Kerabat diRaja:

Tuesday, January 22, 2013

UiTM Lendu dah aman.. Aman ke?

Assalamualaikum



Ada lagi ke orang yang berkata pasal UiTM Lendu ni?  Beberapa hari yang lalu kecoh satu Malaya pasal UiTM Lendu siap masuk surat kabar lagi.. Macam macam cerita yang dibangkitkan, yang lagi kelakar orang luar yang tak tau cerita pun sibuk nak bercerita sedangkan tak tau perkara sebenar. Aku yang study kat UiTM Lendu ni pun tak berani nak menyatakan perkara yang tak pasti benar atau pun tidak.



Bila aku baca pasal UiTM Lendu kat Twitter, aku tergelak sendiri.. Ada yang siap cakap "pray for UiTM Lendu". Macam kami kat sini dah nazak sangat macam kat Gaza pulak LOL . Perkara terbangkit disebabkan rasuk dan histeria, setahu aku, kat UiTM Lendu bukan tak pernah ada kes kes yang macam ni. ada je tapi jarang lah.. Kalau nak diikutkan, Universiti lain pun tak lari dari kes kes paranormal ni..

Mungkin perkara ini kecoh disebabkan satu gambar yang dihebahkan oleh pihak tertentu dalam masa yang sama UiTM Lendu sedang mengalami sedikit kes rasuk histeria yang berterusan. Kebetulan atau disengajakan? Gambar yang dihebahkan tu dah lama diambil. Tapi adakah disebabkan gambar itu perkara ini menjadi kecoh? Mungkin ia dan mungkin tidak.

Antara sebab yang mengkecohkan lagi perkara ialah bila seorang pelajar perempuan UiTM Lendu sendiri menceritakan kejadian paranormal yang berlaku di UiTM Lendu. Dia menceritakan seperti dia nampak kejadian itu didepan matanya sendiri. Bagi orang luar yang membaca mungkin akan percaya sedangkan kita tak tau apa yang dia tulis tu entah betul atau tidak. Dengar cerita, blog perempuan tu dah deactivate oleh sebab sebab tertentu yang tak boleh dicerita kepada umum, pelajar perempuan tu sendiri sudah meminta maaf kepada pihak UiTM Lendu.



Alhamdulillah buat masa ni tiada lagi kes kes rasuk dan histeria yang berlaku. UiTM Lendu dah aman.. Aman ke? Entah lah siapa tahu? Benda bila bila masa boleh jadi.. Siapa tahu mungkin ada gelombang kedua...

XOXO !


Saturday, January 19, 2013

Cerita Sebenar UiTM LENDU kena RASUK !


Wah UiTM LENDU trending! UiTM aku tu! Semua sebok bercerita pasal hantu itu, hantu ini, hantu terbang, dan hantu blowjob pun ada! Mygod! Okay kita pun tak tau semua tu rumors atau pun nyata..

Mungkin ada yang dah terbaca blog aku pasal entry RASUK, nak baca? Tekan link kat bawah ni:


Okay, cerita pasal "Rasuk" yang aku cerita tu dah berlaku setahun yang lepas, time aku semester satu kat Kolej(hostel) Tun Perak.. Cerita tu dah lama dan tak ada kena mengena pun dengan kejadian yang berlaku sekarang kat UiTM aku sampai kecoh satu Malaysia!

Mesti korang dah baca blog perempuan yang cerita pasal perkara yang berlaku kat UiTM Lendu sekarang kan? Apa yang aku tau dan apa yang aku dengar, Kolej yang paling teruk kena hysteria ialah kolej TUN PERAK (kolej pelajar lelaki semester  satu), kolej kolej lain pun ada juga kena.. (kolej tu samalah dengan asrama, saja bagi penerangan kot kot budak sekolah tak faham, lol) 

Semenjak dua menjak ni UiTM Lendu berangin sangat, lain macam, dengan bau busuk.. Okay, kenapa semua benda ni boleh terjadi? Banyak jugalah cerita cerita yang aku dengar dari mulut orang tapi aku pun tak sure betul atau tak sebab aku sendiri pun tak tau cerita sebenar, so kalau aku nak cakap pun entah sahih ke tidak, baik tak payah cerita dari tertipu dengan tulisan sendiri..

Malam semalam(Khamis malam Jumaat 17/1) ramai yang kena rasuk.. Siap yang kena rasuk tu terbang, sebenarnya tak ada pun.. Ada orang tu saja buat cerita nak bagi gempak.. Ada yang cakap nampak poconglah, penanggallah, pontianaklah, orang minyak pun ada.. Kalau boleh semua hantu dorang nak cakap, aku tak percaya pun.. Mesti ada orang yang saja nak tokok tambah cerita! 

Gambau kat bawah ni diambil dekat tasik Tun Fatimah dalam UiTM Lendu, ada Ulek Mayang sedang menari.. Sebenarnya gambar ni dah lama, saja dibangkitkan balik.. Siapa mengapa? Entah aku tak tau.. Yang aku dengar bukan perempuan ni yang upload..




Haaa.. ada yang cerita pasal barang hilang siap boleh tinggal pesan "Nantikan ketibaan saya di kolej-kolej lain." Kelakau pun ada.. 

Malam tadi semua kolej dalam UiTM Lendu buat bacaan Yassin serentak pukul 9.00 malam.. Harap semua akan okay je lepas ni.. Siapa yang baca ni hope korang doakan UiTM aku selamat dari gangguan Syaitan dan Iblis yang dilaknat Allah.. 

Nasihat aku untuk semua, bila berada dikawasan orang, kawal diri, jaga mulut, jaga kebersihan dan jangan buat perkara yang tak senonoh.. Ingat! bukan kita manusia je yang tinggal kat tempat tu.. So jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.. Assalamualaikum!

Friday, December 28, 2012

Lawak Kampus Jilid 16

Lawak Kampus 16 !
Ala ala KPOP gitu kan.. 
Aku tak minat KPOP pun, sorry sorry~
Tapi tetap style!










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bendahari Diraja:

Pengunjung Dari Kerajaan Lain: