wat kita marah..Tapi wat secara tertutup lah.. Tak lah org ingat kita gila..

-if anda ada teddy bear or ape2 jenis patung lah.. U allz bleh tumbuk patung tu sekuat ati anda.. Tapi jangan lah jadikan adik u allz sebagai teddy bear..

-perkara akhir yang i akan wat if i stress is tido.. Tido pun boleh melepaskan stress u know..

p/s: if u allz ada cara len tuk ilang kan stress, sudi2 lah berkongsi ok.. N then im begging u allz supaya jangan wat perkara2 yang pendek akal time u allz stress like bunuh diri.. Ingat..! Jangan buat..

Friday, December 3, 2010

Wanita Mati Beranak Bertukar Jadi Pontianak! #2

Namun sebaik sahaja daun pintu dikuak didapatinya tiada sesiapa pun di situ. Tiba-tiba sahaja suara tangisan itu juga sudah tidak kedengaran lagi. Seram juga Redzuan dibuatnya malam itu. Pada waktu itu dia melihat semua lampu di rumah-rumah jirannya sudah terpadam. Suasana sekeliling gelap. Mungkin mereka semuanya sudah tidur dan bermimpi yang indah-indah, bisik Redzuan sendirian. Redzuan masih duduk termenung memikirkan suara tangisan tadi. Dia dapat mengesan bahawa bunyi tangisan yang kedengaran itu seolah-oleh sepperti suara tangisan isterinya pada waktu hidupnya dulu. Seram sejuk Redzuan bila menyedari hal itu.

''mustahil tangisan itu suara isteriku. Dia sudah meninggal dunia lima hari yang lalu. Tak mungkin perkara ini boleh terjadi, '' bisik hati Redzuan. Sambil itu dia terus memerhati ke arah pintu yang terbuka tadi dengan ekor matanya. Lama juga Redzuan termenung. Suara tangisan tadi sudah tidak kedengaran lagi. Redzuan mula rasa mengantuk. Dia terus menuju ke biliknya lalu tidur. Secara kebetulan, de pejabat rakan-rakanya membuka topik mengenai pontianak. Pontianak itu kononnya berasal daripada perempuan yang mati beranak. Ketika itu barulah terfikir di hati Redzuan bahawa isterinya juga mati beranak.Mungkin apa yang diceritakan oleh rakan-rakannya berlaku juga pada arwah isterinya, fikir Redzuan. Namun dia masih tidak boleh menerima keadaan itu. Tak mungkin pada zaman moden ini masih ada hantu, kata Redzuan sendirian.

Malam jumaat, setelah selesai sembahyang Isyak, Redzuan duduk berehat dan menghabiskan masanya dengan membaca suratkabar. Sudah hampir sejam setengah dia membaca. Matanya masih belum rasa mengantuk. Tiba-tiba sahaja Redzuan terkejut. Dia terdengar bunyi suara perempuan menangis di depan rumahnya. Memang dia kenal benar dengan suara tangisan itu. Suara itu adalah suara tangisan isterinya.

''Tak mungkin....'' keluh Redzuan dengan perasaan berdebar. ''Isteriku sudah meninggal, tak mungkin isteriku masih hidup,'' kata hati Redzuan. Dia sudah merasa takut. Namun digagahinya juga untuk membuka pintu rumahnya itu. Dia mahu melihat sendiri siapakah gerangan yang menangis itu! Perlahan-lahan dibukannya daun pintu. Sebaik terbuka dilihatnya tiada sesiapa pun di luar sana.

Seperti dahulu, suara itu juga tidak kedengaran lagi. Susah juga hati Redzuan memikirkan suara tangisan itu. Lebih-lebih lagi suara itu kedengaran mirip suara isterinya. Sudah dua kali kejadian seperti itu berlaku. Redzuan melihat ke kiri kanan kawasan rumahnya.

Dia mendapati tiada sesiapa pun yang kelihatan di sekitar tempat itu. Yang dilihatnya, hanyalah pepohon ketapang dan manggis yang gelap-gelita di malam hari. Di penjuru kawasan rumah itu ada sepohon pokok rambutan yang besar. Pada waktu malam kawasan tersebut begitu gelap. Suasana ini amat menyerankan. Kanak-kanak yang balik daripada mengaji memang takut lalu di situ.

Sebaik sahaja Redzuan hendak masuk ke dalam rumahnya, tangisan itu kedengaran lagi. Redzuan keluar kembali. Dia cuba memastikan dari arah manakah datangnya bunyi suara tadi. Setelah diamat-amatinya Redzuan kemudiannya menyedari bahawa suara yang didengarnya itu datangnya dari arah pohon besar yang rimbun tadi.

Dia cuba memerhati ke arah tempat tersebut tetapi tidak nampak satu apa pun i situ. Tiba-tiba sahaja tangisan tadi tidak kedengaran lagi. Redzuan berasa lega. Ternyata kelegaannya hanya seketika sahaja. Redzuan terperanjat bila secara tiba-tiba dia terdengar suara perempuan memanggil namanya.

''Abang Wan.. Siti rindu dengan Abang Wan....''

BERSAMBUNG...

P/s: apakah yang akan terjadi dengan Redzuan?
Semua akan terjawab di episod akhir akan datang..

Wanita Mati Beranak Bertukar Jadi Pontianak! #1

lurzanstory

Mak Suri yang berusia 62 tahun merupakan seorang bidan kampung yang berdaftar dengan kerajaan. Sudah 25 beliau melakukan tugasnya sebagai bidan. Setiap kali ada wanita yang hendak melahirkan anak, Mak Suri akan bergegas pergi ke rumah orang itu. Orang nak beranak memang tak tentu hari. Ada kalanya siang dan ada kalanya malam. Waktunya juga tidak menentu. Kadang-kadang petang dan kadang- kadang subuh. Apa yang menariknya, Mak Suri tidak pernah menetapkan jumlah upah yang dikenakan terhadap perkhidmatannya. Bayar sahaja mengikut keikhlasan dan kemampuan keluar itu.

Disebabkan demikianlah ramai wanita mengandung tak kiralah Melayu, Cina dan India di kampung itu ingin dibidankan Mak Suri. Mak Suri sedia membantu sesiapa sahaja. Itulah sifat dan kelebihan orang tua ini. Suami Mak Suri telah lama meninggal dunia. Anak-anaknya pula sudah dewasa dan masing-masing sudah pun bekerja. Walaupun begitu, Mak Suri tidak pernah mengharapkan bantuan daripada anak-anaknya. Kalau ada anak-anaknya yang ingin memberi, beliau terima. Tidak pernah pula dia ingin meminta daripada mereka. Mak Suri tidak suka menyusahkan anak-anaknya.

Selama 25 tahun beliau menjadi bidak, pelbagai pengalaman telah Mak Suri hadapi. Di antara pengalaman tersebut termasuklah pengalaman membidankan seorang wanita yang mati beranak. Anak di dalam perutnya dapat dikeluarkan tetapi ibunya pula meninggal dunia. Sewaktu ingin dikeluarkan, anak tersebut berada dalam keadaan menyongsang.

Walaupun Mak Suri telah sedaya upaya cuba menyelamatkan nyawa ibu tersebut, tetapi sudah takdir dan sampai ajalnya, wanita itu meninggal dunia. Walau bagaimanapun, bayinya selamat. Menurut Mak Suri, wanita yang beranak sulung darahnya manis. Kalau darah manis selalulah mendapat keteguran daripada jin atau makhluk halus. Mereka ini memang selalu mengganggu wanita yang beranak sulung. Lebih-lebih lagi jenis jin daripada kumpulan pontianak.

Pontianak ini memang gemarkan wanita yang mati beranak. Sebab itulah waktu mengkebumikan wanita yang mati beranak, mereka akan dibekalkan dengan dua biji telur ayan dan diletakkan di celah ketiak mereka. Tetapi, hal ini tidak berlaku sewaktu mengebumikan wanita yang mati beranak yang dibidankan oleh Mak Suri ini. Mereka tidak membekalkan telur itu. Tak tahulah sama ada mereka terlupa atau tidak percaya terhadap kepercayaan tersebut.

Suami wanita yang mati beranak itu bernama Redzuan. Beliau berkelulusan universiti dan kini bekerja sebagai pegawai eksekutif di sebuah bank. Redzuan memang tidak mahu percaya segala cerita yang dianggapnya tahyul
dan karut. Bagi Redzuan, semuanya sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh dipercayai lagi.

Redzuan berasa amat menyesal kerana tidak sempat menghantar isterinya ke hospital. Pada pendapatnya kalaulah isterinya dapat bersalin di hospital, ada kemungkinan nyawa isterinya marih boleh diselamatkan. Di rana ada peralatan moden yang boleh mengesan dan bertindak cepat dan dengan itu nyawa seseorang ibu mungkin boleh diselamatkan.

Tidak seperti bidan kampung yang tidak mempunyai peralatan canggih. Walau bagaimanapun, akhirnya dia terpaksa juga menerima kenyataan itu. Baginya ini semua sudah suratan takdir. Sementara itu anaknya yang masih kecil itu dipelihara oleh kakak iparnya yang tinggal di kampung itu juga. Lima hari selepas kematian isteri Redzuan, satu kejadian aneh berlaku. Pada ruatu malam, ketika Redzuan sedang berehat di rumahnya, tiba-tiba sahaja dia terdengar bunyi suara perempuan menangis tidak jauh di depan pintu rumahnya. Redzuan segera bangun dan pergi membuka pintu depan rumahnya itu.

Namun sebaik sahaja daun pintu dikuak didapatinya......

BERSAMBUNG...


p/s: apakah yang dilihat oleh Redzuan? Akan terjawab di episod akan datang...

Tuesday, November 30, 2010

Annoying person!

lurzanstory

Antara orang-orang yang annoying:

-orang yang kencing di tandas awam tetapi tidak menyiram air kencing n then orang tu tulis kat pintu tandas ''perhatian, kalau dah kencing tu siram lah''

-orang yang ditanya tidak menjawab walaupun sudah berulang kali ditanya.

-orang yang kita tidak kenali asek memandang kita lepas tu dia gelak tengok kita..

-orang yang kentut tetapi tidak mengaku dan menuduh orang lain.

-kawan yang datang dekat kita dan minum air kita sampai habis, sedangkan time tu kita tengah makan nasi lemak sambal lebih..

-orang yang meludahkan kahak dari tingkat atas bangunan yang bertujuan mengenakan orang yang lalu kat bawah.

-orang yang bercerita tentang jalan cerita movie yang kita tengok kat pawagam dengan kuat. Maybe orang tu da tngok dua kali kot..

-orang yang korek hidung dan mengesatkan jarinya ke baju orang lain.

-orang yang tiba-tiba buat muka taik kat depan kita time kita tengah solat.

-orang yang sengaja off tv time orang tengah syok tengok bola. Rasa macam nak terajang je orang macam ni.

Adakah anda salah satu di atas?? Haha.. Nasihat saya is jangan lah jadi annoying macam kat atas ni. Tak ada sape yang suka pun.

Sunday, November 28, 2010

Akibat Suka Berkaraoke

lurzanstory

Aku suka berkaraoke. Hampir setiap malam aku ke situ dengan rakan-rakanku. Aku seperti ketagih, mempunyai wang atau tidak aku tidak peduli. Sanggup aku meminjam wang rakan-rakanku semata-mata untuk berkaraoke.

Suatu malam, aku memandu sendirian sambil mendengar lagu. Alah... Mengantuk pulak, bisik hatiku. Namun aku cuba menghilangkan dengan menguatkan radio.

Hujan turun renyai-renyai. Kelihatan kilat sabung-menyabung. Aku memandu berhati-hati.

Leka memandu, tiba-tiba di hadapanku kelihatan statu lembaga duduk di tepi jalan raya. Aku tidak dapat mengenali sama ada manusia ataupun binatang.

Aku memperlahankan pemanduan. Mungkinkah orang itu terbaring disebabkan kemalangan jalan raya? Patutkah aku menolongnya?

Dalam keadaan serba salah, tiba-tiba lembaga itu bangun dan terus melekat di hadapan cermin keretaku. Kelihatan wajahnya begitu mengerikan. Lendir dan darah membasahi cermin keretaku. Aku begitu terkejut. Peluh dingin mula membasahi bajuku.

Aku mengundurkan kereta. Harap-harap agar lembaga itu terjatuh. Aku berasa lega lembaga itu jatuh dan aku terus melanggarnya. Mungkin sudah mati, bisik hatiku. Hilang rasa takut.

Aku pun meneruskan perjalan. Tiba-tiba kelihatan semula lembaga tadi dengan wajah yang lebih hodoh di hadapan keretaku. Aku cuba melanggarnya. Kali ini aku gagal mengawal kenderaan dan terbabas.

Apabila aku sedar, rupa-rupanya aku terbaring di katik hospital. Kelihatan ibu sedang menangis. Aku kemalangan, katanya.

Aku sedih. Mulai saat itu aku bertekad tidak mahu lagi ke karaoke dan berjanji akan sentiasa di rumah menemani ibuku yang sudah tua.

Setelah ibuku keluar dari bilik pesakit. Aku tinggal keseorangan. Aku menoleh ke katil sebelah tetapi tiada orang. Tiba-tiba, katilku bergegar dengan kuat. Aku berasa takut. Keluar dua tangan dari bawah katil lalu memelukku. Tangan itu panjang dan bernanah.

Aku tidak boleh bergerak. Aku cuba menjerit tetapi suaraku tidak keluar. Ku menoleh ke arah katil sebelah dan muncul lembaga yang aku langgar dengan wajah yang sangat hodoh. Lembaga itu menghulurkan microfon kepadaku. 'jom nyanyi', katanya. Setelah itu lembaga tersebut hilang dengan ngilaian yang menakutkan.

Tamat.

Saturday, November 27, 2010

senang tapi susah!

lurzanstory

kadang-kadang, ada beberapa soalan yang mudah untuk kita jawab tetapi sukar untuk kita kemukakan jawapan bagi soalan yang diberi.. Antaranya ialah:

Anda penah tak kecing kat dalam kolam dan terminum air kolam selepas terkencing?
Maybe after kita dengar soalan tu pasti kita akan tergamam seketika.. Dalam otak kita mesti antara nak jawab or tak.. Kadang-kadang macam nk lepuk je kepala orang yang bagi soalan tu! Bagi saya, baik kita jawab dengan sejujurnya.. Tak payah la nak propa sangat.. Haha..
Jawapan:
emm.. Penah kot, yelah da tak tahan sangat kn, so i kencing je la dalam kolam tu.. Terminum pun penah, tapi time menyelam lah..Bak kata peribahasa melayu, sambil menyelam minum air.. ; p

soalan kedua:
(soalan bagi lelaki)
weh, ko puasa penuh ke tahun ni?
Haaaa.. Ape nak jawab? Takot la tu.. Hehehe.. Saya tau.. Bukan semua lelaki x puasa penuh kn? Sebilangan sahaja.. Bila dorang dengar soalan ni mesti dorang rasa takot-takot nak jawab.. Perasaan gelabah,cuak, takut semua ada.. Rasa nak terkencing pun ade.. Tu lah, pandai ponteng puasa, pandai2 la jawab.. Antara golongan lelaki yang suka ponteng puasa ialah laki yang kesangapan ngan rokok.. Tapi tu hak dorang lah kan.. Pandai2 la dorang ganti puasa..

P/s: haaa.. Pada sesiapa yang terasa saya minta maaf la ye.. And bg sape2 terkena ngn situasi di atas harap banyak la.. Berterus terang..

Friday, November 26, 2010

TIME TO SPM!!

Macam tak caye je yg aq tngah spm.. Dulu aq asek dngar je orang len spm.. Tp skrang gliran aq.. Macam2 prasaan yg aq rse.. Gemuruh, exctd, tkot, n mcm2 lg lh.. Smua org kte spm 2 pnting.. Tp aq x tau lg sejauh mana kepntingn nya.. Mybe 1day aq akn rse bnda tu.. Yg pnting skarang aq just buat yg trbaek n termampu.. Sebenarnya aq x bersediapun nk mnghdapi spm ni.. Tp aq yakin yg aq psti boleh buat.. Bila time spm ni la mcm2 dugaan yg menimpa.. Sakit kepala lh, anak buah memekak lh, parents suruh tu suruh ni lh, n time ni jgak bnyk cte menarik kt tv tu.. Aku ni jenis yg ske tngok tv.. Hmm.. Wlau ape pun aq tetap sbar dngan smua tu.. Mybe tuhan nk tngok sejauh mana kesbaran aq.. Aq just berdoa kt tuhan supaya aq akn dpt result yg cemerlang.. Kepada anda yg sma2 mnduduki spm taun ini, smoga berjaya ok..

Saturday, November 6, 2010

Tidur Sekatil Dengan Makhluk Halus

lurzanstory

Pada malam itu semua ahli keluargaku masuk tidur awal. Oleh kerana tidak mengantuk, aku membaca sebuah novel seram dengan harapan dapat melelapkan mata.

Sedang asyik membaca sambil berbaring atas katil, aku terdengar bunyi geseran dari meja belajar yang terletak di sebelah kiriku. Aku hanya membiarkannya kerana menganggap itu hanyalah khayalan dan mungkin kakiku tertolaknya.

Bunyi geseran itu berlaku lagi. Kali ini lebih kuat. Aku tersentak dari pada pembacaan dan tiba-tiba terasa seram sejuk. Bulu romaku terasa berdiri. Aku tidak berani menoleh. Sekejap itu, aku terasa ada sesuatu ada sesuatu menumpang baring di sebelah kiri atas katilku.

Dalam keadaan takut, aku tidak lupa membaca beberapa potong ayat al-Quran. Namun mulutku terasa dikunci. Rasa kekuatan yang masih ada, aku gagahi beredar dari katil dan terus mendapatkan ibu bapaku.

Kerana rasa sangat takut, tanda disuruh aku terus menyelinap di atas katil ibu bapaku dan terus menyelubuni badan. Ibu yang sedang tidur nyenyak terjaga dan terkejut dengan kelakuan anehku. Kejadian anek yang kualami malam itu, aku ceritakan kepada ibu keesokan harinya. Persoalannya, adakah itu hanya ilusiku semata-mata atau ia benar-benar berlaku??

Friday, November 5, 2010

Suamiku Milik Isteri Orang

lurzanstory

Sembilan tahun aku hidup bersamamu. Dua orang cahaya mata dikurniakan kepada kami. Namun banyak perkara yang aku tidak faham mengenaimu. Sejak sebelas bulan kebelakangan ni, kau berubah benar dengan tidak pulang ke rumah, tidak pedulikan aku dan anak-anak lagi. Bercakap di telefon pun tidak. Alasannya sibuk.

Satu hari aku didatangi seorang perempuan. Dia minta aku melepaskanmu kepadanya. Dia berterus terang atas keterlanjuran yang dilakukannya selama mereka tinggal bersama. Dia juga mengaku sedang berusaha meleraikan ikatan perkahwinannya daripada suaminya. Perasaan ku hancur-luruh. Bagai taufan yang ganas melanda. Aku begitu bodoh ketika itu.

Aku minta dikasihani demi dua anak yang masih kecil. Aku begitu sayang kepadanya. Bermadu puan aku sanggup. Namun segalanya sia-sia belaka. Suamiku memilih perempuan itu. Ya Allah ya Tuhanku, kuatkanlah imanku. Hanya kerana projdk jutaan ringgit yang kau perolehi dan kerana perempuan itu, kau buang aku dan anak-anak begitu saja. Sungguh kejam hatimu.

Kes ini kuadukan ke pejabat agama untuk tindakan selanjutnya, namun aduanku senyap begitu saja. Sekarang segala tanggungjawab terpikul di bahuku. Paling sukar apabila anakku menangis mahukan ayahnya. Hidup perlu diteruskan walau apapun keadaannya. Mujurlah aku berkerja, dapatlah aku menyara dua orang anakku dan ibuku yang sudah tua serta segala macam perbelanjaan lagi. Telah puas aku cuba untuk mengembalikan kau kepadaku. Aku cukup menderita... biarlah. Mungkin kau bukan milikku tetapi milik isteri orang.

Thursday, November 4, 2010

kelakar penawar duka 5

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuan yang diidam-idamkannya, iaitu kemalangan. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah terbenam di kepalanya. Menurut doktor, nyawa mat rempit itu dalam bahaya. Kalau besi karat itu mencucuk otak mat rempit tersebut, kioklah jawabnya. Kalau tak kena, selamat...

Mendengar penjelasan doktor itu, bapa mat rempit berkenaan berkata: ''saya tau, anak saya ni akan selamat sebab besi tu pasti tak kena otaknya.''

Doktor berasa kagum dengan keyakinan si bapa itu. Lalu doktor itu pun bertanya:''Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan insya-Allah pun pak cik tak sebut??

Jawab si bapa:''Masakan besi itu boleh mencucuk otaknya sebab dia memang TAK ADA OTAK! Kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja b***h lagi berbahaya ini! Buat abis duit aku aja anto belajor! Balik ni aku nak bakor motor dia!''

p/s: alahai mak rempit.. Tak sayang nyawa ke?
Jangan kita merempit ea.. Buruk padah nya.. Memang btol lah apa pak cik tu ckap.. Mat rempit memang tak ada otak! So i sarankan u allz sayang nyawa sndri ok..

Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan

Jika anda fikir anda tewas
Anda akan tewas
Jika anda fikir anda takut
Anda akan takut
Jika anda ingin menang
Tapi anda fikir anda tidak boleh
Besar kemungkinan anda tak akan menang
Jika anda fikir anda kalah
Anda akan kalah
Kerana di dunia ini anda akan temui
Kejayaan bermula dari pemikiran insan
Semuanya tertanam dalam mindanya
Jika anda fikir anda akan tersisih
Anda akan tersisih
Anda patut yakin pada diri sendiri
Sebelum anda boleh menang
Perjuangan hidup tidak semestinya berpihak kepada insan yang kuat dan pantas.
Lambat laun, insan yang menang ialah

INSAN YANG BERFIKIR DIA BOLEH

Dare To Fail

- The more you do, the more you fail. The more you fail, the more you learn. The more you learn, the better you get.

-many people see all the bad and deny the good, or they see all good and deny the bad. To reach your potential, you mus see both.

-many people life's failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.

-99'/. of the failures come from people who have the habit of making excuses.

- only those who do nothing make no mistakes.

- failure is only a detour on the road of success.

- i honestly think it is better to be a failure at something you love than to be a success at something you hate.

- each failing experience is a step closer to success.

- just because something doesn't do what you planned it to do, doesn't mean it's useless.

-we often learn more from failure than success.

LARA Perhiasan (episod 3)

11 TAHUN KEMUDIAN
RUMAH SHUZI

putri berlari masuk ke dalam rumah shuzi sambil memegang sehelai kertas..

Putri: cik....!! Tngok ni..

Shuzi keluar dari dapur.

Shuzi: tengok apa..? (melihat kertas itu), haaaa?? Ya Allah...

Putri: cik tngok lah betol-betol..

Shuzi: ye ye, cik tngok.. Tahniah putri.. Tak sia-sia kamu belajar selama ni..
Kamu dapat 9a.. Cik bangga dengan kamu,putri..

Putri: terima kasih cik.. Semua ni pun berkat doa cik untuk putri..

Shuzi: dan berkat usaha kamu selama ni..(senyum), kalau ibu kamu nampak kejayaan kamu ni mesti dia bangga..

Putri: dah la cik, jangan sebut pasal pempuan tu.. Putri tak nak dengar..

Shuzi: putri.. Tak baik kamu cakap macam tu..

Putri: apa yang tak baik? Yang dia tinggal kan putri selama ni baik sangat ke?

Shuzi: putri...

Putri: dah la cik, kejayaan putri hanya untuk cik dan putri je.. Bukan untuk orang lain.. Termasuk perempuan tu..

Putri terus naik ke tangga lalu menuju ke bilik nya..

Shuzi: putri-putri.. (senyum sinis dan menaik kan sebelah keningnya)

Bilik Putri

putri masuk ke biliknya lalu duduk di atas katil..

Putri: aku benci kau.. Kalau boleh aku tak nak ingat kau lagi.. Sebab kau pun tak pernah nak ingat aku..

Air mata putri mengalir di pipinya..

Keesokkannya

tit tit!!(bunyi hon)

shuzi bergegas keluar rumah dan melihat ada postman..

Shuzi: kejap! Eh.. Abang Daha..

Shuzi mendekati postman itu.

Shuzi: surat untuk Shuzi ke?

Daha: tak, dia tulis kat sini...untuk putri..

Shuzi:ouh.. Bak sini.. Ingatkan untuk shuzi.. Cuba abang cek.. Manalah tau surat shuzi terselit kat mana-mana ke?

Daha: ish.. Tak ada lah.. Dah lah.. Abang nak pergi dah ni.. Bye..

Shuzi: ala abang ni.. Bye.. Lain kali datang lagi ye!

Shuzi masuk ke dalam rumah..

Shuzi: putri..! Ada surat untuk kamu ni ha..

Putri: kejap cik..

Putri turun dari tangga.

Putri: mana?

Shuzi: nah..

Putri: aik.. Dah tebuka dah.. Cik dah baca ea?

Shuzi: eh, tak lah.. Mana ada..

Putri: emm.. Tak pe..

Putri melihat surat itu.

Putri: hah? Biar betul..?


BERSAMBUNG...

P/s: apekah yang terkandung dalam surat itu?
Adakah surat itu mengandungi berita baik atau buruk?
Semua itu akan terjawab dalam episod akan datang..

Wednesday, November 3, 2010

Estate Sangkuara (episod 3)

Nadia: (hairan),Sangkuara? Apesal pelik sangt nama tmpat tu?

Hani: A'ah, tak pernah dengar pun..

Pn.Zizie: (senyum),sebab itulah saya nak kamu berlima pergi buat penyelidikan kat kawasan tu.. Menurut sedikit maklumat yang saya dapat, tempat itu sangat keras.. Maksud saya, tempat itu aneh dan berpuaka..

Marisa dan Hani pandang memandang

Marisa: Tempat tu ada orang tinggal ke puan?

Pn.Zizie: Ada,ada.. Kat sana ada sebuah kampung..

Marisa: Uhm.. Jadi kami semua nak tinggal kat mana nanti..?

Pn.Zizie: Emm.. Kat sana ada sebuah estate dan kamu semua akan tinggal dan tidur di sana.. Ha.. Sebelum saya lupa..

Pn.Zizie mengambil handbag nya lalu mengeluarkan sebuah kunci..

Pn.Zizie: Ini kunci rumah tu.. Sebelum tu, saya nak pilih seorang ketua untuk assignment kamu ni.. Emm, kalau saya pilih Marisa jadi ketua, setuju..?

Hani: Setuju...

Shaliza senyum menandakan setuju. Fiqa diam saja. Nadia mengangguk kepala..

Pn.Zizie: ok, kalau macam tu..

Pn.Zizie bangun lalu berjalan menuju ke marisa.

Pn.Zizie: kunci rumah ni saya serah kan kat kamu dan ini tugasan-tugasan yang perlu kamu buat kat sana..

Marisa: ok, thanks puan..

Pn.Zizie: emm...(melihat jam tangannya),nampaknya saya terpaksa pergi.. Kalau ada apa-apa masalah, just call me ok..?

Mereka semua mengangguk. Pn.zizie mengambil barangnya yang ada di atas meja lalu keluar dari dewan kuliah

Fiqa: emm.. Sha, saya nak keluar dulu lah, nak gi toilet..

Shaliza: eh, kita gi sesama lah.. Biar saya teman..

Fiqa: emm.. Tak pe lah, lagi puan saya nak bersendirian..

Shaliza: uhmm.. Ok lah kalau macam tu..

Fiqa bergegas keluar dari dewan kuliah.

LOBI KOLEJ

Fiqa jalan dengan laju. Dia memegang beberapa buah buku. Semasa fiqa nak belok, dia terlanggar seseorang..

Fiqa: (terkejut), ahh!

Hafiz: ops! Sory tak sengaja..

Fiqa: eh, tak pe.. Awak tak salah pun.. Saya yang tak nampak tadi(membetulkan cermin matanya)

hafiz baru perasan yang dia terlanggar fiqa.

Hafiz: eh Fiqa.. Nampak marisa tak?

Semantara itu ada seorang pensyarah wanita lalu, tiba-tiba seorang student menegur pensyarah itu.

Student: puan ila.. Puan ada nampak puan zizie tak?

Sementara itu fiqa membalas pertanyaan hafiz.

Fiqa: marisa? Dia dekat..(terdiam dan terkejut)

fiqa mendengar perbualan pensyarah dan student itu.

Puan Ila: puan zizie? Setahu saya pn.zizie dia.. Dia tak ada.. Dia m.c hari ni..

Student: ouh.. Kalau macam tu tak pe lah.. Terima kasih puan..

Pelajar dan pensyarah itu terus pergi.. Fiqa terdiam dan tak dapat meneruskan kata-katanya tadi..

Fiqa: (dalam hati), ya Allah..
Kalau betullah puan zizie tak ada.. Yang tadi tu siapa?
(menelan air liur)

BERSAMBUNG...

Monday, October 18, 2010

cinta hingga akhir hayat 2..


Saya sedih sangat...
Tak tau nak cakap macam mana..

Sampai sekarang saya masih simpan  lagi liontin yang dia hadiah kan
kat saya dulu...

Tapi saya mungkin tak perlukannya lagi..
Sebab dia pun tak perlukan saya..
 

Seminggu lepas tu..
datang sorang perempuan..
Perempuan tu lah yang saya nampak
dengan dia ari tu....
Saya terkejut sangat bila tengok dia pakai liontin
yang saya buang...
 

Baru lah saya tau yang Lili ni adik dia..
Lili datang sebab nak bagi balik liontin tu..
dan dia datang
 nak bagi tau something..

Lili kata selama kami tak jumpa dia dekat hospital..
dia kena barah otak..
terok sangat..
Lili bagi tau yang dia ada datang jumpa saya malam tu..
saya tak tau pulak..
jadi saya tanyak Lili..
"mana hafiz?"

Kalau lah saya sabar sikit je lagi..
mesti saya dapat jumpa dia buat kali terakhir..
Cinta dia dengan saya memang sampai akhir hayat..
"saya sayang awak sangat-sangat Hafiz,
untuk selamanya.."
 

Ketawa Penawar Duka 4

Udin adalah mat rempit paling ganas di kampungnya, Kampung Tualang Empat. Walaupun motosikalnya buruk, tapi akibat keterorannya menggodek enjin motosikal itu, maka jadilah Udin raja rempit.

Udin boleh cilok dalam pokok getah, Udin juga boleh cilok dalam sawah. Siapa berlumba dengan Udin, pasti makan asap punyalah.. Siapa kat Udin tak pernah tergolek atar jalan. Pernaaaah. Sepanjang keriernya sebagai mat rempit, dah 13 kali udin menyelanak atas jalan raya. Tapi nyawanya liat betul.

Disebabkan kebrutalannya itu, tiada siapa berani naik motor dengan Udin. Kecuali neneknya. Itupun kerang terpaksa, kerang hari itu neneknya hendak ke klinik sebab demam panas. Kebetulan masa itu tiada di rumah, maka hendak tak hendak, nenek Udin terpaksa naik motosikalnya. Lalu berkatalah Udin si raja rempit..

Udin: okey nek, pegang kuat-kuat ya...nanti jatuh!
Nenek: iyolah Din oii, nenek dah pogang kuek-kuek la ni ha...
Udin: jangan lupa pegang kuat-kuat ya, nek!!!Udin nak rempit ni!! (udin mengingatkan lagi)
Nenek: yolah, yolah, yolaaahhh! Nenek dah pogang kuek la nh, apo ekau takut sangat.?
Udin: kalau macam tu, kita blah ya, nek?
Nenek: yolah, lagi copek sampai klinik, lagi baguih. Kepalo nenek dah poning ni aaa...

Lalu Udin pun merempit motornya. PREETTTT!!! Tapi, seketika itu juga terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!! Udin terperanjat, lalu dia pun menoleh ke belakang, dan ternampak neneknya terbaring atas tanah. Si nenek meraung ''aduih, aduihhh!!!''

Udin: lah, macam mana boleh jatuh ni,nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknya?
Nenek: nenek dah pogang kuek-kuek dah tadi!!
Udin: nenek pegang kat mana?
Nenek: kek pagar rumah.

Kejadian itu menyebabkan nenek Udin patah pinggang. Udin terus insaf tidak mahu jadi mat rempit lagi sebab neneknyalah yang membelanya semasa kecil dulu, sebab bapanya kerja askar, selalu bawa ibunya pindah kem. Udin kini melanjutkan pelajarannya di Politeknik mara dalam bidang jahitan. Neneknya pula lumuh separuh badan. Motosikal udin dah kena bakar dengan bapaknya.

Saturday, September 18, 2010

Justin Bieber - One Time

Justin Bieber - Somebody To Love Remix ft. Usher

Friday, September 17, 2010

Kami 1 Malaysia






Hai..ni classmates aku.. aku kenal
mereka baru je seminggu..

Ini pula kawan-kawan aku dari class lain..
Wan tu orang sabah..
dan Mat pula orang penang..

Satu hari semasa aku sedang berjalan dengan Raju..
aku terserempak dengan Wan dan Mat..

Wan: Wah, si Hafiz kawan dengan India lah..
locoknya jugak..haha...(locok=kelakar)

Mat: Hahaha.. betul tu.. memang kelaka lah hang
ni Hafiz, awat hang kawan ngan India..
memalukan sungguh naa.. hahaha.. lebih beik hang
ikut ja kitorang ni ha..

Hafiz: Eh,korang.. emmm.. aku.. aku.. yelah..


Aku pun ikutlah Wan dan Mat...
Tinggallah Raju kesorangan disitu..
Macam-macam perasaan yang ada dalam hati
aku ketika itu..
Aku berasa malu depan kawan-kawan ku dan aku juga
rasa bersalah dan simpati dengan Raju..

Keesokkan harinya aku berjumpa dengan Raju untuk
minta maaf..

Hafiz: Raju.. aku.. aku nak minta maaf pasal semalam..
aku tau yang aku tak patut buat kau macam tu..

Raju: aiyo.. bukan kamu malu mau kawan sama saya
ka?? pergi.. pergi.. nanti, kawan kamu nampak sama
kita, dia gelak saja.. po, po da..

Aku pun pergi dari situ dengan perasaan kecewa..

Lepas tu Kuan datang jumpa Raju..

Kuan: Aiya Raju.. wa dengar-dengar lo.. lu sula gadoh
sama itu Hapiz.. beto ka?

Raju: hmmm.. Malas mau cakap sama itu hal..

Kuan: Aiya.. cakap saja ma.. kita juga kawan meh..
apa sula jadi sampai mau gadoh-gadoh
ini macam..??

Raju: Itu Hafiz la.. kawan malu sama saya..
kawan-kawan dia kalau nampak sama
kita.. mesti ketawa saja..

Kuan: Aiya.. itu macam meh.. dia tara minta maap
sama lu ka?

Raju: Ada juga.. tapi saya hati makan lah..
mahal jual sama dia..

Kuan: Looo.. lu cakap pun sula salah meh..
buat apa mau jual mahal ma..
dia sula minta maaf sama lu..
lu maap kan saja laaa..
tara susah ini hal..

Raju: Hmm.. yala,yala.. nanti saya jumpa sama
itu Hafiz.. saya minta maaf sama dia..


Semasa saya sedang berjalan dengan Wan dan Mat, Raju
datang jumpa saya..



                         Raju: Hafiz! Hafiz!

Hafiz: Eh Raju.. alamak apsal kau nak jumpa
aku ni..??
 

Raju: Satu sekolah saya cari sama kamu..
saya datang mau minta..

Hafiz: Eh Raju.. kau pergi lahh..nanti jelah kau
cakap.. pergi.. pergi..

Raju kecewa sangat dengan aku.. aku tau aku
salah..tapi aku juga tak nak malu..

Lepas tu aku pun pergi ke toilet..
Aku terkejut bila Mat ajak aku
untuk hisap rokok..

Mat: Nah, hang amek la satu..
hang kalau nak jadi kawan kami,
hang kena hisap rokok..

Wan: Betul tu.. ko cuba jak bah.. apa
jugak ko mau takut..

Hafiz: Tapi,tapi.. aku..

Tiba-tiba cikgu sop yus datang..dia cikgu disiplin..

En.Sop Yus: Haaa! Ni kerja korang ye...! merokok dalam
tandas....!

Mat: Opocot mak hang..! Alamak..

Wan: Aduh..kantoi sudah..

Hafiz: Tapi cikgu saya..

En.Sop Yus: Takde tapi-tapi...! Saya nak
kamu semua ikut saya pergi pejabat...!
Sekarang!!

Raju: Haha.. muka padan sama kamu
semua.. hihi..
ama apa ye kerpek...



Kami bertiga pun kena denda..
kami kena berjemur di padang..
time tu memang panas giler..

Wan: Aduh, panasnya jugak..endak tahan
aku bah..(endak=tak)

Mat: Hang ingat, hang ja yang panas..
cek pon panas jugok..

Hafiz: Aku dah tak tahan dah ni.. aku dah
tak nampak apa-apa..

Aku terus pitam tak sedarkan diri.

Bila aku sedar-sedar je aku dah ada kat
tempat lain..
Ruranya aku kat hospital.. Aku pensan selama dua
hari.. aku memang ada penyakit tak
boleh kena panas..
Aku sedikit pilu kerana kawan-kawan ku tak
datang melawat...



Tiba-tiba Raju dan Kuan datang..
aku terkejut bila mereka datang..
malu aku dengan Raju..
Walau pun aku dah banyak sakitkan
hati dia,dia nak juga melawat aku..

Hafiz: Eh Raju,Kuan..
Kuan: Hai Hapiz, sula ok meh..?

Hafiz: Emmm.. dah ok dah. Raju, aku..
aku nak minta maaf kat kau?

Raju: Eh, tara pa.. saya salah juga..
saya yang bagi tau sama itu cigu itu hari..
Sory haa..

Hafiz: tak apa lah Raju.. semuapun dah lepas..

Kuan: Ini macam lah.. kawan balik..
manyak bagus.. emm.. Wan sama Mat
ada melawat u ka?

Hafiz: Emmm.. tak..





Tidak lama lepas tu Wan dan Mat datang..
aku happy sangat..

            Hafiz: Eh Wan, Mat. ingat korang tak datang...

Wan: Kami datang ni mau minta maaf dengan
kau.. 

Mat: a'ah..cek tau, sebab cek hang jadi lagu ni..
cek minta maaf naa..

Hafiz: tak apa lah.. lagi pun aku dah ok dah..
aku maafkan..

Wan: emm.. Raju, aku pun mau minta maaf dengan kau..

Mat: cek juga..

Raju: tarapa,tarapa.. sudah lupa juga itu hal..


Kami semua pun berbaik dan menjadi kawan rapat..

Kuan: Aiya.. why mau malu kawan sama lain bangsa meh..?
Kita duduk satu bumbung juga ma.. lagi pun kita semuakan..

Semua: 1 Malaysia.. hahahaha...



P/s: Happy Malaysian Day u ols.. kenapa nak malu berkawan dengan agama lain? mereka juga manusia macam kita.. Berkawan lah dengan sesiapa saja walaupun berlain warna kulit, bangsa, agama mahupun keturunan.. Sebab kita semua; 

1  MALAYSIA!



Thursday, September 16, 2010

LARA Perhiasan (episod 2)

Puteri:Ibu, apa yang jadi kat ibu ni..?

                          Surizan memegang kepalanya yang terhantuk di almari lalu dia bangun dan terus duduk di atas katil. 


Surizan: Ibu tak pape sayang.. Puteri, Puteri harus ingat..walau apapun yang terjadi..kita tak baleh berpisah..


Puteri: Baik ibu, Puteri sayang ibu..


                         Keesokkan harinya, Puteri bangun dari tidur.. Puteri tidur sebilik dengan ibunya.
Puteri melihat sekeliling, ibunya tidak kelihatan. Puteri terlihat sekeping surat di letakkan di atas meja solek. Puteri terus membaca surat itu.


                         "puteri,ibu terpaksa pergi.. ada benda penting yang mak harus lakukan. Ibu mintak maaf sangat-sangat sebab terpaksa terpaksa tinggalkan kamu. Ibu janji, lepas mak daptkan balik adik-adik kamu, Ibu akan balik jumpa puteri"


                           Puteri terus menangis dan menggenggam surat itu. tidak lama kemudian seorang perempuan datang ke rumah Puteri. Shuzi, makcik bongsu puteri.


Shuzi: Puteri.. kamu tak apa-apa ke..? Cik faham perasaan kamu.. 


Puteri: Puteri tau.. ibu lebih sayangkan adik-adik dari Puteri..


Shuzi: ish.. tak baik kamu cakap macam tu.. ibu Puteri tetap sayang puteri macam mana dia sayang adik-adik puteri..


Puteri: Tapi.. ibu dah janji tak nak tinggalkan puteri walau apa pun yang jadi..


Shuzi: emm.. tak pe lah puteri.. ibu puteri dah suruh cik untuk jaga puteri.. jadi pergi lah kemas barang-barang puteri.. lepas ni puteri akan tinggal dengan cik..


11 tahun kemudian
Rumah Shuzi


                      Puteri berlari masuk kerumah shuzisambil memegang sehelai kertas..


Puteri: Cik.....!! Tengok ni...!


                      Shuzi keluar dari dapur..


Shuzi: Tengok apa..? (melihat kertas itu), haaa?? Ya Allah....


BERSAMBUNG..


P/S: apa yang ada tertulis dalam kertas tu...? dan apa yang membuatkan mereka terkejut..?
semuanya akan terjawab dalam episod akan datang..





Estate Sangkuara (episod 2)

Siang
Lobi Kolej


                         Marisa dan Hani sedang berjalan menuju ke bilik kuliah. Marisa kelihatan muram.


Hani: Hei babe.. Apasal dengan u ni..? Dari cafe lagi i tengok u muran je...


Marisa: (mengeluh), tak de pape..     


Hani: Ala u ni, cerita lah babe.. kalau u ada masalah ceritalah kat i.. manalah tau i boleh tolong..


Marisa: Malas lah aku nak cerita..


Hani: U gaduh dengan Hafiz ea?


Marisa: Ish.. no lah.. why u so busybody...?


                         Hani berhenti berjalan. Marisa terus berjalan dan masuk kebilik kuliah.


Hani: Aku nak tolong dia, dia kata aku busybody pulak.. Aku doa kan kau break dengan Hafiz baru padan muka kau...!


                          Hani berjalan dan masuk ke bilik kuliah.




Bilik Kuliah


                         Hani masuk dan duduk di sebelah Marisa. Shaliza, Fiqa dan Nadia duduk bersama.


Hani: (membisik), weh.. tak kan kita berlima je..? budak-budak lain mana..?


Marisa: Entah.. mana i tau..


                         Nadia membaling kertas yang digumpal ke arah Hani.


Hani: Au.. (menoleh kebelakang), Siapa yang baling..?


                          Nadia ketawa kecil lalu menuding jari ke arah Fiqa yang duduk di sebelah kirinya. Fiqa berdiam sahaja. Shaliza yang duduk di sebelah kanan Fiqa berkata.


Shaliza: Ish, kau ni Nadia.. Tak baik lah.. kau yang buat tapi nak salah kan orang lain pulak.


Nadia: Suka hati lah.. (memandang Hani), apa hal..? tak puas hati...?


Hani: (menoleh kedepan), erh..! sengal...!




                            Marisa tersenyum melihat gelagat kawan-kawannya.


Hani: Haa.. Macam ni lah babe.. senyum.. tak macam tadi, muram je..


                            Dalam masa yang sama, riak muka Fiqa berubah ketakutan. Bulu romanya mula meremang. Rupa-rupanya ada satu lembaga sedang berdiri di belakangnya. Fiqa dapat mengetahui lembaga itu dibelakangnya. Tetapi Fiqa tidak menoleh kebelakang. Nadia terdiam kaku. Lembaga itu menyentuh rambutnya. Meremang bulu roma Nadia lalu dia mengusap-usap lehernya.


Shaliza: (hairan), kenapa Fiqa?


                           Fiqa hanya menggeleng kepala.


Nadia: (mengeluh), apasal panas pulak ni..


                          Fiqa menjeling Nadia. Lembaga itu terus hilang dan tiba-tiba datang seorang pensyarah wanita. Pensyarah tersebuk meletakkan barangnya di atas meja. Pn.Zizie memandang seorang demi seorang studentnya.. Muka pn.Zizie sedikit pucat..


Hani: Puan ok ke? Puan macam tak sihat je..?


                          Puan Zizie menjeling Hani dan tidak menjawab pertanyaan Hani.


Hani: (berbisik), U.. kenapa dengan dia tu ha? lain macam je aku tengok dia hari ni..


Marisa: (berbisik), A'ah.. Takut pulak I tengok dia tu..


                          Puan Zizie duduk di sudut meja.


Puan Zizie: Saya tak boleh lama dekat sini.. lepas ni saya ada hal lain yang nak di buat..


                       Puan Zizie mengambil beberapa kertas di atas meja lalu membelek-belek kertas itu.


Pn.Zizie: Ok, saya ada tugasan untuk kamu semua..Tugasan kamu ii akan menyumbang markah untuk exam kamu nanti.
                          
                       Pn.Zizie memandang Marisa dan senyum sinis.


Shaliza: apa tugasannya puan?


Pn.Zizie: Saya nak kamu semua buat satu penyelidikan tentang di sebuah tempat.. nama tempat tu Sangkuara.. (senyum sinis)


Nadia: Sangkuara..?! tak pernah dengar pun nama tempat tu...?




BERSAMBUNG..
                           



Wednesday, September 15, 2010

Ketawa penawar duka 3

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, Mamat singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu Mamat nak beli. Ketika sedang mencari barang, tiba-tiba perut Mamat terasa memulas. Mamat pun terus bergegas ke tandas yang terdekat.

Dalam tandas itu ada dua bilik air. Mamat pun kunci pintu. Baru saja Mamat duduk, tiba-tiba Mamat terdengar orang dari sebelah bersuara, "Haa, macam mana sekarang?"
Mamat diam.
"Haa..macam mana sekarang!" orang itu bertanya lagi.

Mamat bukan suka nak berbual dengan orang yang dia tak kenal, tapi untuk tidak menghampakannya, Mamat balas juga, "Okey gaklah" Kemudian suara tu bertanya lagi, "Kau nak gi mana ni?"

Mamat mula rasa musykil...tapi Mamat balas, "Aku nak balik Ipoh,singgah sini nak beli barang sikit."
Suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni?" Jawab Mamat, "Lepas aku beli barang sikit, aku caulah."

Kemudia Mamat terdengar lagi suara orang di sebelah itu berkata, "Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kau kau, budak sengal sebelah aku ni asyij jawab aja..!!"

Sunday, September 12, 2010

Funny Story 2

*not mine, i get it from internet

LURZANstory

Funny Story

*not mine,i get it from internet.



Saturday, September 11, 2010

cinta hingga akhir hayat..





Hai..Saya Sasha.. yang sebelah saya tu Hafiz..
Kami berdua sentiasa bersama..




Suka dan Duka..
Banyak memory yang kami lalui bersama..



Kami berdua dah berjanji untuk 
bersama hingga akhir hayat..



Satu hari dia seperti menghilang..
Saya call dia tapi fon dia off..
 

Lama saya tunggu dia..
Tapi dia tak muncul pon..
 

Suatu hari saya pergi shopping ....
saya seperti melihat dia....

Tapi...
Dengan perempuan lain..


                                                Bersambung....




p/s:adakah apa yang sasha nampak itu betul..??
adakah hafiz curang dengan dia..?
semuanya akan terjawab dalam sambuangan akan datang.. ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: